Apr 30, 2013

Pilihanraya 13

Taknak mengomel banyak sal mengundi. Aku rasa aku mungkin tak pulang mengundi nanti sebab perlu lebih rehat. *kebas kaki tiba-tiba* Penat nak travel jauh. Satu kerugian di situ.

First time musim mengundi duduk di Terengganu. Terperanjat tengok banyak replika yang dibuat dari bendera2. Jadi yang sempat snap sikit aje. Enjoy.

Eh sikit jela dapat upload. Im in hurry! Hahaha

Apr 28, 2013

Berinternet 24jam

Omg. Saya tahu saya agak lambat tapi akhirnya berjaya download apps untuk berblogging dari telefon bimbit! Hahahaha. Memandangkan saya dapat medical leave untuk seminggu, jadi masa lenggang saya sangat banyak okeh.

Jadi apa cerita cuti sakit sampai seminggu? Disini saya ingin membuat kenyataan gitu,biar terpalitlah kenangan ini dalam blog peribadi tak peribadi sangat ni. Hahaha. Jadi Jumaat lepas saya mendapati bahawa saya telah mengandung. Perasaan saya? Omg macam tak percaya. So unplanned, so unexpected. Masa dah start pening2, kawan-kawan memang dah mula buat tekaan but then, memang saya tak jangka.

Macam ibu mengandung yang lain, saya gembira dan teruja. Saya dah terbayang nak buat pengumuman masa wedding saya kat Gombak. Malang sekali, Isnin baru ni berlakulah bleeding. As an unexperience person as i am, saya fikir itu hanya period which rarely happened to pregnant woman. Yes i thought i am that special. Hehe. So i've checked dan akhirnya Khamis baru ni memang disahkan gugur. Saya juga diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk melihat sendiri cebisan daging yang gugur. My baby was 7weeks old.

Masa mula-mula doctor confirmed adalah masa kat site. Menangis tak ingatlah saya ketika itu. I mean, my baby was considered big enough apa untuk ada denyutan nadi sendri (that was what the doctor said), tapi saya baru dapat tahu kewujudan dia,dan unfortunately hilang dia dalam beberapa hari selepas tahu kewujudan dia. Sminggu lepas memang adalah minggu yang stress untuk saya. Silih berganti perasaan datang sebab saya tak faham sangat apa yang jadi dengan body ini.

But lepas menangis bersungguh saya lebih tenang la. Sampai hospital dah tak nangis. Masa tu berharap saya cepat sihat dan bleeding tu berhenti. So sekarang saya di Dungun,berehat dan segalanya. Usah dikenang perkara yang lepas, saya tahu memang ada hikmah saya kehilangan baby itu. Jadi somehow situasi ini menguatkan ikatan perkahwinan saya. Saya nampak satu sisi suami saya yang masih setia dan sabar menjaga saya. Oh my kenapa macam sayu2 je taip part ini. I thought i was strong. But be hold,my dear!

So sekian. Omg this is an awkward ending.

Lin Meli

Apr 8, 2013

Wedding Ding Ding

Hallo. It's Tuesday and today is a good day! Pagi-pagi bos keluar, officemate sorang kena ikut, sorang tak datang kerja, sorang lagi pergi mana entah. So i have time to do this! Hahaha. Membuang masa melayari internet. Dan malam ini pulang ke kayhell, jumpa family yang kurindu mwah mwah, pergi cari barang hantaran, dan juga cari baju pengantin. Yes. Sangat lambat, ada lebih kurang 25 hari lagi dan sangat banyak perkara belum selesai untuk aku punya wedding ceremony. I just hope everything will be as planned. Amin.

Oh by the way, diet Atkin aku hancur lebur disebabkan sebiji coklat. Hahahaha, so no diet, i will be on my wedding as fat as i am right now. Takpelah, janji happy (ayat cliche orang malas diet). Lepas tu kecewa tengok gambar wedding like omg why did i look like this, oh shit gambar ni nampak perut, hurm kenapa orang lain look slimmer than me. Hahaha. Well prepared.

So i have this idea on posting about Dungun, not that i know so much about it. Masa wedding haritu, kami (aku dan tok laki) berpindah randah tempat tidur. Well, most couples will stay in one place and enjoy their honeymoon, but for us, dengan cuti terhad, banyak barang-barang lepas kahwin nak kena settle, so kami stay in Dungun, (sampai sekarang belum sempat lagi nak bercuti berdua) dan berpindah randah merasa semua hotels and resorts yang available di Sura Gate itu. So why not i post about them in future, you know, in case kalian nak bercuti di Dungun menghadap pantai. Kan kan? Macam bersemangat tapi bilakah? Hahaha, dengan keadaan laptop aku yang entah bila nak repair. Oh my...

Ok dah, macam lama je rasa mengular di blog. Nak pergi website lain plak. LOL.

So here's a picture of me gembira muka menghadap kek orang. Tiada motif.

Lin Meli


Apr 5, 2013

Berekor-ekor Gajah, Badannya Berbulu Kasar

Jadi tahniah kepada diri ini, setelah hampir 8 bulan duduk di Terengganu ini, akhirnya dapat juga menjejak kaki ke Santuari Gajah Sungai Ketiar, Terengganu. First time dengar aku fikir orang cakap Sungai Ketiak. LOL. Pekak.

Maka tempat ini adalah berkisar tentang gajah lorrr. 15 minit perjalanan dari tempat kerja aku. By perjalanan, i mean dengan menaiki kereta okay. Tapi kalau dari tempat lain, santuari ini adalah sangat jauh. Jalannya juga mencabar (jalan berlubang sana sini).

Selamat Datang

I thought this one is the smallest but.......

Kerja diorang makan je. Yang paling kiri asal dari Karak. Hai gajah kampung! Rindu Gombak, kan?

Sedikit Amaran

Ok ni la gajah paling kecil dalam ni

Baby elephant, baru lahir, sebab tu kot kena kurung?

Cute gila dia ni

Tak geng dengan yang tua-tua.

Pelawat. Sila tag gambar anda. Hahaha. (x kenal pun)
Dekat area belakang tempat ni memang hutan la. Kat belakang pun kitorang boleh nampak lagi ada beberapa ekor gajah. Kalau ada encik petugas tu, sebenarnya boleh je nak pegang-pegang gajah ni. Nampak tak mereaka ini hanya dipagari dengan pagar kayu je. Tapi kami baik, takde petugas, maka kami tak pergi mendekati gajah tersebut. Kenapakah skema ayat-ayat saya?

Oh by the way, masuk adalah free. Biasa orang yang baru balik dari Cameron Highland kot yang akan berhenti sini?

Sekian.

Gajah adalah awesome.

Lin  Meli.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...