May 16, 2012

Miliki Badan Seharum Buah-buahan. Err Buah Harum Ke?

Biasanya kebanyakan gadis-gadis kat mana-mana pun akan prefer masuk Watson instead of Guardian. Well, me too! Tapi kalau Guardian depan mata pun, biasanya aku tak pernah miss pun nak masuk. Perempuan kan, barang-barang sebegitu memang kegemaran.

So one of my friends telah mencuba penggunaan Strawberry Body Polish by The Body Shop. Serius wangi dan best sebab bau dia melekat gilerious kat badan kau. Haha. Aku teruja. So i planned to have it someday. Tapi biasalah, tiada pekerjaan dan kedekut membuatkan hal tersebut tertangguh untuk kesekian kalinya. Banyak lagi weh aku nak beli dan spend duit, lagi-lagi sem last ni. *Hoyeah dah nak grad!*


Ini rupa perkara tersebut idaman hati tak lama dulu

Kalau tak salah harga dia RM39.90 je camtu untuk 200ml. Pergilah website dia check. Aku bukan ingat pun perkara remeh temeh sebegini. Ok nak dijadikan cerita ketika aku masuk ke Guardian tersebut *lokasi di Skudai (perlu ke)* untuk mencari sabun mandi memandangkan sabun mandiku sudah hampir habis. Hampir okeh, ada lagi tu baki dalam botol. Telah ditakdirkan aku terpandang warna sabun mandi yang hampir sama dengan gambar di atas.

Tadaaaa!

Pomegranate Spa Exfoliating Bath Scrub, ha amek kau nama panjang. Ala lebih kuranglah tu kannnn. Beza dia ini bukan strawberry! Ini pomegranate! Ada nama melayukah untuk itu??

Pomegranate!

Tapi mula-mula memangku fikirkan strawberry disebabkan bau dia. So daripada aku beli satu untuk rm5 lebih,adalah lebih baik aku angkut dua terus. Offer! Offer! Kalau tak salah memori dalam rm8 lebih je untuk dua botol. Berbaloi. Wangi dan boleh scrub badan yang berdaki ini. LOL. Anyway, kalau baca kat badan botol tu ada tulis perkataan 'pengelupasan'.

Oh tidak berkualiti gambar ini

Aku rasa siapa-siapa pun kalau nampak perkataan pengelupasan tu mesti macam 'uuuu, tanak lah aku menggelupas ni'. Ye aku pon begitu. Tapi terlalu teruja jumpa produk ini so aku cuba je lah. Produk ni lama dah kot tapi aku je baru jumpa. Serius jarang juga masuk Guardian. Sebab ada offer terus aku nampak je. Hahahaha. By the way, i've tried and seriously sirius, AKU SANGAT SUKA. ok perlulah capital letters.

So lepas pakai tak ada pun penggelupasan yang sangat ketara mahupun sedikit. Serius, kulitku berasa lebih lembut dan halus mulus. Muahahahaha. Iklan sangat ayat. Paling best bau dia melekat lebih lama kalau nak banding dengan sabun berbuih-buih yang pernah aku cuba. Best. Berbaloi. Berkesan.

So one of my friends pernah promote the use of natural crystal deodorant. Yang itu pun aku pernah cuba, tapi aku rasa lebih baik pakai scrub ni then kalian akan rasa tak perlu dah nak try produk deodorant kat mana-mana lagi dah. Hahaha. Ini serius! Kenapa tah aku ketawa kejap tadi.



Dah, apa lagi, pergilah serbu Guardian sana! *Semangat sangat kannnn*

Oh btw, Guardian ada dua lagi scrub mandian selain pomegranate ni. Lagi satu adelah Lavender. Satu lagi tu tak ingat lah pula. Pilih, pilih!

Lin Meli

2 comments:

  1. if laki memakai sabun pengelupasan ni. adekah kulit menjadi licin halus dan gebu jugak?? ok fine. takut.

    ReplyDelete
  2. Hahaha, ok la tu kulit lembut untuk laki pon.Tapi paling penting bole la buang bau badan + bau ketiak kau.hahahaha

    ReplyDelete

comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...