May 24, 2015

The Born of The Legenndddd-waitforit-dary Baby

Assalamualaikum dan hello!

Ok ok mana nak mula. Aku hilang sebab busy, ehem, jaga anak. Bila beranak? 14/11/14. Ha cantik kan. Cantiklah sebab semua kawan-kawan saudara-mara dok doakan anak aku keluar time tu.

Kalau ikutkan due date, sepatutnya 6/11/14. Tapi macam ibu-ibu mengandung kali pertama yang lain, kebanyakannya (ya bukan semua), tarikh deliver baby tu akan extend lebih sikit sebab katanya jalan tak buka lagi. Jalan apa? Highway untuk baby keluar derr. Siapa cakap? Tak tahu. Aku baca. Aku dengar. Aku simpulkan sendiri.

Sometimes ignorance adalah bliss. Berbekalkan pengetahuan yang tak berapa banyak, 12 june tu aku melangkah pergi masuk hospital. Niat di hati nak beranak. Kenapa ignorance adalah bliss? Sebab aku tak tahu sakit beranak tu macam mana, so aku chillax bawa perut memboyot nak pergi beranak. Tapi kan, untuk u olls ni better pergi belajar macam mana nak meneran, mungkin membantu? Entah. Aku imagine nak pergi memberaks sebab majoriti ibu-ibu cakap sakit beranak tu macam nak buang air besar aje. Majoriti itu benar. Macam mana tahu contraction nak beranak dan bukan yang fake adalah perasaan nak meneran menebal dalam diri. Masa tu, yes, the baby nak keluar dah weh.

Sebab aku tak rasa sakit contraction yang kerap, aku pun kena induce. Google induce please. Pendek cerita 12 june sampai 13 june my baby taknak keluar-keluar lagi. Dan most of my friends be like "chillax lah Lin, kau beranak esok, 14/11/14, cantik dowh" "kau tak beranak pinak lagi ke? Beranak esok la weh"

Takdir Allah. 13 June memang stress. Siapa yang suka duduk hospital lama-lama, kena cek lagi banyak kali berapa dah bukaan bawah tu, tengok baby nangis uwek uwek kat sebelah tapi kita takde apa lagi. Then doc suruh aku prepare tomorrow morningnya be prepared u masuk labour room. Laju-laju aku text encik Ariff. "Bg esok pg datang kul 6 masuk labour room dah" Dia nervous. Aku lagi lah nervous. Tapi nervous pun boleh tidur berkeruh lagi.

Pukul 6 masuk labour room. Aku ingatkan boleh beranak terus. Tak. Kena pecah air ketuban dulu. Then tunggu. Tunggu sambil merasa sakit contraction tu. Terima kasih Encik Ariff teman aku dari pagi tu sampai beranak dan tak makan apa pun kami. Kasihan. Sobs sobs terharu. Tahu beranak pukul berapa? 6.04 petang. Fuhhh. Can you imagine sakit itu for the whole day? Takpe. Best jugak. Bersakut sakit dahulu, berbaby baby kemudian.

Push push push. Bersorak sorak doctors kat hospital tu. Macam tengah tengok bola. Ok i never imagine akan ada supporters sebegitu ramai untuk beranak. Thanks u olls. Sorakan tu membantu. Macam sokongan di mana penghujungnya adalah kemenangan. Wah giitttewww. Then keluarlah si Nor Asyraff Zahidi. Keluar keluar terus kencing kat nurse nurse disitu. Cayalah. Dah kencing dia chillax dibaringkan atas dada. Ha part ni pun tak tahu,  macam tu rupanya. Lepas tu nurse angkat nak bersihkan baby. Punya manja budak ni. Dah kena angkat tu baru dia menangis. Bangga kejap sebab budak ni bergantung dengan mama dia. U know perasaan tiba tiba jadi ibu ibu. Ha matang sangat u olls.

Lepas beranak, dan cuba menyusukan bayi ini, which is awkward since aku tak pernah dokong newborn. Serious. Kekok gilerious. Lepas tu aku makan dengan pelahapnya tapi bersopan. Kesian laki aku, tak makan apa lagi risau punya pasal, aku makan plak depan dia. Tapi i know right at that moment, no, exactly masa Asyraff lahir, that would be his precious moment ever. Excited weh jadi parents. Dapat plak baby comel (ok puji anak sendiri. Kamon, babiea are cute kannnn). Bahagia jangan cakaplah. Bersyukur dapat peluang rasa phase ni dalam hidup. Aku faham weh orang yang keguguran rasa apa nak tunggu dapat anak seorang tu. Bila dapat tu rasa macam oh layakkah aku terima rezeki sebegini besar.

Malam tu aku jaga Asyraff sorang. Aku tak ada pengalaman jaga baby. Malam tu aku nangis dah. Tak reti menyusu, budak ni nangis sebab apa pun tak tahu. Serious lama aku pujuk barulah aku teringat nak cek pampers dia. Lerr beraks rupanya. Silly me benda basic tak boleh fikir. Lepas tu menangis lagi nak susu. Baru lah sibuk belajar dengan nurse cara nak pump bg susu keluar.

Kemudian.... berpantang. Berpantang adalah moment paling weird dalam hidup. Segala suka dan duka ada dalam fasa berpantang. Moment paling happy dan moment paling down bergabung meletup dalam fasa ni. Fuh. Aku lagi suka beranak daripada duduk dalam fasa berpantang kot? Hahahahahaha. No further comment on this. Kindly contact me for further explaination. LOL. But chillax lah. Stress stress pun atleast ada baby sebelah kau. Orang yang berpantang tapi takde baby kat sebelah lagi stress. Aku faham. Serious.

Sekian.

Kepada anak mama ni. Semoga kamu jadi anak yang soleh, yang selalu mendoakan mama papa dia, yang selalu behave macam mama (ehem), yang selalu kuat macam papa.

Pssst dah 6 bulan Asyraff ni barulah aku nak cerita. Busy kan? Heuheueheue.

Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...