Aug 21, 2012

Real Quick Update

Biasanya bila kamu bersabar dan percaya pada rezeki, insyaAllah rezeki itu akan dipermudahkan untuk kamu peroleh. Eheh. Mukadimah gitu.

Hujung Jun 2012 haritu last paper aku untuk semester last di tahun last. Lega syukur Alhamdulillah semua sudah selesai. Paper last2 tu memang macam biasa tak ada semangat. Semua orang pun fikir nak balik je. FinalYearProject pun kasi hentam jua.

Duduk seminggu kat rumah lepas habis belajar memang best tapi rasa macam dah lama gilerious cuti. Cuti seminggu masa belajar dengan 'cuti' dah habis belajar memang lain. Tak senang duduk jua lah dekat rumah. Fikir nak kerja, mau pegang duit sendiri. Bertemankan cik Awin (mengada takmo pergi sorang) pergi mencari kerja part time di KL Festival City nun. Pernah pergi? Hehe.

Hasil masuk ke beberapa kedai akhirnya mendapat kerja di Check Outlet. Heh, bertahan sehari je aku. Haha, tak tahan kaki makcik nak berdiri doplohpat jam tunggu orang datang masuk kedai. Lagi pun kedai tu tetiba pula tade line celcom, ini tak boleh jadi. Dah la tengah tunggu mane-mane lobang pekerjaan. Kot ada yang call tak dapat nak reach plak kan. Beberapa hari lepas tu dapat call kerja kat Peace Collection, ok pergi saje, ini masa yang sangat banyak.

Kedai ni best sikit, takde la aku berdiri tercongok sangat tunggu orang datang, banyak jugak la kerja nak buat sementara tunggu nak habis kerja kan. Sambil-sambil tu usha2 baju kot nak wat raya. Cantik dan murah kau. Berbaloi gitu, silalah pergi melawat.

Tak sampai 2 minggu kot kerja situ aku akhirnya dapat kerja yang ada kaitan dengan benda yang aku belajar 6 tahun ni ha. So here i am, duduk lah kat Tasik Kenyir ni ha. LOL. Macam takdir kau, banyak2 negeri kenapa mesti dapat projek kat Terengganu. Sobs sobs, tapi nasib baik dapat cuti raya. Itu yang penting sebenarnya.

Raya plak tak ke mana sangat pun. Raya pertama pergi rumah tok sedara, petang g rumah kawan2. Mungkin penat sangat dari start cuti memang tak banyak rehat, raya kedua demam! Tidur je sepanjang hari sebab memang tak larat dah nak berjalan bagai.

Ok penat.

Selamat Hari Raya!

Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...