Aug 28, 2011

Sedang Menonton Disney Junior Ketika Menaip Ini

Ooohhh, dah nak raya dah. Betul lah orang cakap, kalau tak fikir sangat pasal satu benda tu mesti rasa cepat je masa jalan. Ye la, raya sekarang bukan macam dulu-dulu kan, dah lain, meriah-meriah pun tetap rasa zaman dulu-dulu tu best.

 

Oh alangkah indah kalau sistem duit raya ‘makin tua, makin dapat banyak’ wujud. Boleh jugak buat duit poket yaw. Bila nak habis belajar entah, kerja bergaji sedap gak (walaupun tak boleh ponteng sesuka hati macam pergi kelas).

 

Sejak cuti ni macam takde plak melepak-lepak dengan kawan-kawan lama. Ye, semua orang dah berubah tapi macam cool kan berjumpa untuk tengok perubahan tu, lepas tu bahan sekor-sekor punya perangai lama.

 

12 September dah start sem baru dan ye, pertama kalinya aku sangat ingat tarikh untuk hari pertama kelas sebab aku sangat tak bersemangat hendak pulang ke sana. Ye la, cuti lama kot, dah melekat punggung ni kat rumah, kau ingat senang nak packing semua? Darn it. Takpe, bersabar, 2 sem je lagi weh.

 

Ok untuk Syawal, selamat hari raya kalian semua. Minta maaf kalau ada tertaip sesuka hati kat sini yang melukekan hati sanubari kau. Eh mengada. Dah la. Chowww

 

Tade orang bagi aku kad raya macam zaman dulu-dulu.

Lin Meli

Aug 17, 2011

Macam Dah Perlu Kahwin Sekarang

Hoy hoy hoy. It has been a week but still, happy birthday to me!!! Okey lah, makin tua ni makin kurang orang yang ingat birthday kau jadi takpe lah kan wish kat diri sendiri. Ketidak-adaan duit telah membuatkan aku terputus hubungan dengan alam maya. LOL. So masa 10 Ogos 2011(Ini birthday saya, tolong ingat, pliz, pliz, pliz), akhirnya aku berjaya bayar bil tenet! Ok apa motif nak bagitau semua orang.

 

10082011216

Besday abah 09 Ogos, so celebrate sama-sama

Sekarang berada dalam bulan Ogos and as a matter of fact, aku masih tak dapat elaun latihan industri untuk bulan Julai dan hakikatnya lagi, aku dah berjaya tamatkan latihan industri tu selama sebulan. Kenapa aku tak dapat lagi? Sebab akak-akak tu tak jumpa punch card aku yang dengan susah payah nya aku bagi kat department diorang. Dem sungguh. Kenapa aku sorang je pakai punchcard instead of the thumb print? Kerana jari aku menggelupas dan tak boleh dikesan oleh mesin tersebot. Dan kenapa aku jawab sendiri semua persoalan tu. Dem.

 

Oh selamat berpuasa. Ekeke. Tidur lama-lama, bangun, tidur balik, tahu-tahu dah nak raya dah weh. Walaweh, sungguh cepat. Dan sungguh cepat rasanya dah nak kena balik Skudai. Oh malas. Tak bersedia. Benci. Bercampur aduk perasaan di dalam diri ini.

 

Selamat Hari Raya.

 

Puasa penuh tak der?

 

Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...