Jul 2, 2011

Menjadi gadis se-hot Megan Fox.

Murah rezeki rasa tiba-tiba bila Nana ajak tengok wayang free – Transformers : Dark of the Moon, ditambah plak dapat cek rm200++ (elaun gua dah keluar!), lepas tu dapat berita ada lagi rm180 nak masuk untuk claim kami (aku, Nana, Liza) sebab kerja lebih masa haritu. Hoyeah! Ini rejeki! Alhamdulillah.

 

Transformers memang best walaupun bagi aku starting cerita dia kali ni agak lembab sebab macam preview zaman dulu-dulu cerita Neil panjat bulan tu.Aku masuk panggung lambat sikit, itu pun aku dah rasa lama gila lah kan nak start keluar muka Shia LaBeouf tu. (Sampai sekarang aku panggil dia Even Stevens.LOL.)

 

Aku memang dari dulu tak ingat nama-nama karakter melainkan Optimus Prime dengan BumbleBee. Eh betol kan? Isk. Untuk jiwa yang sensitif ni memang ada babak yang buat air mata aku mengalir. Babak Bumblebee nak kena bunuh dengan Megatron punya kroni. Hoi hoi, sedih kau tengok Even Stevens menangis. Hebat ah.

 

Cerita kali ni cam biasa la, pasal Autobots lawan Decepticons, nak menguasi Bumi, kebodohan dan kepoyoan manusia yang konon pandai. Oh, tak lupa juga cerita chenta-chenta ni. Shia LaBeouf dengan Rosie Huntington-Whiteley.

rosie huntington

Hot oh.

Aku fikir dia tak boleh lawan Megan Fox, but she is somehow better than Megan Fox! Itu pandangan aku la kan. Hot pun hot, kuat lari, pandai berlakon, fuhh! In case you didn’t know, dia model Victoria’s Secret kalau tak salah. Oh bila lah perut aku akan menjadi seramping beliau. –_-“

 

Jadi apa tunggu lagi?! Pergilah keluar bersama family kau tengok Transformers: Dark of the Moon!

transformer 3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...