Jun 21, 2013

Ulek Beach Resort -Quick Update

Hello~ Eh Assalamualaikum. Ehehehe.

Jadi one of the remarkable place masa honeymoon (ok ini tiba-tiba) adalah di Ulek Beach Resort, Dungun, Terengganu. Mana tak remarkable, aku tertinggal handbag kat restoran dia, balik tidur, esok paginya baru ingat okeh. Betapa minggu tu janggal bawa handbag di tangan. Minggu nak kahwin, busy sana sini mana ada masa nak galas beg. Hahaha. Gitu.

Ok awal pengenalan nak tunjuk gambar makanan. Macam biasa. Hahahaha. Luckily dah transfer gambar sikit sebelum phone saya hilang. Sobss.

Maafkan saya lupa nama-nama makanan ini tapi yang bawah tu nasi goreng je lah pun. Ini menu saya, yang atas menu tok laki. Hahaha, terbalik ok dia punya bahagian makanan, kenapa aku punya banyak. Belasah aje. Saya kenyang. Oh excuse me for my passion in taking pictures of food. Suka untuk tengok balik dan terliur dan nak lagi. Ha gitu.

Ok next (Ini kira macam quick update okeh).

 Operasi cari bilik.

Ok cute.



Ha posing sikit, tok laki. Hahaha. Macam traditional gitu nak naik ada tangga-tangga sikit. But as for my mum, memang perlu pertolongan sikit la rasanya sebab aku perasan tempat ni tak mesra customer yang o.k.u. Nampak, tangga aja ok.
 Ok one of the best parts. Jacuzzi. Tapi kecil. Cis. 

 Untuk deluxe room


 Ok ini pun nak ambil gambar

Ok, complete.

Apa ya nak komen. First of all, nak check-in cepat, ye ada masa aku pernah pergi tempat yang ambil masa yang lama hanya untuk check-in. Benci. Tempat ini ok, selesa, private, makanan sedap (ini yang penting pun), but maybe masa kami ke sana tak ramai customers jadi makanan breakfast dia tak banyak choice pun. Oh breakfast aku tak ambil gambar. I mean, breakfast kat mana-mana pun makanan dia lebih kurang sama. Breakfast di Malaysia. 

Oh pasal handbag aku yang tertinggal waktu dinner itu, hahaha, nasib baik tak hilang ye, banyak oh ang pow time tu, raya cina dan wedding kan, kaching $_$. Workers dia pun tak sembarangan (eh betul ke word ini) bagi balik handbag kat aku. So ok la kot?

Kalau diberi masa (ye zaman kini masa adalah susah untuk dicari) of course saya mahu pergi lagi ke sini, berehat-rehat tanpa internet, cewah. Oh kalau tak biasa dengan Dungun, keluar dari sini, melintas jalan dah jumpa pantai. Tapi macam tak sesuai sangat nak buat mandi, tengok masa la ok. Kalau tak pun selang beberapa buah rumah kot (ini perumpamaan) ada kelab golf which provides swimming pool, nak masuk mandi boleh aja. Bayar sikit la. Kat Ulek ni pun ada swimming pool, tak sempat ambil gambar sebab swimming pool dia kecik, x menarik. Hahaha.

Ok sekian.

Kepada suami tercinta, bawa lah diri ini bercuti lagi. Hehehe

Lin Meli


Jun 8, 2013

That Morning

Selamat pagi (kerana sedang pagi ketika menaip ini)

Pelik rasanya bila tiba-tiba department ini tak ada orang pada hari Ahad. Ini rare ok. Rare. Tapi tak apa. Aku suka. Like untuk situasi ini. Macam biasa, sejak kehilangan telefon bimbit ni, setiap post baru macam tak ada motif. Taip ikut apa yang difikirkan, mengisi masa-masa lapang yang kian berlalu pergi. Ok kenapa ayat begini, kawan-kawan?

Semenjak dua menjak ini memang kelihatan yang mana satu kawan yang ada semasa kesusahan. Terima kasih kepada kawan-kawan itu, tiada lain yang kuharap melainkan anda dimurahkan rezeki. Kawan-kawan yang jenis tak nak membantu tu, apa-apa aje lah kalian. Boleh nampak okeh siapa yang betul-betul tak dapat tolong dengan kawan yang tak nak tolong langsung, tak pandai cover mereka ini. Tak apa, benda dah lepas, redha ajelah kamu.

Jadi di umur begini, begitu ramai kawan-kawan yang berkahwin ya. Harapnya yang belum tu, janganlah rasa tak best. Saya faham perasaan anda. Semoga bertemu jodoh dengan cepat dan baik. Ha gitu.

Sebenarnya aku lapar. Bila aku lapar, tak boleh fikir secara fokus. Em. Dah kenapa entah aku update disini. Kesian anda-anda yang terbuang masa tengok post ini. Maaf masa anda terbazir beberapa saat. Hahahahahaha.

Ok daaa~

Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...