Umur Berapa Pun Boleh Kahwin Dah

Bila belek-belek segala macam barang masa zaman budak-budak, mesti ada je yang buat aku senyum sorang-sorang. Agak gila macam mana memori boleh effect kita walaupun kita dah dewasa (tua). Tak lama dulu aku jumpa profile diri sendiri dan kawan-kawan. Soalan paling best dalam profile tu adalah 'Bila kau plan nak kahwin?' Biasa la budak-budak, aku akan ambil umur paling tengah, tak nak cepat sangat, taknak lambat sangat. 25 tahun!


ehem, tahun ni umur bakal mencecah 24 tahun! Bakal okeh, belum cukup umurnya  lagi. For your info, aku lahir bulan 8 yakni Ogos la itu. Dan sangat berbangga lahir pada bulan itu. Problem? Now that i'm thinking, kenapa dalam banyak-banyak memori aku jumpa, tapi aku pilih nak cerita pasal umur nak kahwin? Ehekz. Terpengaruh tengok album kahwin orang. Serius dalam umur yang begini, ramai gilerious yang kahwin. Kalau kau belasan tahun, kau nampak banyak gilerious cerita orang couple nie. Zaman tu aku da lepas da. Muak dah nak dengar gosip kau bercinta dengan sape, bila kau bercinta segala bagai.


Disebabkan ramai gilerious yang kahwin dari tahun lepas, aku memang dah confuse, tak ingat dah siapa belum kahwin, siapa yang dah kahwin. Serius. Ini tidak bagus untuk masa akan datang. 


Haritu memang ada classmate aku yang tanya pasal harga hantaran. Nampak sangat dia risau harga hantaran makin tinggi. U see, benda ni boleh bawa bincang, ikutlah kemampuan kau. Jangan difikirkan sangatlah apa komen orang. Kalau tiba-tiba keluarga belah perempuan nak demand gak, yang perempuan tu share-share lah sikit duit hantaran, bukan orang tahu pun~


InsyaAllah aku balik rumah minggu nie. So boleh lah tengok kawan aku punya abang kahwin. Ha kahwin lagi kan. So one of my best friends yang dah kahwin paling awal antara kitorang berenam pun dah dikhabarkan pregnant. Generasi baru kami, ailaik. So dia pun ada nanti, hopefully perut dah besar boleh aku buat main, hahaha.


Semoga anak kau comel pipi tembam lagi nanti.


Okeh sudah.


Lin Meli

Comments

Popular Posts