Hey October.. What a surprise you got for me.

Oh penat hari ni. Pagi tadi pergi Hospital Sultanah Aminah buat check up kat kaki ni ha. Best sebab ada berita gembira dan tak berapa gembira. Hahaha. Gembira bila dapat tahu tulang yang dikatakan rapuh itu tidaklah rapuh seperti yang diberitahu kat aku sebelum ni. Jangan tak lega la kau dengar kan. Alhamdulillah. Tapi minum susu itu is a must doctor kata.

FxCam_1317937709639

 

Ini Anlene Concentrate Chocolate versi kotak punya. Sedap! Sedap sampai tak pernah rasa cukup masa minum tu. Aku beli juga yang susu tepung punya perisa chocolate ni tapi yang buat sendiri tak sesedap yang kotak punya! Yang kotak ni kecik je, isi dia takyah cakap la, kotak kecik tu (besar tapak tangan aku je yaw) ade space lagi boleh dikocak-kocak air didalamnya. LOL.

 

Macam yang aku bagitahu, aku tak pernah suka pergi hospital sebab banyak sangat kenangan yang tak best kan. Dan sangat kesian tengok pesakit-pesakit yang tua dah. Hospital kerajaan, semua pun tahu memang sentiasa penuh la. Penat nak tunggu turn ataupun tunggu ubat. Kira nasib baik lah aku tak perlu nak pergi setiap bulan plak macam sesetengah orang.

FxCam_1317894401393

Tunggu turn sambil menghadap pintu ini. *Sigh*

 

Sekarang aku dah mula rindu nak balik rumah mengadap tv, lepak-lepak dengan family. Rindu kalian! Adik kalau kau baca sila terharu dan mesej aku sekarang. Hahaha.

 

Hidup ni tak boleh dijangka. Misteri tu la yang buat kita rasa lebih manusia. Got it?

 

Lin Meli.

Comments

Popular Posts