Menjadi Teruja Setelah Melepasi Zon Itu
Hai!
Ianya adalah satu perkara yang rare untuk aku update blog buat masa sekarang ni. Biasalah tu, manusia, ikut mood la brader.
Di kala melalui zon bosan-tak-tahu-nak-buat-apa, kerja aku mendonlot je la pun. Movies yang aku kumpul dari adik abeh dah aku tengok semua. Yang Harry Potter series pun aku dah tengok untuk kali ke berapa ntah. Bila fikir balik, macam kelakar zaman tengah gila Harry Potter dulu, dengar lagu tema masa start movie pun dah excited-meremang-bulu-roma. Biasalah, kipas-susah-mati.
Maka dalam zon bosan-tak-tahu-nak-buat-apa tu juga aku mendonlot apps untuk fon aku ni ha. Aku kan SUKA SANGAT ambil gambar, tak kisah lah gambar jadah apa pun, seboleh-boleh nak capture gak. Jadi aku donlot FxCamera laju-laju. Berpeluh nak tunggu 100% complete download tu. Dan tadaaaa~~!!!
Suke!
Cantik takkkkkk~~~Itu kolej aku tawww~Gambar dari bilik aku. Takpelah tak dapat DLSR pun kan. Ye, gambar itu mungkin biasa bagi kau orang yang ada jadah dlsr sebijik. Ok tak perlu emosi kat sini Lin.
Eh malas ah nak upload gambar banyak-banyak. Biar aku suka sorang-sorang. Wakaka. Btw, my dear friends, dah dengar belum ‘Avril Lavigne- Wish U Were Here’? Kalau belum-‘omg sila dengar!’ Kalau dah-‘Best kan~~~~’ Dengar tajuk aku dah excited sebab itu adalah ayat yang selalu aku guna untuk kekasey hati. Gedik yaw.
Dah pernah kahwin pun still nampak macam anak dara.
Aku nak perut seleper itu.
Eh sudah jam sebelas. Apa entah yang aku buat dari siang tadi. *Sigh*
Lin Meli
Comments
Post a Comment
comments