Jun 13, 2011

Hai Bekas Rakan Sekelas!

Hari ni macam biasa pergi ke tempat praktikal dengan perasaan yang malas. Oh malas itu perasaankah?Anyway aku dah berjaya dapat elaun-yang-tak-brape-penuh tu. Tapi bersyukurlah, ada jua orang yang memberi aku wang. Boleh aku berbelanja perkara tak berfaedah lagi. Aku tak ambil gambar cek itu. Well, kalau beribu semangat juga lah kot nak ambil. Sekian.

 

Hari ni pulang ke Gombak juga macam biasa. Cepat-cepat ambil seat kosong dalam train memandangkan orang buat tak nampak je seat tu, tambahan pula tiada golongan makcik-makcik yang boleh aku sedekahkan tempat duduk itu. Ok kaki aku injured lagi. So aku layak duduk di tempat itu.

 

Kau ni Lin asyik injured je jadah apa. Ah sudah nasib la. Aku jatuh toilet pula kali ni. Tahan je la. Berurut dengan makcik tukang urut, oh memang sedap rasa badan ini.

 

Sedang aku leka menaip mesej, mata aku meliar sekejap tengok keadaan keliling sambil fikir ‘aku dah kat mana ni?’. Tiba-tiba terpaku jap kat muka yang macam familiar je mamat ini. Adakah budak kelas aku masa tingkatan 5? Kalau dia kenapa muka die cam tade perasaan je pandang muka terkejut aku? Orang lain kot?

 

Sambung taip-taip mesej. Tiba-tiba manusia macam bergerak ke pintu train sebab stesen seterusnya dah dekat. Lelaki itu kini berada di depan aku. Aku pandang. LOL. Kau memang classmate aku dulu la! Dan dia pun sebut nama aku dengan betul. Ok, tanya-tanya sikit buat apa sekarang sampai la ke saat dia tanya kau kenal aku ke tak.

 

Dang! Aku kenal, serius aku tak tipu. Dia tanya siapa, maka terpaksa dengan jujurnya aku cakap ‘aku lupa nama kau~~’ Maafkan aku classmate. LOL. Ini adalah saat yang memalukan. Fikiran aku pun sedang melayang-layang time tu nak cube ingat name kau weh. T_T”

 

Oh minggu ni sepatutnya aku dah kembali ke site tapi apa entah masalah kena hold dulu. Chait. Sekarang aku tak tahu dah nak belajar apa dari office tu weh. Apa mau aku bubuh dalam report nanti? *Sigh*

 

Ok sudah, aku kesejukan, mungkin perlu duduk dalam selimut layan CSI malam-malam ni.

CSI

Da Season 11 daaa~

Lin Meli

Jun 4, 2011

Tak Jadi Pergi Kenduri Hari Ahad.

Ah, satu je aku suka bila dah pindah ke HQ. Sabtu cuti. Ni dah dua minggu cuti Sabtu dengan Ahad, duduk rumah buat apa benda yang aku suka. Best.

 

Tengah malam semalam buat midnight movie dalam rumah. Lepak dengan family minum the tarik bukak speaker kuat-kuat, dok dalam gelap. Kitorang bukak 3 cerita.

Kongsi:

kongsi

Em, boleh la. Part Sam dengan lelaki Penang (Ampun aku tataw nama) je yang aku rasa best, gelak-gelak. Yang lain, biasa je, jalan cerita pun macam tak kuat sangat pun. Nasib baik dah dengar orang cakap cerita tu tak berapa nak best so I didn’t expect much.

 

Cun:

Cun The Movie

Honestly, aku lebih suka cerita ini kalau nak compare dengan Kongsi. Jangan nak kata aku jiwang ke jadah apa. Aku cepat bosan jugak kadang-kadang kalau tengok cerita, so cerita ni ok la, malas nak komen panjang-panjang. LOL.

 

Hikayat Merong Mahawangsa:

hikayat-merong-mahawangsa

Aku tertidur lepas Prince Marcus kot nama dia mati. Kesian.

 

Ye, aku tahu cerita tu semua da lepas. Aku tak pegi tengok pon. Alang-alang ada cerita tu, kami layan kan aje. Hehe. Amek kau kul 4 camtu aku tidur.

 

Pagi tadi berurut satu badan dengan makcik urut kat kampung ni. Oh sakitnya. Ada angin satu badan kesan dari jatuh dari trackmill dulu. SAKIT OH!!!

 

Lin Meli.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...