Mar 29, 2013

Magnum Chocolate Brownie Versi Saya Suka Aiskrim

Salam anda, anda, anda. Selamat pagi.

Hari ini hari yang baik kerana aku bekerja seorang diri lagi di dalam department ini. Maka boleh la mengupload gambar-gambar dengan tenang serta mengupdate blog. So some people said blogging is stupid and is just a waste of time. Never mind of that since i did this because i really have nothing to do. Typing is just a part of my daily life okay. Hihihihi.

Jadi aku dan rakan-rakan di sini, di hutan ini, bercadang untuk menguruskan badan. Woooops. Pembetulan. Mengurangkan berat badan. Well i'm having a wedding ceremony this May maka haruslah aku mengurangkan kekembungan perut. Da berpuluh orang rasanya bagitahu kat aku yang diorang ingatkan aku pregnant masa majlis pertunangan anak saudara hari tu. Sabar aje la.

Jadi......sebelum memulakan diet yang sihat itu (i state as diet yang sihat okay sebab i promise myself that i will not let my stomach hungry krruukk krrukk), saya telah makan dengan banyaknya hari Jumaat yakni semalam. So pagi semalam aku makan semua hidangan yang ada kat Mayangsari tu. (Oh semalam berehat-rehat di Mayangsari, mengimbau kenangan nikah sebulan yang lepas) When i say semua hidangan, aku benar-benar maksudkannya. Mee goreng, nasi goreng, fries, laksa penang, kuih-muih. Tapi dalam kuantiti yang sikit la. Asalkan rasa semua. Kenyang.

Kemudian target aku haritu adalah makan Mcflurry. Sejak duduk di Dungun ni, setiap hari Jumaat akan pergi beli Cornetto Mcflurry Chocolate. Tak tipu. Mungkin sebab tu berat badan naik mendadak? Kadang-kadang sehari tu makan dua kali Mcflurry. Oh my....sedap.

Terlalu rakus makan so aku upload gambar yang dah habis je.

Lepas tu, aku cakap kat tok laki (suami dalam bhs Tganu. Hihihihi) "Hari ini harus makan Magnum Brownie seperti dalam iklan itu". Ini adalah supaya aku tak terliur sangat dalam jangka masa diet sihat itu. 

Ketika membeli ini saya terliur.

 Gigitan pertama. No, kedua and i was like 'oh, begini..'

 Nampak tak isinya? 

 Tok laki muka menghayati sambil memandang laut. Hihihi.

Takyah highlight pun dah boleh nampak pipi naik. 

Kesimpulan aku....aku lebih suka Magnum Almond, manis-manis lemak je. Magnum Brownie ini cepat muak, terasa coklat melampau, dan secara jujurnya aku membayangkan rasa ala-ala kek brownies yang sedap dari Indonesia yang pernah dirasai ketika zaman praktikal dulu. Ternyata jangkaan meleset. Aku tidak akan terliur lagi terhadap iklanmu Magnum Brownie. Lepas diet aku mahu makan Magnum Almond saje. 

Sekian sahaja paparan untuk kali ini.

Lin Meli
 

Mar 15, 2013

Sabtu Yang Normal



Oh mengantuk mata. Hari Sabtu memang begini, bangun pagi sebelum Subuh ye untuk mandi-mandi, siap-siap, naik kereta sampai Kelulut atau Kuala Berang, lepas tu tumpang kawan, tidur dalam kereta, sampai office buat kerja (dan online).

Sepatutnya harini happy lebih sebab bos tak ada, dan sepatutnya aku kerja seorang je pagi ni. Tapi tiba-tiba ada officemate masuk. Ok, pura-pura busy dengan menaip ini. Hahahaha.

Oh, penatnya diri ini, tiap kali cuti pergi shopping. Shopping tu takde la penat, yang penat tu pusing-pusing cari barang. Nak buat kenduri belah aku plak kan, barang hantaran nun nak kena cari. Siapa yang nak kahwin tu memang better lah kau planning beberapa bulan awal. At least beli barang sebulan satu dulang ke kan. Wuuuu. Untuk kes aku (terutama keluarga aku dan suami), ini dah kira awal dah ni kitorang buat persiapan. Wkaka, masing-masing jenis chillax je. Nanti dah dekat tarikh baru macam menggelabah cicak. Chalk chalk.

Oh kalau kat Terengganu ni susah nak cari shopping complex. Yang biasa orang pergi pun Mesra Mall nun. Sebab ada panggung wayang, heuheueheueheu. Kedai dia tak banyak pun. Tapi pelik la, kira shopping complex pertama yang tak berapa nak complex sangat sebab tak ada banyak kedai baju perempuan. Serius. First time. Maka haruslah nk shopping baju tu balik KL terus. Banyak sikit pilihan ye dok?

Eh sekarang makin kurang pula gambar dalam blog ni. So i go through my files dalam komputer tempat kerja ini, tak ada banyak gambar ye, sila la tengok gambar pengantin se. Hahahaha, siapa yang baca, mai la datang kenduri rumah saya, insyaAllah bulan 5. :)



Takde motif. Hahaha.

Ok bye

Lin Meli


Mar 1, 2013

I've Been Missing You!

Fuhhh fuhhh fuhhhh. *Buang-buang habuk di laman sesawang ini*

omg omg omg! Terima kasih kepada line telefon yang sangat entah apa-apa dikawasan hutan ini, makanya aku sudah tidak pernah update disini. Nak dijadikan cerita, harini duduk sorang dalam department ini dan kemudian "Macam lama gilerious tak bukak blog" then puff! New post, baby!

So much sudah berlaku dalam hidup aku. Well, aku sudah disahkan menjadi pekerja tetap, aku sudah menerima bonus, dan aku juga sudah bernikah. Muahahahahaha. Senang hati dah kahwin. >,< Tapi tu la, line telefon kat sini tak pernah lagi nk upgrade. Atleast kalau dah upgrade, aku dengan senang hati nk apply broadband, online doploh-pat-jam macam dulu. Ini hutan ok, social life aku dengan orang kat sini aje, kalau beruntung dapat jumpa gajah lagi. Kalau lagi nasib baik dapat tengok anak beruang (well, nasib baik kalau tengok dari dalam kereta dan beruang itu jauh la, kalau dekat, nak mati?)

Em kalau tiap sabtu gini kan best, bersenang lenang online, update apa-apa yang patut,hehehe.

Ok la geng.

Bye

Puan Lin Meli.
heuheuheuheueheu


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...