Oct 10, 2011

Makan-Hujan-Selsema-Tidur.

Krap krup krap krup krap!

 

Tak berhenti-henti mulut ni dok makan keropok. Keropok apa? Aku tak tahu lah nama dia tapi kat mana-mana pun ada jual. Aku beli kat kedai bangla kat kolej ni je, main pakai timbang.

 

keropok sedapMenggiurkan tak saudara saudari sekalian?

Saya suka handphone saya!

 

Hari Sabtu hari tu aku dan kawan-kawan pergi kenduri kahwin akak kepada classmate kitorang. Biasalah, makan free, ada yang nak bawak, kami pun siap-siap je lah. Dari Skudai ke Desaru memang agak jauh juga lah, dengan sesatnya pun cukup, fuhh!

 

kenduri shikin 

Akak beliau.

Ambil gambar konon macam dah kenal lama je pengantin ni.

 

Memang best kalau tengok orang kahwin. Perempuan, biasa lah tu, kenal tak kenal pun mesti nak tengok pengantin + pelamin, semua pun cukup. Dan macam biasa aku berangan-angan dikompang-kompang oleh orang kampung sambil berarak gitu. Puff! Angan-angan dipecahkan oleh hujan yang tiba-tiba lebat. Aku lari. Aiseymen, gua pakai heels pula ketika itu.

 

rossalwa ruslin

Salwa dan aku sebelum dibasahi hujan yang lebat.

 

Ok sekian.

 

Sekarang sedang selsema tak berhenti. Ubat selsema adalah apa, adik-adik~~~ TIDURRRRR. Serius shit kau tak payah jumpa doktor sangat kalau selsema ni. Pergi je lah tidur ternganga (yakni tidur lena) untuk merelakskan saraf kau semua. Ok goodnite!

 

Lin Meli

 

Oct 7, 2011

Air Sebaldi Tinggi Harganya

Perkara yang tak best hari ni bila satu blok ni takde air. Nasib baik pagi-pagi dah mandi siap-siap, takde lah sepanjang hari aku jadi kerbau. Balik dari kelas pun aku tengok takde gak air. Aku pun ambil la air barang sebaldi dari tingkat bawah. Harap maklum jua yang lif blok ni dah dekat tiga hari kot rosak!

Camera Effects

Dengan penuh semangat aku ambil gambar air sebaldi yang aku angkut sambil NAIK TANGGA tu. Saja nak tunjuk kuat juga aku ni kan. LOL.

 

Hari ni je aku dah list-downkan tarikh-tarikh penting projek-projek, hospital, assignment, test, maka timbullah perasaan menyampah di situ. Berharap untuk lebih cepat graduasinya pun.

 

Anyway, sekarang musim memang tak menentu kan? Kejap hujan lebat sangat, kejap panas terbakar rasa kalau keluar tu. Bumi ni dah tua ya adik-adik. Zaman kalian nanti tak tahu lah jadi apa pula. Nasib baik akak ni dah tua you all.

 

Lin Meli

Oct 6, 2011

Hey October.. What a surprise you got for me.

Oh penat hari ni. Pagi tadi pergi Hospital Sultanah Aminah buat check up kat kaki ni ha. Best sebab ada berita gembira dan tak berapa gembira. Hahaha. Gembira bila dapat tahu tulang yang dikatakan rapuh itu tidaklah rapuh seperti yang diberitahu kat aku sebelum ni. Jangan tak lega la kau dengar kan. Alhamdulillah. Tapi minum susu itu is a must doctor kata.

FxCam_1317937709639

 

Ini Anlene Concentrate Chocolate versi kotak punya. Sedap! Sedap sampai tak pernah rasa cukup masa minum tu. Aku beli juga yang susu tepung punya perisa chocolate ni tapi yang buat sendiri tak sesedap yang kotak punya! Yang kotak ni kecik je, isi dia takyah cakap la, kotak kecik tu (besar tapak tangan aku je yaw) ade space lagi boleh dikocak-kocak air didalamnya. LOL.

 

Macam yang aku bagitahu, aku tak pernah suka pergi hospital sebab banyak sangat kenangan yang tak best kan. Dan sangat kesian tengok pesakit-pesakit yang tua dah. Hospital kerajaan, semua pun tahu memang sentiasa penuh la. Penat nak tunggu turn ataupun tunggu ubat. Kira nasib baik lah aku tak perlu nak pergi setiap bulan plak macam sesetengah orang.

FxCam_1317894401393

Tunggu turn sambil menghadap pintu ini. *Sigh*

 

Sekarang aku dah mula rindu nak balik rumah mengadap tv, lepak-lepak dengan family. Rindu kalian! Adik kalau kau baca sila terharu dan mesej aku sekarang. Hahaha.

 

Hidup ni tak boleh dijangka. Misteri tu la yang buat kita rasa lebih manusia. Got it?

 

Lin Meli.

Oct 5, 2011

Menjadi Teruja Setelah Melepasi Zon Itu

Hai!

Ianya adalah satu perkara yang rare untuk aku update blog buat masa sekarang ni. Biasalah tu, manusia, ikut mood la brader.

 

Di kala melalui zon bosan-tak-tahu-nak-buat-apa, kerja aku mendonlot je la pun. Movies yang aku kumpul dari adik abeh dah aku tengok semua. Yang Harry Potter series pun aku dah tengok untuk kali ke berapa ntah. Bila fikir balik, macam kelakar zaman tengah gila Harry Potter dulu, dengar lagu tema masa start movie pun dah excited-meremang-bulu-roma. Biasalah, kipas-susah-mati.

 

Maka dalam zon bosan-tak-tahu-nak-buat-apa tu juga aku mendonlot apps untuk fon aku ni ha. Aku kan SUKA SANGAT ambil gambar, tak kisah lah gambar jadah apa pun, seboleh-boleh nak capture gak. Jadi aku donlot FxCamera laju-laju. Berpeluh nak tunggu 100% complete download tu. Dan tadaaaa~~!!!

 

FxCam_1317831656266

Suke!

Cantik takkkkkk~~~Itu kolej aku tawww~Gambar dari bilik aku. Takpelah tak dapat DLSR pun kan. Ye, gambar itu mungkin biasa bagi kau orang yang ada jadah dlsr sebijik. Ok tak perlu emosi kat sini Lin.

 

Eh malas ah nak upload gambar banyak-banyak. Biar aku suka sorang-sorang. Wakaka. Btw, my dear friends, dah dengar belum ‘Avril Lavigne- Wish U Were Here’? Kalau belum-‘omg sila dengar!’ Kalau dah-‘Best kan~~~~’ Dengar tajuk aku dah excited sebab itu adalah ayat yang selalu aku guna untuk kekasey hati. Gedik yaw.

wish u were here

Dah pernah kahwin pun still nampak macam anak dara.

Aku nak perut seleper itu.

 

Eh sudah jam sebelas. Apa entah yang aku buat dari siang tadi. *Sigh*

 

Lin Meli

Sep 14, 2011

Majoriti Manusia Suka Coklat, Tidak?

Hai! Now I’m here, in Skudai! Raya best-tak-best, so tak banyak cerita. TAPI kan, macam tak gemar bila setiap rumah yang di-raya-kan itu akan ada soalan “Bila nak kahwin?”, “Bila berlangsungnya?”. Serius, SETIAP RUMAH, satu pun tak miss. Macam biasa, abah tukang jawab soalan. Tenkiu abah! <3

 

Raya kat Johor, ada lah juga dapat duit raya. Ye, umur aku dah 23 tahun, tapi ni la untung dia kalau kau belajar lagi, ekeke. Lepas raya rumah saudara mara kat Johor, abah hantar balik Skudai. Untung aku, ada abah boleh hantarkan. Bukan apa, banyak barang yaw. Sampai kolej, puff! Bilik nampak pink. Semua match. Kecuali langsir warna oren. Jadah apa?

 

Macam orang-orang yang sedia maklum, dah banyak kali aku jatuh di banyak tempat, yes I am clumsy like that and I’ve never proud of it. So aku pergi klinik semalam xray tempat yang still sakit, dan doc cakap “Tulang awak ni macam orang tua”, so dia explain beza tulang pinggang org muda dan org tua macam mana.

 

Waaliao! I’m just 23 years old and now I;m having this problem of tulang rapuh. Kau tak sedih? Mahu mula minum susu Anlene™ Concentrate Coklat lah nampaknya. Orang cakap sodap, tapi tengok la macam mana.

 

Anlene™ Concentrate Coklat

 

Kelas dah mula, harapan mahasiswi di awal sem yang sangat cliché : semoga berjaya dengan cemerlang di sem ini. Hehehe.

 

Ok nak sambung tengok Chuck the 4th season sambil makan maggi kari + cili api + sos maggi + milo-buat-anda-jadi-sihat-dan-kuat.

 

 

Aug 28, 2011

Sedang Menonton Disney Junior Ketika Menaip Ini

Ooohhh, dah nak raya dah. Betul lah orang cakap, kalau tak fikir sangat pasal satu benda tu mesti rasa cepat je masa jalan. Ye la, raya sekarang bukan macam dulu-dulu kan, dah lain, meriah-meriah pun tetap rasa zaman dulu-dulu tu best.

 

Oh alangkah indah kalau sistem duit raya ‘makin tua, makin dapat banyak’ wujud. Boleh jugak buat duit poket yaw. Bila nak habis belajar entah, kerja bergaji sedap gak (walaupun tak boleh ponteng sesuka hati macam pergi kelas).

 

Sejak cuti ni macam takde plak melepak-lepak dengan kawan-kawan lama. Ye, semua orang dah berubah tapi macam cool kan berjumpa untuk tengok perubahan tu, lepas tu bahan sekor-sekor punya perangai lama.

 

12 September dah start sem baru dan ye, pertama kalinya aku sangat ingat tarikh untuk hari pertama kelas sebab aku sangat tak bersemangat hendak pulang ke sana. Ye la, cuti lama kot, dah melekat punggung ni kat rumah, kau ingat senang nak packing semua? Darn it. Takpe, bersabar, 2 sem je lagi weh.

 

Ok untuk Syawal, selamat hari raya kalian semua. Minta maaf kalau ada tertaip sesuka hati kat sini yang melukekan hati sanubari kau. Eh mengada. Dah la. Chowww

 

Tade orang bagi aku kad raya macam zaman dulu-dulu.

Lin Meli

Aug 17, 2011

Macam Dah Perlu Kahwin Sekarang

Hoy hoy hoy. It has been a week but still, happy birthday to me!!! Okey lah, makin tua ni makin kurang orang yang ingat birthday kau jadi takpe lah kan wish kat diri sendiri. Ketidak-adaan duit telah membuatkan aku terputus hubungan dengan alam maya. LOL. So masa 10 Ogos 2011(Ini birthday saya, tolong ingat, pliz, pliz, pliz), akhirnya aku berjaya bayar bil tenet! Ok apa motif nak bagitau semua orang.

 

10082011216

Besday abah 09 Ogos, so celebrate sama-sama

Sekarang berada dalam bulan Ogos and as a matter of fact, aku masih tak dapat elaun latihan industri untuk bulan Julai dan hakikatnya lagi, aku dah berjaya tamatkan latihan industri tu selama sebulan. Kenapa aku tak dapat lagi? Sebab akak-akak tu tak jumpa punch card aku yang dengan susah payah nya aku bagi kat department diorang. Dem sungguh. Kenapa aku sorang je pakai punchcard instead of the thumb print? Kerana jari aku menggelupas dan tak boleh dikesan oleh mesin tersebot. Dan kenapa aku jawab sendiri semua persoalan tu. Dem.

 

Oh selamat berpuasa. Ekeke. Tidur lama-lama, bangun, tidur balik, tahu-tahu dah nak raya dah weh. Walaweh, sungguh cepat. Dan sungguh cepat rasanya dah nak kena balik Skudai. Oh malas. Tak bersedia. Benci. Bercampur aduk perasaan di dalam diri ini.

 

Selamat Hari Raya.

 

Puasa penuh tak der?

 

Lin Meli

Jul 2, 2011

Menjadi gadis se-hot Megan Fox.

Murah rezeki rasa tiba-tiba bila Nana ajak tengok wayang free – Transformers : Dark of the Moon, ditambah plak dapat cek rm200++ (elaun gua dah keluar!), lepas tu dapat berita ada lagi rm180 nak masuk untuk claim kami (aku, Nana, Liza) sebab kerja lebih masa haritu. Hoyeah! Ini rejeki! Alhamdulillah.

 

Transformers memang best walaupun bagi aku starting cerita dia kali ni agak lembab sebab macam preview zaman dulu-dulu cerita Neil panjat bulan tu.Aku masuk panggung lambat sikit, itu pun aku dah rasa lama gila lah kan nak start keluar muka Shia LaBeouf tu. (Sampai sekarang aku panggil dia Even Stevens.LOL.)

 

Aku memang dari dulu tak ingat nama-nama karakter melainkan Optimus Prime dengan BumbleBee. Eh betol kan? Isk. Untuk jiwa yang sensitif ni memang ada babak yang buat air mata aku mengalir. Babak Bumblebee nak kena bunuh dengan Megatron punya kroni. Hoi hoi, sedih kau tengok Even Stevens menangis. Hebat ah.

 

Cerita kali ni cam biasa la, pasal Autobots lawan Decepticons, nak menguasi Bumi, kebodohan dan kepoyoan manusia yang konon pandai. Oh, tak lupa juga cerita chenta-chenta ni. Shia LaBeouf dengan Rosie Huntington-Whiteley.

rosie huntington

Hot oh.

Aku fikir dia tak boleh lawan Megan Fox, but she is somehow better than Megan Fox! Itu pandangan aku la kan. Hot pun hot, kuat lari, pandai berlakon, fuhh! In case you didn’t know, dia model Victoria’s Secret kalau tak salah. Oh bila lah perut aku akan menjadi seramping beliau. –_-“

 

Jadi apa tunggu lagi?! Pergilah keluar bersama family kau tengok Transformers: Dark of the Moon!

transformer 3

Jun 13, 2011

Hai Bekas Rakan Sekelas!

Hari ni macam biasa pergi ke tempat praktikal dengan perasaan yang malas. Oh malas itu perasaankah?Anyway aku dah berjaya dapat elaun-yang-tak-brape-penuh tu. Tapi bersyukurlah, ada jua orang yang memberi aku wang. Boleh aku berbelanja perkara tak berfaedah lagi. Aku tak ambil gambar cek itu. Well, kalau beribu semangat juga lah kot nak ambil. Sekian.

 

Hari ni pulang ke Gombak juga macam biasa. Cepat-cepat ambil seat kosong dalam train memandangkan orang buat tak nampak je seat tu, tambahan pula tiada golongan makcik-makcik yang boleh aku sedekahkan tempat duduk itu. Ok kaki aku injured lagi. So aku layak duduk di tempat itu.

 

Kau ni Lin asyik injured je jadah apa. Ah sudah nasib la. Aku jatuh toilet pula kali ni. Tahan je la. Berurut dengan makcik tukang urut, oh memang sedap rasa badan ini.

 

Sedang aku leka menaip mesej, mata aku meliar sekejap tengok keadaan keliling sambil fikir ‘aku dah kat mana ni?’. Tiba-tiba terpaku jap kat muka yang macam familiar je mamat ini. Adakah budak kelas aku masa tingkatan 5? Kalau dia kenapa muka die cam tade perasaan je pandang muka terkejut aku? Orang lain kot?

 

Sambung taip-taip mesej. Tiba-tiba manusia macam bergerak ke pintu train sebab stesen seterusnya dah dekat. Lelaki itu kini berada di depan aku. Aku pandang. LOL. Kau memang classmate aku dulu la! Dan dia pun sebut nama aku dengan betul. Ok, tanya-tanya sikit buat apa sekarang sampai la ke saat dia tanya kau kenal aku ke tak.

 

Dang! Aku kenal, serius aku tak tipu. Dia tanya siapa, maka terpaksa dengan jujurnya aku cakap ‘aku lupa nama kau~~’ Maafkan aku classmate. LOL. Ini adalah saat yang memalukan. Fikiran aku pun sedang melayang-layang time tu nak cube ingat name kau weh. T_T”

 

Oh minggu ni sepatutnya aku dah kembali ke site tapi apa entah masalah kena hold dulu. Chait. Sekarang aku tak tahu dah nak belajar apa dari office tu weh. Apa mau aku bubuh dalam report nanti? *Sigh*

 

Ok sudah, aku kesejukan, mungkin perlu duduk dalam selimut layan CSI malam-malam ni.

CSI

Da Season 11 daaa~

Lin Meli

Jun 4, 2011

Tak Jadi Pergi Kenduri Hari Ahad.

Ah, satu je aku suka bila dah pindah ke HQ. Sabtu cuti. Ni dah dua minggu cuti Sabtu dengan Ahad, duduk rumah buat apa benda yang aku suka. Best.

 

Tengah malam semalam buat midnight movie dalam rumah. Lepak dengan family minum the tarik bukak speaker kuat-kuat, dok dalam gelap. Kitorang bukak 3 cerita.

Kongsi:

kongsi

Em, boleh la. Part Sam dengan lelaki Penang (Ampun aku tataw nama) je yang aku rasa best, gelak-gelak. Yang lain, biasa je, jalan cerita pun macam tak kuat sangat pun. Nasib baik dah dengar orang cakap cerita tu tak berapa nak best so I didn’t expect much.

 

Cun:

Cun The Movie

Honestly, aku lebih suka cerita ini kalau nak compare dengan Kongsi. Jangan nak kata aku jiwang ke jadah apa. Aku cepat bosan jugak kadang-kadang kalau tengok cerita, so cerita ni ok la, malas nak komen panjang-panjang. LOL.

 

Hikayat Merong Mahawangsa:

hikayat-merong-mahawangsa

Aku tertidur lepas Prince Marcus kot nama dia mati. Kesian.

 

Ye, aku tahu cerita tu semua da lepas. Aku tak pegi tengok pon. Alang-alang ada cerita tu, kami layan kan aje. Hehe. Amek kau kul 4 camtu aku tidur.

 

Pagi tadi berurut satu badan dengan makcik urut kat kampung ni. Oh sakitnya. Ada angin satu badan kesan dari jatuh dari trackmill dulu. SAKIT OH!!!

 

Lin Meli.

May 23, 2011

Best Orang Belanja Makan Hari-hari

Aku sekarang ada kat Shah Alam duduk kat dalam site tapi akhirnya, aku kena balik ke HQ kat kg Baru tu balik esok! Aku update sebab lepas ni aku susah dapat internet, brukben aku tak bayar la plak kan.LOL.

 

Anyway, nasib baik separa hitam je sekarang. Ailaik!

DSC01227

Kat site. Konon lebih gembira.

 

DSC01215

Kat HQ, pura-pura gembira.

 

DSC01240

Kat site, dibelanja Burger King.

 

DSC02686

Kat HQ, terpaksa naik LRT lagi.

 

DSC02708

Kat site, penat tapi boleh gelak-gelak lagi.

(Muke mengantok macam apa)

Ah dulu memang aku merungut sebab nak dihantar ke Shah Alam. Hahaha. Mengada-ngada.

 

Oh baru berapa minggu buat LI tapi kami semua tak sabar nak habiskan LI ni. Biasa la tu kan.

 

I miss ALL of you.

 

Lin Meli

May 14, 2011

Duduk Selangor Tapi Bukan Di Rumah

Helo helo helo~

 

Oh tak perlu begitu ceria. Petang nanti aku ke rumah Nana, one of my friends yang dapat tempat LI sama dengan aku. Kenapa pergi rumah dia? Kau takde rumah? Aku ade rumah, tapi malangnya, start Isnin depan (yakni esok) kitorang kena pergi site dekat Shah Alam, pukul 8 pagi every morning! (Yes, Saturday is included)

 

So aku dan Liza terpaksa menjadi parasit untuk sementara waktu di rumah beliau. Ye, cepatlah habis LI ni. Tak sanggup dah. Elaun kalau beratus-ratus menghampiri seribu aku tahan la lagi. Dang!

 

Hari tu akak kat ofis tu dah siap-siap nak bagi kerja kat kitorang untuk Isnin nanti. Now thank God I’ll be going to the site this Monday! Lantak situ lah aku hitam ke apa nanti. Ok apa kata meletak gmbar sekarang ni untuk di compare dengan gambar selepas 2 bulan nanti?

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Well, may be not.

 

Tahu apa yang aku harapkan sekarang? Untuk menonton Nur Kasih The Movie bersama kekasey hati. LOL.

 

nur kasih the movie

 #Suka Betul Nak Tengok Cerita Sedey-sedey ni#

 

Encik Ariff tak minat that kind of story, tapi nak paksa jugak teman! Tapi malangnya, Latihan Industri NI TAK HABIS-HABIS LAGI, MACAM MANA NAK DATING. Dang! I miss ya!!! Oh macam kena buat entri Saya Rindukan Encik Ariff Saya (vol 4) je lepas ni. =p

 

Lin Meli

Cody Simpson is Really “On My Mind” Right Now

Ok ternyata aku bukanlah peminat setia Cody Simpson mahupun Justin Bieber. Sejak aku beralih arah memandang lagu si Justin Bieber- That Should Be Me hari tu, tak lama lepas tu, aku diperkenalkan pula dengan single terbaru Cody Simpson – On My Mind.

“I’m sleeping through the day,
I’m trying not to fade,
But every single night,
I’ve just been lying awake,
Cause I, I can’t get you off my mind~”

Check this out yaw! Dengar suara dia. Oh dah pecah ke?? LOL. Serius shit aku fikir Chris Brown or anyone lah yang suara lebih kurang begitu yang nyanyi lagu On My Mind ni. Ok dengan ini, I’m not longer a Belieber but imma…err..Codier?

cody on my mind
#Screaming Out Loud#
Apa yang cool nya lagu ni, bukan je sebab suara dia, tapi sebab lirik tu sendiri ditulis oleh Cody Simpson. Wah wah wah. U dah ada sesiapa yang berkenan di hati kah? Siapakah? Siapakah? Adakah gadis-gadis dari videoklip kamu?

Anyway, boleh dikatakan because of this song dia dah semakin dikenali dan dah makin ramai nampak bakat dia ni. Ha baru kau tahu. Lepas ni semakin ramailah Belieber tukar jadi Codier. LOL.

So have you listened to this song – On My Mind? Yay? Nay?

Lin Meli

May 11, 2011

Jika Anda Gembira Tepuk Tangan!

Dear bloggy (saje replace diary),

Hari ini aku penat gilerious. Well, semalam pun. Dua hari lepas pun. Hari-hari pun. LOL.

 

Bloggy2, jadah apa semalam sepanjang hari aku buat kerja fotostat. Aku rasa macam aku bukak kedai fotostet bila ramai plak yg suruh aku fotostetkan dokumen-dokumen tu. Tebal dia macam berbuah-buah buku rujukan yang aku pernah ada dikumpulkan. Jangan tak sakit hati la bile kau fotostet, orang lain pun sibok nak fotostet, dengan kertas tersangkutnya lagi, dengan kena push lagi nak cepat bagai.

 

fotostat

 

Eh? Aku belajar apa dekat LI ni? Takpe, pelan-pelan kayuh. Minggu depan baru masuk site tengok orang buat kerja. Dem mesti panas gilerious. Aku saje je taknak update blog 2 3 hari ni. Aku tahu kalau update mesti nak memaki-maki tempat LI tu rasa. So sekarang sudah tenang sikit boleh update suka-suka.

 

Baru 3 hari buat Latihan Industri aku dah rasa macam 3 tahun kerja. Cepatlah dua bulan berakhir. Aku penat, aku penat. Elaun sikit la weh. Mana aku nak cekau duit ni nanti. Nak harap nuffnang? Cet, blog pun entah apa-apa. Hahaha.

 

So ade sesiapa nak hulur duit kat aku? Ekeke.

 

Sila lah cepat result keluar. Takde la aku berdebar menunggu. U_U

 

Lin Meli

 

May 7, 2011

Makanan Kasih Sayang Memang Sedap

Ohhh hari ini macam rasa tak berapa nak sihat *mengada*. Hahaha. Duduk di rumah berehat-rehat menonton televisyen, gosh, heaven gilerious. The most amazing part is that I don’t have to think about any assignments or project! Best!

 

Tapi sangat penat lah hari ni. Mungkin sebab semalam berjam-jam duduk dalam kereta dan kemudian tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Gosh. I’m so sorry Awin sebab tersalah jalan dan tak ku sangka jalan Cheras jem gilerious. Damn. Memang buang masa.

 

So hari ni ada kenduri, Abah tak masak, aku apatah lagi. Penat. Memang aku melepak je hari ni, ditambah dengan rasa yang tak berapa sihat tu *cough*

 

Malam pula teman abah dan Maksu bawak si kecik motet demam la pula. Balik rumah aku dah fikir nak goreng nasi sebab aku sangatlah lapar ok. Tapi betapa bersyukur dan terharunya bila balik rumah tengok-tengok adik kesayangan dah gorengkan nasi.

 

DSC02674

Sedap! Sedap! Dan pedas! Ailaik. Tenkiu adik =’)

Jangan tak kagum kau tengok adik lelaki kau dah siap goreng nasi. Ok lepas tu aku makan. Mak aih. Sedap gilerious. Macam abah masak. Memang bertambah la aku makan tadi! Aku kalau goreng nasi selalu kurang rasa (abah kata aku kedekut garam kalau goreng nasi). So it’s kinda cool untuk tahu yang adik kau boleh memasak. LOL.

 

Ok that was really my first time ever rasa makanan yang adik masak. How exciting!

 

Ah, Isnin = Latihan Industri. Tak panas lagi punggung ni dok rumah da kena pergi LI. Dang!

 

Lin Meli

May 6, 2011

Segmen Kerana Manisnya Epal : Susun dan Menang

Hoy! Hoy! Sekarang ini aku berada di rumah! Hoyeah hoyeah! Ok jangan berlagak di sini. Hahhaa (Gembire2).

 

Ok mari dekat mari dekat. Now tanx to EB aku dah kenal satu lagi blog yang memang bertemakan epal. Sana sini ada je epal-epal yang sangat menggiurkan. Ok sekarang blog ni buat satu segmen : Segmen Kerana Manisnya Epal: Susun dan Menang.

4

 

Ha, kat Header je dah ada sebijik epal kan. Nyummy nyum! Ok Taknak cakap banyak. Ini jawapan saya!

 

5

2

3

6

1

4

 

Ok mintak-mintak la betul. Kalau salah jangan marah naa. Baru follow kot ni. Hek3.

 

Now, now, @Aisyah dan @Fariszaz, mari lah join! Anyway yang lain pun jommm!!

 

Being happy just to be HOME,

Lin Meli.

May 5, 2011

Kesedaran Selepas Makan dan Kenyang

Sepanjang aku belajar kan, tak pernah sekali pun aku belajar last minutes untuk final examination. Serius. Atleast paling lambat pun 2 hari sebelum paper aku rasa. Jadi hari ni la first time ever aku buat macam tu. Start study petang tadi untuk subject Reinforced Concrete Design, exam esok pagi.

 

Tak, aku bukan nak bangga ke jadah apa. Tapi serius, belajar last minutes macam ni serupa macam aku give up awal kan. So tadi aku dah pening-pening rasa pusing-pusing je, aku berhenti membaca pastu aku try tidur.

 

Tiba-tiba Awin mesej ajak minum-minum. Aku fikir pening-pening ni ada baiknya aku makan Bihun Tomyam-sangat-pedas dari kedai Kelantan tu. Pergh, dah kenyang hilang pening aku weh!

 

Sekarang dah tak pening, dah segar, macam mana nak tidur kan. Mengenangkan kata-kata kawan “aku taknak repeat paper ni”, macam ada sebiji buah kelapa jatuh atas kepala. Yela, siapa yang nak repeat paper yang kau paling benci sekali dalam dunia ni kan?

 

DSC01447

Konon hati dah tenang macam laut. Gambar ni ori dari handphone aku okeh.

 

Ok sekarang mari belajar.

 

Wish me luck weh.

 

Lin Meli

Saya Rindukan ADIK saya (vol 3)

Adik, sila terharu. =p

 

Saya ada seorang adik. Ye, seorang je. Tak ramai tak pe, happy juga apa walaupun berdua. Buat apa adik beradik ramai tapi tak rapat dan dengki mendengki. Ye tak? Memanglah bukan semua macam tu.

View0f.006

Ok muka kami memang sama.

Ye kami memang rapat. Adik saya kelakar orangnya. Tapi kalau dia tengah badmood janganlah kamu dekat-dekat. Tapi (lagi) dia kalau marah takde lah menengking ke apa. Dia budak lahir bulan Januari. Kamu perasan tak apa persamaan budak-budak lelaki yang lahir bulan Januari?

 

Kalau saya dan adik melepak bersama, memang boleh tahan banyak benda yang kami borakkan. Dari isu-isu kat internet, gosip-gosip, cerita kat televisyen sampailah cerita pasal diri sendiri.

DSC02138

Kebanyakan cerita yang saya minat kat channel Nickelodeon dengan Disney, dipengaruhi oleh adik saya. Oh beza umur saya dan adik adalah dua tahun. Dulu saya selalu kutuk cerita-cerita remaja kat kedua-dua channel tersebut. Tapi akhirnya, saya turut menganga di sebelahnya menonton televisyen. U_U

 

Adik saya rajin explore benda-benda baru (yang baik ok) seperti softwares, games, dan apa-apa aplikasi yang terdapat di Internet itu. Kalau saya ada masalah berkaitan teknologi memang saya akan tanya dia. Best sebab saya tak payah susah-susah nak fikir. Ekeke. Saya sedar saya banyak menyusahkan dia. Dia selalu kata saya mengada-ngada tapi tetap tolong saya. =’)

 

Masa kecik-kecik kami memang suka plan bersama-sama. Plan bermain, plan lambat-lambat pergi mengaji, plan cari alasan tak nak pergi sekolah rendah agama, plan mendajalkan budak-budak lain dan macam-macam lagi. Best dapat adik yang sekepala.

 

Kalau pergi ke rumah saudara mara, adalah sangat tidak best kalau adik taknak ikut. Kami ni pemalu taw. Hahaha. Kalau dia tak ikut saya nak bercakap dengan siapa. Saya sangat bergantung dengan adik saya. Mungkin sebab itu kami rapat.

 

Sekarang adik saya tinggi gila. Saya lebih rendah daripada dia. Dulu masa kecik-kecik senang-senang je saya nak sekeh kepala dia. Tapi sekarang, jangan kan nak sekeh, nak pandang pun kena mendongak. Ketinggian dia adalah alasan terbaik untuk suruh dia buat kerja. Ekeke.

 

adik

 

Esok saya nak pulang ke rumah jadi saya akan join adik saya menonton televisyen lagi!

 

Lin Meli.

May 4, 2011

Saya Rindukan ABAH Saya (vol 2)

Kebanyakan anak perempuan rapat dengan Ibunya, tapi saya sangat rapat dengan Abah saya. Tapi hakikatnya kami rapat mestilah selepas Ibu sakit dulu, sebab saya memang tak ingat banyak pasal Abah punya perangai sebelum Ibu sakit dulu. Kini, segalanya dalam poket. Hafal dah perangai Abah. Ekeke.

Saya sangat bersyukur dapat Abah yang bertanggungjawab taw. Pernah seorang ustaz ni cakap dengan saya, kebanyakan keluarga yang beliau jumpa, mesti si Isteri yang membawa Suaminya di kerusi roda. Itu kata Ustaz tu la.Beliau suruh saya belajar rajin-rajin untuk balas jasa Abah. Itu yang saya sedang buat sekarang.

Abah saya memang pandai masak (kau Lin asyik cakap pasal makan je kan). Ok lain. Abah saya peramah taw, sangat terbuka orangnya. Sejak Ibu sakit, Abah la yang jaga saya dan adik. Jadi segala masalah pun saya refer kat Abah. Ye, walaupun masalah perempuan. Ada lah yang Abah faham sikit-sikit, tapi ok lah. Atleast tengok saya sekarang, menjadi perempuan Melayu sejati apa. Ekekeke.

melayu

Birthday abah sebelah je dengan birthday saya, jadi perangai kami kebanyakannya sama. Kalau kamu kenal saya maka senang-senang lah kamu boleh ngam dengan Abah. Abah saya berjiwa muda tapi klasik okeh.

Kalau lah ada award untuk Bapa Terbaik, Bapa Contoh, atau apa-apa jenis award kebapaan, sudah tentu saya akan kata Abah adalah selayak-layak penerima. Bukan senang taw seorang Abah nak jadi seorang Ibu dalam masa yang sama. Tapi Abah cool je.

Selama mana saya membesar dan belajar tentang hidup, boleh dikatakan 80% ilmu hidup itu datangnya dari Abah. Abah tak kedekut ilmu. Abah ada banyak sangat pengetahuan tentang hidup. Segala pesanan yang pernah Abah pesan InsyaAllah saya akan ingat sampai bila-bila.

Saya tak pernah duduk jauh dari Abah, ini pertama kalinya duduk di Skudai dan tak makan makanan yang Abah masak untuk sekian lamanya. Ok saya sedang terbayang Bihun Sup yang Abah selalu masak untuk saya. Saya terliur.

Kalau saya akan berjaya dalam hidup ini, Abah adalah penyumbang utama. Serius banyak yang Abah korbankan untuk kesenangan saya, Ibu dan adik. Tak terbalas jasa itu semua tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk membalasnya.

Kalau dah lama tak jumpa, duduk je depan Abah, saya mampu untuk bercakap dan bercerita tanpa henti. Ye, termasuk bergosip juga. Abah akan melayan sahaja cerita membosankan saya ini.

abah

Abah selalu menjaga keselamatan anak daranya yang seorang ini. Paling terharu bila Abah pernah teman saya dan Awin duduk di Bukit Jalil tunggu bas nak balik ke Johor dekat sejam. Saya kasihan, Saya rasa saya akan selamat sahaja di situ tetapi Abah tetap mahu meneman.

Saya tak kisah ada setengah orang kata saya anak manja. LOL. Itu kelakar. Besar mana pun kamu, kamu tetap anak kepada kedua IbuBapa kamu. Tua mana pun umur kamu, pada mata mereka kamu masih perlu dilindungi dan dijaga. Sekarang siapa lagi yang masih shopping dengan Abah mereka? Ye, saya!
Image019
Muka copy paste ke apa ni. LOL.
Abah, akak rindu. Tak sabar gilerious nak balik.

Lin Meli.

Hilang Tiada Berganti, Mati Beli Bateri Baru Lagi.

 

1_875345475l

Yang ni masa diploma dulu. Sekarang tak pakai dah yang ni. Semangat kot bubuh sticker dari Naruto.

 

Dulu aku selalu membayangkan, apa jadi kalau tengah jawab exam tiba-tiba calculator kau mati-habis battery? Dan tanpa disangka-sangka, masa mula-mula aku nak jawab soalan 1, aku tekan button ON pada calculator itu.

 

DAMN, PESAL KAU TAK ON NI.

 

Tekan lagi dengan penuh rakus. Mana tahu mata aku silau tak nampak calculator tu dah on ke.

 

OK, IT IS NOT A JOKE. KAU MATI DAH WAHAI CALCULATOR!

 

Buat muka gelabah pandang Awin minta perhatian dan simpati. LOL. Angkat tangan minta bantuan lecturer. Damn time ni la semua orang nak toleh kepala pandang aku. Aku tak meniru okeh.

 

“Encik calculator saya mati”

Apa, calculator kamu rosak ke

“Tak, habis battery”

Ok kamu tunggu dulu

 

Dang orang semua dah jawab dengan lajunya takkan aku nak tunggu. Mencarut-carut terhadap calculator itu di dalam hati. Aku tulis step jawapan siap-siap.

 

Akhirnya ada juga calculator diberikan kepada aku. Oh nak menangis terharu aku rasa. Bukan satu, dapat dua lagi tau. Tapi aku tolak yang second tu dan dengan bangga cakap “SAYA DAH ADA CALCULATOR, ENCIK TU BAGI”

 

Excited dapat calculator barangkali, tangan aku menggigil sambil menulis. Celake.

 

Lin Meli

May 3, 2011

Saya Rindukan IBU saya (vol 1)

Ini bukan sempena hari Ibu ke apa. Hari Ibu boleh disambut hari-hari. Curahkan kasih sayang kau tu setiap hari tanpa henti ok.

Ye, saya rindukan Ibu saya. Beliau sedang terbaring di rumah menonton televisyen saya rasa. Takdir hidup kami, Ibu dah lumpuh sebelah badan sejak dari tahun 2002. Ok takmo sedih-sedih.

Tapi saya rindu kena marah dengan Ibu saya. Dulu saya selalu menonton televisyen tanpa henti sehingga pernah dimarah berulang kali oleh Ibu. Kata beliau, jadi perempuan jangan malas. Saya tak pernah tolong Ibu masak. Ini kan pula mengemas rumah sebab sedar-sedar semuanya sudah selesai. Ibu memang kuat masa tu.

IBU SAYA


Dulu mungkin saya dan adik manja, seterika baju pun saya tak reti. Ekekeke. Masa umur lebih kurang 7-8tahun saat paling manis adalah ketika ibu menyiapkan milo suam-suam kuku dalam botol susu sebelum beliau pergi kerja. Ye, untuk saya. Saya tak boleh tinggalkan botol susu saya ketika itu. Baring-baring gentel bantal busuk guna jari, isap botol berisi milo sampai tertidur. Itu nikmat.


Sekarang Ibu dah jarang marah-marah saya. Mungkin sebab saya rajin. Asyik kena puji je. Ekeke. Lepas Ibu sakit baru saya belajar buat semua kerja rumah dengan Abah. Abah pun hebat. Nasib baik Abah saya pandai memasak, takde lah kami semua muak asyik makan kat luar.

DSC02197
Abah dan Ibu masa raya tahun lepas.
 
Ye. Masa Ibu mula lumpuh hari-hari makan kat luar sebab Abah sibuk jaga Ibu di hospital. Malam baru pulang ke rumah bersama-sama. Saya dan adik akan ke hospital setiap kali lepas habis sekolah. Memang penat tapi kami tak kisah asalkan dapat duduk dengan Ibu.
 

0o00


Sekarang saya masih di Skudai. Ada kurang dari 3 hari untuk pulang ke rumah. Saya rindu Ibu saya. Siapa yang baca blog ni boleh tolong doakan Ibu saya sihat macam dulu? Hehe. Thanks.

 
Lin Meli

May 2, 2011

That Special Day When People Talk About Osama Again

Top story hari ini : The death of Osama bin Laden. Kat Twitter dah trending, kat Facebook dah banyak orang share, ni kan pula kat blog, lagi la berlambak-lambak.

 

Tak nak komen banyak pun sebab banyak sangat perkara yang boleh di persoalkan kat sini. Identiti dia, gambar mayat dia, semua macam di edit-edit gitu. Well, yang penting, korang perasan ke tak tarikh pengumuman kematian Osama bin Laden tu sama dengan pengumuman tarikh kematian Hitler yakni 1th May? Ok I have no point here. Pergi Google.

 

Apa pun, siapa pun dia, jahat ke tak ke, kematian tu tak perlu la kot dicelebrate. Macam tak berperikemanusiaan (OK lama gila aku memikirkan perkataan ini) langsung. Mana-mana manusia pun akan pergi ke kubur akhirnya. *Seram*

 

Anyway daripada petang tadi la kan aku tunggu pengumuman pemenang daripada Oh!Media. LOL. Check this out yaww!

oh media

Ok sekarang dah sebanyak itu la orang yang mengomen status tu (Termasuk aku yang entah kali ke berapa). Aku rasa diorang tunggu sampai ada 50,000 komen kot ek? Gila da 2 jam dah tak tutup-tutup. Tensi aku. Aku kejarkan yg RM100 tu der. Tgh mata duitan ni. LOL. $_$

 

Anyway, besok I busy taw. Pagi ada paper Traffic Engineering, petang ada paper Numerical Method. Lusa Theory of Structure. Memang macam haram jadual sem ni. Bukan kelas aku je. Kelas lain pun aku tengok macam tu jugak. Jadah apa. Sekarang badan aku dah makin membongkok aku rase, macam S curve kau tahu? Ok jangan bayangkan U_U

 

Penatnya aku!

 

Lin Meli.

Apr 30, 2011

I Don’t Really Mind Following YOU. =)

I know some of bloggers follow others with the hope of being followed back. I don’t really care about the system. And some of my followers did follow me so that I’ll follow them back. I used to follow only the blogs that I’m interested in but somehow now I feel the need to follow each of the people who follow me. BUT the problem is that, YOU didn’t put the link in your profile nor did YOU put any comment on any of my posts so I cannot track you back.

 

So here, I am saying I’m sorry to any of my followers that I did not have the chance to follow them back. I don’t mind following anyone, u know, because some blogs might have the content that I might love to read if I had a lot of free time. I am not that ‘blogwalking’ person so it is harder for me to be searching for any blogs that I should follow.

 

Nothing big, just saying. Not that I’m having hundred of followers. LOL.

 

Anyway, thanks a lot for following this blog.

 

To Rossalwa Mustafa, you are my 20th follower so I love you. Hahaha. Hey, she is my friend and my classmate okeh. Still, I love you all too. Hik!

 

21082010411

The 20th follower and me having dinner. LOL.

 

Lin Meli

Apr 29, 2011

.:My Girlfriend is a Gumiho:.

Yosh! (Ok itu Japan) AnameSAYOR. LOL. Ok aku takde la addicted sangat dengan drama + K-Pop + jadah apa yang berkaitan dengan Korea ni. So aku memang tak tahu la nak cakap hello ke selamat pagi ke selamat malam ke dalam Korean. Ok la tu kan, ada bunyi juga anamesayor. Korang faham jugak aku nak cakap apa.

 

Disebabkan tak banyak sangat drama yang aku tengok, so aku nak promote yang aku rasa paling best buat masa ni je. Ye, aku tahu aku tengok drama sikit je, boleh kira dengan segala jari jemari yang aku ada. So?

 

Sila lah tengok My Girldfriend is a Gumiho (nine-tailed fox)! First time aku dengar tajuk aku dah teringat naruto dah.

naruto

#Nine tailed fox Naruto#

Kamon la, tak kan tak tahu Naruto kan. Jadi apa yang aku bayangkan memang sama macam apa yang cerita ni nak sampaikan.

nine tailed fox

#Gumiho- NineTailedFox#

Yang jadi gumiho tu awek cun nama Shin Min Ah. Hot taw dia. Tapi masa first time tengok aku tak pernah suka dengan hero dan heroin sebab aku fikir tak hot pun diorang ni. U_U

ShinMinAh

Episod pertama tak nampak cantik macam ni pun. Lama-lama tengok dia memang SANGAT COMELLLL okehhh.

 

lee seung ki

Hero: Lee Seung Gi. Dia ni lagi la. Menyampah gila masa mula-mula tengok. Tak nampak langsung kekacakan ke jadah apa. Tapi bila dah start layannnn : “omg omg. Comellll la kau ni!!! I wanna meet cha~”

 

no min woo

Macam biasa cerita korea mesti ada watak lelaki-cool-cinta-tak-dibalas. OMG lelaki ini nama dia No Min Woo. Sebab dia la kugagahkan juga nak tengok cerita ni masa mula-mula tu. Sampai ke sudah aku nampak dia SANGAT HANDSOME macam tak mungkin wujud lelaki handsome macam ni. LOL. First time aku tengok aku terfikir gaya dia macam Yagami Light yang manga punya (Death Note). Yay? Nay?

light yagami

Em mungkin badan kerimping + gaya jalan je sama.

Okeh2. Cerita ni pasal hero (aku bagitahu nama watak pun bukan korang nak ingat kan) yang nakal-nakal lari dari Atok dia sampai akhirnya die sesat ke Kuil ke jadah apa. Takdir telah menentukan (cewah) bahawasanya dia secara tak sengaja dah melepaskan rubah berekor sembilan (the fox laa) ke dunia manusia.

 

So it turns out fox tersebut merupakan seorang wanita yang chantekkk (comel yes!) yang memang suka hidup dalam dunia manusia dan dia memang nak sangat jadi manusia. Ye, dari sini mereka melekat bagaikan gam kasut. Hero yang takut dimakan oleh heroin terpaksa lah ikut cakap heroin. Tunggu la sampai babak chenta-chenta yang sweet rasa nak menjerit teriak semua. Hahaha. Eh spoil lah kalau aku cerita semua.

 

Meh sini nak bagi persoalan-persoalan yang boleh buat kau gelisah nak tahu:

i) Dapat ke gumiho tu jadi manusia?

ii) Dapat ke diorang bersama?

iii) Lelaki kacak tu apa fungsi dia? What, dia separuh manusia???

iv) Macam mana la plak diorang dok sama, Tak kene makan ke hero tu. LOL.

Eh banyak lah lagi persoalan dia. Yang penting cerita ni TAK LEMBAB SANGAT macam kebanyakan cerita korea. Dan cerita ini memang kelakar-tak-boleh-jangka. Ending dia pun aku tak boleh nak agak macam sesetengah cerita tu kan.

 

Pergilah menonton!

hoy hoy

# Hoy! Hoy! #

Ok kalau kau dah tengok baru kau faham kenapa aku buat caption itu. LOL.

 

*Amaran : Cerita ini sangat sedih juga. Bengkak mata aku dok menangis-nangis.

 

Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...