May 16, 2014

Duduk Bersantai - Pulau Redang

Hello

Dah dekat dua tahun rasanya aku duduk di Terengganu ni tapi................. kalau pasal jalan memang fail. Mana taknya, duduk terperap kat hutan. Kalau keluar dah ada En Ariff bawakan. Aku just tidur aje dalam kereta. Jadi kekurangan aktiviti berjalan-jalan dan cuti menyebabkan saya dan En Ariff plan beberapa hari untuk cuti...dan chillax.

Location?

Pulau Redang.

Kalau ikut sejarah hidup ini 'pulau' ketigalah yang aku pernah pergi selain Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Ekekekeke.

Kami pergi awal bulan 5. Jadi majoriti tempat penuh. Menyampah. Lepas tu memang plan nak ambil bilik aje sebab malas pergi snorkeling. Tapi majoriti juga bagi harga pakej which included the snorkeling punya pakej. Tanpa pilihan, kami ambil juga pakej tersebut. Dan masa tu yang ada kosong paling cepat pun Redang Holiday which dated 4th May 2014. Yang lain belasan haribulan okeh baru ada kosongnya. Kalau rate hari biasa untuk 3 hari 2 malam biasanye RM300++ per person, tapi masa aku pergi dpt RM400++, tu pun lepas minta diskaun punya sebab aku memang taknak snorkeling. Masa peak rate tu around RM500++ ye per person, sila book awal. Hahaha

Sebab tak pergi snorkeling, tak banyak lah gambarnya. Aku berdua laki bini memang pergi sana duduk berehat semata-mata, petang-petang mandi laut, beli goggle sendiri, tengok ikan area batu-batu tepi pantai aje. Jadilah. Bukan selalu tengok laut sebegini cerah.

Bergerak dari Jeti Shahbandar ye. Aku baru perasan jeti ni sebelah Pasar Payang. Heuheuheu.

Ni boat untuk transfer. Time kat sini teruja dah melebih-lebih tengok laut.

Yeah that's the ferry.



Nak tunjuk kebiruan laut tu sebenarnya.

Dah sampai semua gambar boat aku nak ambil. Hahahha

Gambar penuh boat transfer ittttewww.


Saya request queen bed. But this is too much isn't it? Ambil sorang se. Hahaha

Air slow romantik, fuh!

The only things we saw from the balcony. ok.

Oh sebenarnya ada anak-anak ikan di sekitar daerah. Heuheueu. JERNIH KANNNNNN.


Hello En Ariff, suka awak berehat-rehat di situ.



Oh saya suka pemandangan ini~

 Eh tu je? Ok maafkan saya, gambar dalam laut ade di handphone En Ariff, handphone saya tak boleh masuk air. Puiii.

Oh untuk Redang Holiday, tempat dia ok aje. Paling hujung, privacy lebih sikit. TAPI, disebabkan pregnant (alasan kan), ehem, time ni setiap masa aku lapar, so even snacks pun tak dijual di kawasan ini. Ngok gak aku tak beli siap-siap bawa sini. Ade kedai snacks tapi tapi tapiiiii jauhhhhhhhhhhhhh sangat. Kami berjalan kaki ke sana oh lenguh. Urat kaki semua timbul.Hahaha.Ok tengok gambar di atas, boleh bayang tak jalan kaki dari sudut kanan bawah gambar sampai sudut kiri paling atas nuuu pun tak sampai lagi kedai nya. T_T" So masa tu aku anggap sesi berdating tepi pantai dengan En Ariff aje. Hihihi.

If i were given an option, of courseeeee aku akan datang lagi sini, tapi aku akan cuba duduk kat tempat lain pula. Atleast tempat lain ade option kedai yang banyak. Aku x shopping langsung masa duduk Redang Holiday sebab tak ada kedai langsung. Eh tipu tak shopping. Dia ada bar. Tapi hanya jual air minum dan AISKRIM. Setiap hari di sana saya makan aiskrim. Hihihi. Thank you En Ariff~

Love, 
Lin Meli


Mar 13, 2014

Langkawi Day 3

Ha tak habis cerita lagi kau. Pagi tak pagi hari ketiga we said bubye to Pantai Cenang dan kami kembali ke Pekan Kuah. We checked in kat Riverra Inn pula.









Sebab apa kami pilih tempat ni? Sebab tempat ni ada pool dan kami suka berenang-renang selama mana yang kami suka. Hihihi. Dah mandi laut, kita mandi kolamlah pula ye.




Tempat ni tersorok and simple. Bilik selesa ada pool bagai tapi sebelah dia rumah kampung aje. Siap ada korobau (kerbau) habaq hang. Oh rate dia masa tu RM130. Rate mungkin berubah okay.





Rehat-rehat, mandi-mandi, makan-makan, shopping-shopping, malam!

Malam barulah kami keluar ke Dataran Helang. Eh kenapa malam? Sianglah best. Eh suka hati lah. I malas okay keluar panas-panas. I kan Lin. Ada budak kecil ni panggil I kak Lilin. Cute. Hihihi.











Ok dah. Balik.










Ok bye.

Lin Meli

Mar 9, 2014

Guess What?

Oh my oh my. Guess what?? I'm pregnant! Hihihi. Instead of shouting out loud on Facebook, why don't we just get low and put it right here? Hehehe.




See, samar-samar. My first thought was 'Did I already lost my child..again?' So I took a picture, showed it to my husband and he just couldn't believe his eyes! Well he was confused at first, what with that blurred line. So ive just told him that there is a baby inside of me even though the line was not that clear.

So we went to see a doctor, as for a legal confirmation and for the acid folic which I need for my baby. The doctor checked and confirmed that I was pregnant for 5 weeks and that the blurred line showed that it is still in the early stage of pregnancy.

What else would I say other than Alhamdulillah with this rezki. This is considered as my second child and I would try my best to keep him healthy...and alive.

Love,
Lin Meli

Mar 5, 2014

Second Day of Wasting Time in Langkawi

Ye memang wasting time bersungguh. Bangun pagi melintas jalan sarapn pagi. Macam biasa nasi lemak totap di hati den. Lepas sarapan masuk bilik berehat-rehat sampai tengahari lepas tu check out. Sewa kereta luckily dapat rm60/day, kami pakai Iswara.

But unfortunately for us, kawan mak mertua ambe tidak menempah mana-mana bilik hotel. Jangan tak kalutlah kami cari hotel/ motel/ chalet/ resort yang menghadap Pantai Cenang. Penuh weh. Ye lah, harini Sabtu, memang ramailah mat saleh + orang melayu berjalan-jalan bercuti di tempat ini. Lastly, (setelah banyak gilerious tempat kami tanya) berjumpa juga dengan tempat yang ada kosong.











Ok lah. Atleast turun tangga terus jumpa pantai. Pasir putih lembut mulus gebus oh yeah.

Gedebush, sambung tidur dalam bilik.

Sebelum kesusahan mencari tempat tidur, kami singgah di Nusantara Maju Enterprise. Minyak gamat here I come.














Oh gile. Nasib baik tak terserempak dengan dua buah bas terus. Tadi pun ramai dah rasa.

Petang..

I mandi manda la u olls. Heuheuheu. Lin dan pantai umpama adik beradik. Walau berjauhan, tiap kali jumpa mesti tak miss berendam. Hahaha. Ailaik.






Mat saleh terlalu ramai. Bikini sana sini. Uishh. I ingatkan I kat oversea u olls. Seingat akulah, 2009 dulu macam tak seramai ini mat saleh dan pasangan berbikini mereka. Tepi jalan pun bersepah deme ni. Fuh.

Malam..

Saya jalan kaki, menikmati suasana malam. Orang masih ramai. Hiburan sana sini. Saya masuk kejap je Cenang Mall sebab lapar pulak ketika itu.




Cenang Mall belakang tu. Saya lepak beli burger tepi jalan aje.












Opps beli burger untuk makan tengah malam aje. Tu encik Ariff makan. Saya makan roti canai aje. Hihihi.

Ok penat. Memang rileks, nak pergi shopping panas sangat.

Love,
Lin Meli


Laksa weh. Nyum

Feb 21, 2014

Cuti! Langkawi!

2009 was the last time ive visited Langkawi. So bila encik Ariff beriya nak bercuti ke Langkawi, saya pun macam yeay good ideaaa. Setelah beliau tidak dapat bercuti pada Chinese New Year tempoh hari, sekarang adalah masa yang sesuai untuk berhoneymoon sambil rehat-Rehat menenangkan fikiran. Guess what? Im in Langkawi right now!

Pagi tadi bertolak pukul 9 pagi dari Dungun, berhenti makan dan what-so-ever, pukul 6 tepat sampailah ke Kuala Perlis. Naik feri u olls.



Alor Star tanpa padinya. Sekarang musim panas. Sepanjang perjalanan berapa kali kami jumpa rumput-rumput terbakar. Panas gilerious.



Kepulan asap yang sempat dirakam. Hahaha.

Hari ini tak bernasib baik sebab dari pagi tadi bersin x berhenti so macam lembikkkk je. Pukul 7 malam naik feri aku tidur je dalam tu. Penat bersin.



Harga tiket adalah rm18 per person. Kalau kanak-kanak rm13. Tp kalau nak jimat, budak-budak tu dipangku aje pun takpeee. Kalau bernasib baik feri tak penuh,kau duduk lah mana-mana kau nak. Tapi tadi full, sosak napas den. Tengok ni, sempit tak sempit.




Then penat-penat sampai, kawan yang nak tolong carikan tempat tidur kami busy pulokk. So dia bagi kami duduk sini. Amara.. Which is the closest ever kot dari jeti di Langkawi. Aku lupa tanya rate. Disponsor pulokkk. Alhamdulillah murah rezeki.





Tapi esok kami pindah ke Pantai Cenang pulak. Betul x eja? Ke salah? Seingat aku kat pantai itulah aku mandi laut, main ombak yang sangat lembut dan mengkhayalkannnn. So gonna update soon! See ya!


Love,
Lin Meli

Feb 5, 2014

Well helloooo. It has been a long time since I last publish a post via phone! Tehehehe. So this is The trial post. Lets see if i've got anything to upload here.













As always. Gambar makanan memang x pernah miss punya. Hahaha. No description here.

Ok bye.

Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...