Sabtu Yang Normal



Oh mengantuk mata. Hari Sabtu memang begini, bangun pagi sebelum Subuh ye untuk mandi-mandi, siap-siap, naik kereta sampai Kelulut atau Kuala Berang, lepas tu tumpang kawan, tidur dalam kereta, sampai office buat kerja (dan online).

Sepatutnya harini happy lebih sebab bos tak ada, dan sepatutnya aku kerja seorang je pagi ni. Tapi tiba-tiba ada officemate masuk. Ok, pura-pura busy dengan menaip ini. Hahahaha.

Oh, penatnya diri ini, tiap kali cuti pergi shopping. Shopping tu takde la penat, yang penat tu pusing-pusing cari barang. Nak buat kenduri belah aku plak kan, barang hantaran nun nak kena cari. Siapa yang nak kahwin tu memang better lah kau planning beberapa bulan awal. At least beli barang sebulan satu dulang ke kan. Wuuuu. Untuk kes aku (terutama keluarga aku dan suami), ini dah kira awal dah ni kitorang buat persiapan. Wkaka, masing-masing jenis chillax je. Nanti dah dekat tarikh baru macam menggelabah cicak. Chalk chalk.

Oh kalau kat Terengganu ni susah nak cari shopping complex. Yang biasa orang pergi pun Mesra Mall nun. Sebab ada panggung wayang, heuheueheueheu. Kedai dia tak banyak pun. Tapi pelik la, kira shopping complex pertama yang tak berapa nak complex sangat sebab tak ada banyak kedai baju perempuan. Serius. First time. Maka haruslah nk shopping baju tu balik KL terus. Banyak sikit pilihan ye dok?

Eh sekarang makin kurang pula gambar dalam blog ni. So i go through my files dalam komputer tempat kerja ini, tak ada banyak gambar ye, sila la tengok gambar pengantin se. Hahahaha, siapa yang baca, mai la datang kenduri rumah saya, insyaAllah bulan 5. :)



Takde motif. Hahaha.

Ok bye

Lin Meli


Comments

Post a Comment

comments

Popular Posts