Sep 14, 2011

Majoriti Manusia Suka Coklat, Tidak?

Hai! Now I’m here, in Skudai! Raya best-tak-best, so tak banyak cerita. TAPI kan, macam tak gemar bila setiap rumah yang di-raya-kan itu akan ada soalan “Bila nak kahwin?”, “Bila berlangsungnya?”. Serius, SETIAP RUMAH, satu pun tak miss. Macam biasa, abah tukang jawab soalan. Tenkiu abah! <3

 

Raya kat Johor, ada lah juga dapat duit raya. Ye, umur aku dah 23 tahun, tapi ni la untung dia kalau kau belajar lagi, ekeke. Lepas raya rumah saudara mara kat Johor, abah hantar balik Skudai. Untung aku, ada abah boleh hantarkan. Bukan apa, banyak barang yaw. Sampai kolej, puff! Bilik nampak pink. Semua match. Kecuali langsir warna oren. Jadah apa?

 

Macam orang-orang yang sedia maklum, dah banyak kali aku jatuh di banyak tempat, yes I am clumsy like that and I’ve never proud of it. So aku pergi klinik semalam xray tempat yang still sakit, dan doc cakap “Tulang awak ni macam orang tua”, so dia explain beza tulang pinggang org muda dan org tua macam mana.

 

Waaliao! I’m just 23 years old and now I;m having this problem of tulang rapuh. Kau tak sedih? Mahu mula minum susu Anlene™ Concentrate Coklat lah nampaknya. Orang cakap sodap, tapi tengok la macam mana.

 

Anlene™ Concentrate Coklat

 

Kelas dah mula, harapan mahasiswi di awal sem yang sangat cliché : semoga berjaya dengan cemerlang di sem ini. Hehehe.

 

Ok nak sambung tengok Chuck the 4th season sambil makan maggi kari + cili api + sos maggi + milo-buat-anda-jadi-sihat-dan-kuat.

 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...