Oct 25, 2012

Aku di Perantauan. Eceh.

I'm officially graduated!!!




Ok tak mendapat first class di situ tapi tak pe la kan, yang penting sekarang adelah sudah mempunyai pekerjaan yang tidak disangka dan ianya best. Well, best lah juga. Ketepi dulu kamu, wahai impian menjadi engineer. Kita belajar dulu jadi QS. Hehe. Tapi paling best pun just part kurang turun site. Sangat kurang okeyyy. Inilah masa untuk menjaga kulit muka ku yang berlobang-lobang ini. Manalah tahu, murah rezeki kahwin tahun ni, muka suci murni je kannnn.LOL.

By the way, di hari raya haji yang mulia ini, tidak dapat pulang ke kampung halaman adelah sangat menyedihkannnnn. Nasib baik jugak la ada rumah bakal mertuaku ini, boleh la menumpang kasihhh.Sobs sobs. Selamat hari raya!

Em, susah la duduk tempat yang takde 3g itu. Boleh online blog ini kalau di rumah kekasih hati. Kalau di office sana Facebook ajeeee.Ekeke

Eh ok sudah.

Sekarang suda berani pegang kucing. LOL

Lin Meli

Sep 28, 2012

Terengganu ke KayHell

Kamu tahu, jika di Hulu Terengganu ini punya line 3g penuh dan laju, hampir pasti aku akan update blog hari-hari.Haha!

Guess what??Im in KL!!!!!

Sehari je..

Petang ni balik ke Terengganu.

I wish i could be here for more than a day.

Kerja aku best. Best la juga. Boleh la. Lagi menarik kalau kat bilik boleh online laju-laju. Muahaahahha.

Ok bye.

Lin Meli - Aku berbadan ketak ketika ini.

Aug 21, 2012

Real Quick Update

Biasanya bila kamu bersabar dan percaya pada rezeki, insyaAllah rezeki itu akan dipermudahkan untuk kamu peroleh. Eheh. Mukadimah gitu.

Hujung Jun 2012 haritu last paper aku untuk semester last di tahun last. Lega syukur Alhamdulillah semua sudah selesai. Paper last2 tu memang macam biasa tak ada semangat. Semua orang pun fikir nak balik je. FinalYearProject pun kasi hentam jua.

Duduk seminggu kat rumah lepas habis belajar memang best tapi rasa macam dah lama gilerious cuti. Cuti seminggu masa belajar dengan 'cuti' dah habis belajar memang lain. Tak senang duduk jua lah dekat rumah. Fikir nak kerja, mau pegang duit sendiri. Bertemankan cik Awin (mengada takmo pergi sorang) pergi mencari kerja part time di KL Festival City nun. Pernah pergi? Hehe.

Hasil masuk ke beberapa kedai akhirnya mendapat kerja di Check Outlet. Heh, bertahan sehari je aku. Haha, tak tahan kaki makcik nak berdiri doplohpat jam tunggu orang datang masuk kedai. Lagi pun kedai tu tetiba pula tade line celcom, ini tak boleh jadi. Dah la tengah tunggu mane-mane lobang pekerjaan. Kot ada yang call tak dapat nak reach plak kan. Beberapa hari lepas tu dapat call kerja kat Peace Collection, ok pergi saje, ini masa yang sangat banyak.

Kedai ni best sikit, takde la aku berdiri tercongok sangat tunggu orang datang, banyak jugak la kerja nak buat sementara tunggu nak habis kerja kan. Sambil-sambil tu usha2 baju kot nak wat raya. Cantik dan murah kau. Berbaloi gitu, silalah pergi melawat.

Tak sampai 2 minggu kot kerja situ aku akhirnya dapat kerja yang ada kaitan dengan benda yang aku belajar 6 tahun ni ha. So here i am, duduk lah kat Tasik Kenyir ni ha. LOL. Macam takdir kau, banyak2 negeri kenapa mesti dapat projek kat Terengganu. Sobs sobs, tapi nasib baik dapat cuti raya. Itu yang penting sebenarnya.

Raya plak tak ke mana sangat pun. Raya pertama pergi rumah tok sedara, petang g rumah kawan2. Mungkin penat sangat dari start cuti memang tak banyak rehat, raya kedua demam! Tidur je sepanjang hari sebab memang tak larat dah nak berjalan bagai.

Ok penat.

Selamat Hari Raya!

Lin Meli

Jun 9, 2012

So, have you?

Sudah berhari-hari dah ni aku tidur selepas Subuh. Betapa tegarnya mata ni nak berjaga lepas tu apa entah aku buat, kerjanya tak siap-siap jugaaa. Tee hee.

So have u tried Chipster Cassava Chips?

So it says Hot Shot. Meh.
I always fall in love with the original Chipster Hot & Spicy. So when this Cassava Chips says Hot Shot, it was like i am being challenged to taste something new in my life. LOL. Challenge Accepted! Well my mistake for thinking that this is just another potato chips BUT i was wrong coz this ain't any potato chips, it is obviously the cassava chips(u dont say?). Yeah, UBI KAYU. So malaysian. Reading that Hot Shot first before. Ngee hee.

More air as usual =)

See?
So being challenged by myself, i prepared a glass of water next to me. But meh, not-so-hot i would say. It took me some time to finish all of them since i'm not really into ubi kayu chips. So if u are into it, why don't u try it then? It is not new u see, i'm the one that is being late on updating such chips in my life. LOL.

Back to Final Year Project. Now.

Lin Meli

Jun 1, 2012

That Pre-Graduation Dinner of My Faculty

29 May yang lepas, fakulti aku buat Pre-Graduation Dinner kat Pulai Spring Resort. So, it is the last semester, haruslah pergi kan. I did mention about lucky draw's prizes before, and guess what? I DID NOT WIN any of them! Penat aku sejuk-sejuk tangan fikir nombor aku naik. LOL. Semangat sungguh. Tapi tak pe lah. Yang penting adalah aku kenyang dengan ini Chinese set menus :

It starts with 'Four Varieties of Hot & Cold Combinations'. 
 Semua tengah lapar so cepat gilerious makanan ni habis.Aku dapat rasa 3 dari 4 isi itu. Dapat la seketul untuk setiap satu.Coleslaw itu adalah antara paling banyak aku makan. Hehehe. Oh one of them rasa udang!


 Shark's Fin Soup with Crabmeat.

Ini adalah first time ever rasa sup ni. Masa first rasa aku fikir mushroom soup. LOL. Teruk betul lidah ni merasa. Ada la dua tiga mangkuk gak aku tambah. Buruk perangai. Sedap!


Lemon Sauce with Honey Chicken & Sesame Seed
 Baca nama pun dah tahu kan rasa dia macamana. Oh lapar~ Ayam ini sangat lembut. Suap satu persatu sampai tak terkira dah berapa potong aku makan. Ngee~


Steamed Red Snapper Fish Pattaya Style 










































































































Aku ni kalau ikan macam tak berapa nak gemar sangat. Aku makan tapi tak banyak la. Sayangnya, ikan ni terasa hanyir dia. Tu je la yang kacau kot. Aku tengok habis juga la kawan-kawan semeja habiskan.

Buttered Prawn
 Aku suka udang! Suka sangat! Tapi malas gilerious nak kopek kulit dia kan. Ada satu tahap sampai kadang-kadang aku telan je la kulit dia pun. Haha! Oh lagi satu, aku suka gilerious otak udang. Orang cakap tak bagus makan tapi nak buat macamana dah aku suka! Bukan makan tiap hari pun~


Assorted Mushrooms & Dried Soya & Spinach
 Aku tak makan mushroom unless it's mushroom soup. Mengada tak. So aku makan sayurnya sahaja. Tak boleh nak komen banyak la kan. Err, sayur dia pahit plak.


Secret Recipe's Chocolate Indulgence Cake
Most favorite TAPI dapat makan sikit je sebab sibuk nak dengar lucky draw's numbers. Lepas tu kawan bawak balik SEPARUH KEK ini tanpa bagi aku sikit pun. And u never asked us if we want some of it, girl. Tahu-tahu kau dah balik je. Serius sedih. Dahla most favourite tapi slice yang aku ambil memang sikit gilerious. Not that perut terlalu penuh ke apa. Perut aku tak pernah penuh for the sake of choc indulgence cake. Huh!

The best part about the cake adalah bila nama semua orang ada atas kek tu. Satu meja sepuluh orang. Did u see my name??

This part, then bahagi dua. Ini je aku dapat!
Redha je la...

So dinner tu adalah bertemakan black tie (Dah cerita pasal makan baru nak cakap pasal tema bagai). But for ladies, tema tu tak diaplikasikan sangat pun. 

Perempuan memang tak ikut tema

Aku, Cik Salwa, Cik Awin
The only picture of the place that i got. LOL.
Overall it was fun, fun, fun, too bad it was not on Friday. LOL. Even kecewa sebab tak dapat makan kek dengan banyaknya, perkara tu bukanlah jadi perkara yang paling dikenang kalau nak cakap pasal dinner ni nanti. I'm so gonna miss Cik Awin and Cik Salwa so much after the semester ends. Cik Awin tu boleh lagi kot aku nak jumpa balik KL nanti. Cik Salwa di Kedah nun, bagaimanakah? So stay connected la ye.


It's the Final Semester yeayyyy!
Ok Bye

Lin Meli

May 27, 2012

Good Morning and Sleep Tight

So i couldn't sleep tonight. i don't even know why. i was looking at the ceiling, thinking of my future and other things. So it is the last semester of my study. My life after this is gonna be so much different than before. Well, i would not be able to sleep on evening, could not have the choices either to attend classes or not, having so many time to spend on watching movies, and having money (without much effort i should say-loan-if u know what i mean).

i've just done watching The Vow, for crying out loud, well better late than never! So as expected, i've been crying, but it is too much, as it is for so many scenes. i was so tired i thought i would be sleep right now. but here i am, surfing around the internet...

As the semester is gonna reach an end by this end of June, the dateline of so many projects (three so far) has just landed around the corner. I might say that i'm lucky enough to have been put in good groups for these projects. Ohh, i'm so tired i don't even know what i am going to say actually *looking at the ceiling again*

Oh, the pre-graduation dinner for my faculty is going to be held tomorrow night. The things that i am excited for are their foods and lucky draw's prizes. Just like any other students, I am hoping that i would win that. But i don't always been lucky in any lucky draw. Well, at least i used to win first prize of lucky draw once. Once is enough. Or is it? Hehe, i wish i were lucky tomorrow, having that rezeki though.

So what else, Heyyyy, weddings...weddings EVERYWHERE~~ I went to my Facebook and the news feed is full of the pictures of married couples. So here comes the age where all of your friends are about to get married and having babies, while you're watching them like it is the dream comes true happening in front of your eyes. It is weird though. Your past seems to be not so far away from today, but yet so many years have been passing by. And you are getting older in no time!

Kids, school life is fun for sure. Stop being so busy in searching for girlfriends/boyfriends, but instead why don't you spend your time with your best friends and family. They don't turn their back on you EVER. especially when you are this young. i don't even know why kids nowadays act like they are matured enough to proceed to the stage where they shouldn't be.

Now now what the heck am i writing about?? I should sleep.

Here is a photo of a cute car i found in Skudai Parade yesterday.

Nice eh?

Lin Meli

May 19, 2012

Khas Buat Kamu Yang Lapar dan Diet. Sila Baca.

Saya lapar. Banyak juga gambar makanan dan minuman dalam handphone nie. Meh sini nak share.


 So G, double O, D -gooooood. Aku dan cik Salwa. Cik Awin tak muat nak masuk gambar ni.LOL. Ohh sedap sekali kulit ayam spicy. Aku merinduimu~

 Ini makan petang. Oh apalah makna diwaktu petang tanpa pisang goreng panas. Duduk Kolej ni bukan main jauh lagi nak kena keluar beli. Biasala, orang tak berkenderaan sendiri. *Sigh*

 Pergi Giant U mall tak pernah lagi rasanya miss beli jagung ni. Kemanisan yang berkalori tinggi yang sangat mengenakkan~Duduk makan sambil tengok orang jalan-jalan, kejap je dah habis. Oh terbayang kemanisanmu~

 Ini maggi buatan sendiri dalam bilik. Apa yang kurang? SAYUR! Kalau kat rumah tak mungkin kelihatan hambar sebegini. Makan straight dari periuk, buruk perangai!

 Hot choc minum masa malam-malam adalah sangat indah sekali. Kelembutan rasanya yang sangat menggiurkan~

 Buah rambutan ambil dari kawasan UTM, terima kasih kat pakcik-pakcik yang tolong panjat. LOL. Ini bukan selalu dapat secara free ni!

 Nasi ambenggg.Rugi dok Johor tak makan. Ni masa aku kat kampung. Cik Nah masakkan, oh sungguh nikmat. Masa kecik dulu makan ramai-ramai dengan sepupu sepapat dalam dulang bulat tu. Lagi tak cukup!


 Masa konon-konon nak berjimat dengan Cik Awin. Masak sendiri lauk pauk. Dalam periuk tu  sup. Terbuat pekat dah rupa macam apa. LOL.

 Dulu selalu order 'Bihun hongkong sayur lebih, tanak ayam, pedas sangat!' Fuhhhh. Sekarang dah tak mengancam dah cafe tu masak. Dah tukar tukang masak. Aku terliur ketika ini. Kesedapan masih terbayang.


 Hadoi hodoh betul presentation makanan dia. Hahaha. Maggi goreng. The simplest ever bila kolej aku ni takda dapur nak buat masak-masak. Cukup kenyang jadi la weii.

 Kebanyakan kawan-kawan yang tengok gambar ni dalam handphone aku memang terliur. Oh bertambah lapar. Nasi goreng paprik ayam kat kedai makcik murah. Amboi ayat.

 Keropok apa entah nama dia. Dari kedai bangla. Wakaka. Aku suka yang coklat. Yang lain manissssss sangat. 

 Teh ais yang tak berapa nak pekat. Nasib baik sodap juga. Masa tu excited gelas besar je pun. Teh ais adalah my favourite! Sekarang tengah cuba kurangkan. Tapi kalau balik rumah memang hari-hari buat.LOL.

 Ohhhhh aku suka coklat. Kalau hadiah birthday kamu bagi saya coklat, itu adalah best! Ini dah bentuk chenta-chenta ni mesti la dari encik Ariff. Tapi bukan hadiah birthday. Kamu sangat memahami nafsu makan saya, encik!

 Call me lame or whatsoever tapi aku tak pernah tak suka McChicken burger! Biasa kalau ada burger-burger baru kat McD, yes i would try but so far, McChicken is still on the top of my McList!Sebab sayur je maybe?


Hamboi cantiknya. Tak ingat lak makan kat mana.Selalunya kalau pergi foodcourt, bila dah takde idea sangat nak makan apa, memang nasi ayam je yang aku beli. Tanpa jemu. Kenyang dan sedap!

Ala habis dah. Kat phone lama lagi banyak gambar makanan, almost semua tempat makan yang aku pergi, aku akan capture gambar makanan. Gambar makanan kat sini yang ada pun biasa-biasa je, yang kau boleh jumpa kat mana-mana. But food is food. Sila bersyukur kau makan apa pun, cukup kenyang sudah. Kan?

Ok sila lapar kamu semua.
Lin Meli

May 16, 2012

Miliki Badan Seharum Buah-buahan. Err Buah Harum Ke?

Biasanya kebanyakan gadis-gadis kat mana-mana pun akan prefer masuk Watson instead of Guardian. Well, me too! Tapi kalau Guardian depan mata pun, biasanya aku tak pernah miss pun nak masuk. Perempuan kan, barang-barang sebegitu memang kegemaran.

So one of my friends telah mencuba penggunaan Strawberry Body Polish by The Body Shop. Serius wangi dan best sebab bau dia melekat gilerious kat badan kau. Haha. Aku teruja. So i planned to have it someday. Tapi biasalah, tiada pekerjaan dan kedekut membuatkan hal tersebut tertangguh untuk kesekian kalinya. Banyak lagi weh aku nak beli dan spend duit, lagi-lagi sem last ni. *Hoyeah dah nak grad!*


Ini rupa perkara tersebut idaman hati tak lama dulu

Kalau tak salah harga dia RM39.90 je camtu untuk 200ml. Pergilah website dia check. Aku bukan ingat pun perkara remeh temeh sebegini. Ok nak dijadikan cerita ketika aku masuk ke Guardian tersebut *lokasi di Skudai (perlu ke)* untuk mencari sabun mandi memandangkan sabun mandiku sudah hampir habis. Hampir okeh, ada lagi tu baki dalam botol. Telah ditakdirkan aku terpandang warna sabun mandi yang hampir sama dengan gambar di atas.

Tadaaaa!

Pomegranate Spa Exfoliating Bath Scrub, ha amek kau nama panjang. Ala lebih kuranglah tu kannnn. Beza dia ini bukan strawberry! Ini pomegranate! Ada nama melayukah untuk itu??

Pomegranate!

Tapi mula-mula memangku fikirkan strawberry disebabkan bau dia. So daripada aku beli satu untuk rm5 lebih,adalah lebih baik aku angkut dua terus. Offer! Offer! Kalau tak salah memori dalam rm8 lebih je untuk dua botol. Berbaloi. Wangi dan boleh scrub badan yang berdaki ini. LOL. Anyway, kalau baca kat badan botol tu ada tulis perkataan 'pengelupasan'.

Oh tidak berkualiti gambar ini

Aku rasa siapa-siapa pun kalau nampak perkataan pengelupasan tu mesti macam 'uuuu, tanak lah aku menggelupas ni'. Ye aku pon begitu. Tapi terlalu teruja jumpa produk ini so aku cuba je lah. Produk ni lama dah kot tapi aku je baru jumpa. Serius jarang juga masuk Guardian. Sebab ada offer terus aku nampak je. Hahahaha. By the way, i've tried and seriously sirius, AKU SANGAT SUKA. ok perlulah capital letters.

So lepas pakai tak ada pun penggelupasan yang sangat ketara mahupun sedikit. Serius, kulitku berasa lebih lembut dan halus mulus. Muahahahaha. Iklan sangat ayat. Paling best bau dia melekat lebih lama kalau nak banding dengan sabun berbuih-buih yang pernah aku cuba. Best. Berbaloi. Berkesan.

So one of my friends pernah promote the use of natural crystal deodorant. Yang itu pun aku pernah cuba, tapi aku rasa lebih baik pakai scrub ni then kalian akan rasa tak perlu dah nak try produk deodorant kat mana-mana lagi dah. Hahaha. Ini serius! Kenapa tah aku ketawa kejap tadi.



Dah, apa lagi, pergilah serbu Guardian sana! *Semangat sangat kannnn*

Oh btw, Guardian ada dua lagi scrub mandian selain pomegranate ni. Lagi satu adelah Lavender. Satu lagi tu tak ingat lah pula. Pilih, pilih!

Lin Meli

Apr 30, 2012

Lama Rasanya Tak Pergi Zoo Negara

Apa kena entah aku ni. Apa jenis binatang depan mata pun, mesti nak ambil gambar. Cicak dengan katak punya gambar je aku tak kan ambil. Geli!

Lokasi : Dekat ngan Danga Bay kot
Hanjeng.

 Pandai oh pakcik ni train hanjeng ni

Tanpa tali pinggang keledar. lol.

Serius laju pakcik ni bawak motor





Lokasi : Kolej Saya!
Monyet

Beliau cuba block jalan aku. Sekutunya ramai ketika ini.

Ohhh monyet memang sangat banyak kat kolej aku ni. Aku sempat ambil satu gambar ni je. Yang lain tak sempat dah sebab selamat kan diri. Dah dua kali bilik aku kena pecah masuk (ayat nk gerun je) ngan monyet-monyet ni. Pantang tingkap terbuka dan pantang ada barang atas meja. Sebab beliau, penapis teh aku hilang di bawa lari mungkin. Cis! *Berdendam*


Lokasi : Kolej lagi!
Burung apakah kau.

Melepak di luar tingkapku. Memikirkan masa depan mungkin.

Time ni beliau memandang dengan kakunya.

Ok ni gambar paling dekat la pon.
Burung-burung ini lah yang selalu cirit kat luar tingkap aku ni. Kalau cuaca agak-agak macam nak hujan ribut, memang kepohla beliau dan rakan-rakannya.


Lokasi : Taman Rusa UTM
Rusa la rusa.

Kelompok rusa je ada dalam taman ni (You dont say??)

Aku dapat rasakan beliau adalah paling tua di sini.

Opocot!

Terasa diri ini diperhatikan. Aku nak sangat pegang tanduk dia tapi takut. Sensitip gilerious beliau ni.

Secara ramainya.

Tak payah nak susah sangat balik KL pergi zoo kan. >,<

Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...