Khas Buat Kamu Yang Lapar dan Diet. Sila Baca.
Saya lapar. Banyak juga gambar makanan dan minuman dalam handphone nie. Meh sini nak share.
So G, double O, D -gooooood. Aku dan cik Salwa. Cik Awin tak muat nak masuk gambar ni.LOL. Ohh sedap sekali kulit ayam spicy. Aku merinduimu~
Ini makan petang. Oh apalah makna diwaktu petang tanpa pisang goreng panas. Duduk Kolej ni bukan main jauh lagi nak kena keluar beli. Biasala, orang tak berkenderaan sendiri. *Sigh*
Pergi Giant U mall tak pernah lagi rasanya miss beli jagung ni. Kemanisan yang berkalori tinggi yang sangat mengenakkan~Duduk makan sambil tengok orang jalan-jalan, kejap je dah habis. Oh terbayang kemanisanmu~
Ini maggi buatan sendiri dalam bilik. Apa yang kurang? SAYUR! Kalau kat rumah tak mungkin kelihatan hambar sebegini. Makan straight dari periuk, buruk perangai!
Hot choc minum masa malam-malam adalah sangat indah sekali. Kelembutan rasanya yang sangat menggiurkan~
Buah rambutan ambil dari kawasan UTM, terima kasih kat pakcik-pakcik yang tolong panjat. LOL. Ini bukan selalu dapat secara free ni!
Nasi ambenggg.Rugi dok Johor tak makan. Ni masa aku kat kampung. Cik Nah masakkan, oh sungguh nikmat. Masa kecik dulu makan ramai-ramai dengan sepupu sepapat dalam dulang bulat tu. Lagi tak cukup!
Masa konon-konon nak berjimat dengan Cik Awin. Masak sendiri lauk pauk. Dalam periuk tu sup. Terbuat pekat dah rupa macam apa. LOL.
Dulu selalu order 'Bihun hongkong sayur lebih, tanak ayam, pedas sangat!' Fuhhhh. Sekarang dah tak mengancam dah cafe tu masak. Dah tukar tukang masak. Aku terliur ketika ini. Kesedapan masih terbayang.
Hadoi hodoh betul presentation makanan dia. Hahaha. Maggi goreng. The simplest ever bila kolej aku ni takda dapur nak buat masak-masak. Cukup kenyang jadi la weii.
Kebanyakan kawan-kawan yang tengok gambar ni dalam handphone aku memang terliur. Oh bertambah lapar. Nasi goreng paprik ayam kat kedai makcik murah. Amboi ayat.
Keropok apa entah nama dia. Dari kedai bangla. Wakaka. Aku suka yang coklat. Yang lain manissssss sangat.
Teh ais yang tak berapa nak pekat. Nasib baik sodap juga. Masa tu excited gelas besar je pun. Teh ais adalah my favourite! Sekarang tengah cuba kurangkan. Tapi kalau balik rumah memang hari-hari buat.LOL.
Ohhhhh aku suka coklat. Kalau hadiah birthday kamu bagi saya coklat, itu adalah best! Ini dah bentuk chenta-chenta ni mesti la dari encik Ariff. Tapi bukan hadiah birthday. Kamu sangat memahami nafsu makan saya, encik!
Call me lame or whatsoever tapi aku tak pernah tak suka McChicken burger! Biasa kalau ada burger-burger baru kat McD, yes i would try but so far, McChicken is still on the top of my McList!Sebab sayur je maybe?
Hamboi cantiknya. Tak ingat lak makan kat mana.Selalunya kalau pergi foodcourt, bila dah takde idea sangat nak makan apa, memang nasi ayam je yang aku beli. Tanpa jemu. Kenyang dan sedap!
Ala habis dah. Kat phone lama lagi banyak gambar makanan, almost semua tempat makan yang aku pergi, aku akan capture gambar makanan. Gambar makanan kat sini yang ada pun biasa-biasa je, yang kau boleh jumpa kat mana-mana. But food is food. Sila bersyukur kau makan apa pun, cukup kenyang sudah. Kan?
Ok sila lapar kamu semua.
Lin Meli
Comments
Post a Comment
comments