Apr 30, 2012

Lama Rasanya Tak Pergi Zoo Negara

Apa kena entah aku ni. Apa jenis binatang depan mata pun, mesti nak ambil gambar. Cicak dengan katak punya gambar je aku tak kan ambil. Geli!

Lokasi : Dekat ngan Danga Bay kot
Hanjeng.

 Pandai oh pakcik ni train hanjeng ni

Tanpa tali pinggang keledar. lol.

Serius laju pakcik ni bawak motor





Lokasi : Kolej Saya!
Monyet

Beliau cuba block jalan aku. Sekutunya ramai ketika ini.

Ohhh monyet memang sangat banyak kat kolej aku ni. Aku sempat ambil satu gambar ni je. Yang lain tak sempat dah sebab selamat kan diri. Dah dua kali bilik aku kena pecah masuk (ayat nk gerun je) ngan monyet-monyet ni. Pantang tingkap terbuka dan pantang ada barang atas meja. Sebab beliau, penapis teh aku hilang di bawa lari mungkin. Cis! *Berdendam*


Lokasi : Kolej lagi!
Burung apakah kau.

Melepak di luar tingkapku. Memikirkan masa depan mungkin.

Time ni beliau memandang dengan kakunya.

Ok ni gambar paling dekat la pon.
Burung-burung ini lah yang selalu cirit kat luar tingkap aku ni. Kalau cuaca agak-agak macam nak hujan ribut, memang kepohla beliau dan rakan-rakannya.


Lokasi : Taman Rusa UTM
Rusa la rusa.

Kelompok rusa je ada dalam taman ni (You dont say??)

Aku dapat rasakan beliau adalah paling tua di sini.

Opocot!

Terasa diri ini diperhatikan. Aku nak sangat pegang tanduk dia tapi takut. Sensitip gilerious beliau ni.

Secara ramainya.

Tak payah nak susah sangat balik KL pergi zoo kan. >,<

Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...