Berinternet 24jam

Omg. Saya tahu saya agak lambat tapi akhirnya berjaya download apps untuk berblogging dari telefon bimbit! Hahahaha. Memandangkan saya dapat medical leave untuk seminggu, jadi masa lenggang saya sangat banyak okeh.

Jadi apa cerita cuti sakit sampai seminggu? Disini saya ingin membuat kenyataan gitu,biar terpalitlah kenangan ini dalam blog peribadi tak peribadi sangat ni. Hahaha. Jadi Jumaat lepas saya mendapati bahawa saya telah mengandung. Perasaan saya? Omg macam tak percaya. So unplanned, so unexpected. Masa dah start pening2, kawan-kawan memang dah mula buat tekaan but then, memang saya tak jangka.

Macam ibu mengandung yang lain, saya gembira dan teruja. Saya dah terbayang nak buat pengumuman masa wedding saya kat Gombak. Malang sekali, Isnin baru ni berlakulah bleeding. As an unexperience person as i am, saya fikir itu hanya period which rarely happened to pregnant woman. Yes i thought i am that special. Hehe. So i've checked dan akhirnya Khamis baru ni memang disahkan gugur. Saya juga diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk melihat sendiri cebisan daging yang gugur. My baby was 7weeks old.

Masa mula-mula doctor confirmed adalah masa kat site. Menangis tak ingatlah saya ketika itu. I mean, my baby was considered big enough apa untuk ada denyutan nadi sendri (that was what the doctor said), tapi saya baru dapat tahu kewujudan dia,dan unfortunately hilang dia dalam beberapa hari selepas tahu kewujudan dia. Sminggu lepas memang adalah minggu yang stress untuk saya. Silih berganti perasaan datang sebab saya tak faham sangat apa yang jadi dengan body ini.

But lepas menangis bersungguh saya lebih tenang la. Sampai hospital dah tak nangis. Masa tu berharap saya cepat sihat dan bleeding tu berhenti. So sekarang saya di Dungun,berehat dan segalanya. Usah dikenang perkara yang lepas, saya tahu memang ada hikmah saya kehilangan baby itu. Jadi somehow situasi ini menguatkan ikatan perkahwinan saya. Saya nampak satu sisi suami saya yang masih setia dan sabar menjaga saya. Oh my kenapa macam sayu2 je taip part ini. I thought i was strong. But be hold,my dear!

So sekian. Omg this is an awkward ending.

Lin Meli

Comments

  1. Innalillahi wainna ilaihi rojiun..oh my xsangka lin.. :'( ko ceria2 je aku xtaw pon ko gugur.. maybe lasak sgt kot? tukar la profession jadi planner ke ape. Lepak sket dlm ofis. anyway, take care! Insyaallah ade rezeki lagi tu untuk ada anak.. Muda lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

comments

Popular Posts