Kusangka Petang Akan Kepanasan, Namun Hujan Berlaku di Situ
Oh sungguh tak tenang hati ini haritu lepas dapat tahu hardisk aku rosak. Pasai apa tataw la naa. Yang penting brader cc tu cakap harga hd tengah mahal sebab Thailand banjir (walaupun itu cerita lama). Takpe, semua sudah selesai. Disebabkan dah tak ada bajet untuk tambah RAM maka kini aku terpaksa guna Windows XP. Huwaaaa. Mungkin ramai cakap tak ada beza pun, tapi aku sangat rasa perbezaannya. Setting internet pun lain. Hadoi. Berpeluh aku tukar setting haritu.
Sekarang dalam laptop ni kosong. Segala data termasuk movies, final year project aku, gambar-gambar gedik semua hilang! Masa cuti semester hari tu aku dah copy movies dari adik, sanggup tahan nak tengok, nak save untuk awal semester ni yang pastinya bosan. Last-last, hamek kau. Tukar hd terus. Cis.
Kamu lihat bila duduk jauh ni macam ada satu ikatan yang boleh menguatkan lagi hubungan kekeluargaan. Ok tiada kaitan dengan perenggan di atas. Bila kau duduk jauh, nampaknya kau akan lebih menghargai kehidupan bersenang-lenang di rumah. Oh saya rindu family saya. Duduk rumah memang banyak kerja kena buat, tapi lebih baik itu daripada berbaring sambil online macam gamers yang setia yang tak tahu bila masa nak makan atau bersosial di luar sana.
Semester ni dah terasa dah ke-busy-annya.Tapi masih ada masa lah nak update status kat fesbuk mahupun twitter nun. Sempat lagilah nak online baca blog-blog semua, nak mendonlod movies semua. Hahaha. Senang hati. Tapi tidak sesenang hati budak ptptn yang mana duit loan mereka sudah di-bank-in kan. Pagi tadi baru lepas call Yayasan Selangor tanya bila lagi turn saya hendak membayar yuran (konon). Jawapannya adalah dalam sebulan setengah lagi. Apakah?? Semester yang lepas aku tanya, duit pasti akan dapat dalam masa sebulan. Di manakah datangnya setengah bulan itu?? Aku kecewa. Bersabarlah hati.
Sudahlah.
Lin Meli
kira sem ni sem last hang kan?? bile mahu blanje aku makan kat utm ni??
ReplyDeleteye last!ala aku tak berapa nak kaya la sem last nie.kui3.
ReplyDelete