Oct 10, 2011

Makan-Hujan-Selsema-Tidur.

Krap krup krap krup krap!

 

Tak berhenti-henti mulut ni dok makan keropok. Keropok apa? Aku tak tahu lah nama dia tapi kat mana-mana pun ada jual. Aku beli kat kedai bangla kat kolej ni je, main pakai timbang.

 

keropok sedapMenggiurkan tak saudara saudari sekalian?

Saya suka handphone saya!

 

Hari Sabtu hari tu aku dan kawan-kawan pergi kenduri kahwin akak kepada classmate kitorang. Biasalah, makan free, ada yang nak bawak, kami pun siap-siap je lah. Dari Skudai ke Desaru memang agak jauh juga lah, dengan sesatnya pun cukup, fuhh!

 

kenduri shikin 

Akak beliau.

Ambil gambar konon macam dah kenal lama je pengantin ni.

 

Memang best kalau tengok orang kahwin. Perempuan, biasa lah tu, kenal tak kenal pun mesti nak tengok pengantin + pelamin, semua pun cukup. Dan macam biasa aku berangan-angan dikompang-kompang oleh orang kampung sambil berarak gitu. Puff! Angan-angan dipecahkan oleh hujan yang tiba-tiba lebat. Aku lari. Aiseymen, gua pakai heels pula ketika itu.

 

rossalwa ruslin

Salwa dan aku sebelum dibasahi hujan yang lebat.

 

Ok sekian.

 

Sekarang sedang selsema tak berhenti. Ubat selsema adalah apa, adik-adik~~~ TIDURRRRR. Serius shit kau tak payah jumpa doktor sangat kalau selsema ni. Pergi je lah tidur ternganga (yakni tidur lena) untuk merelakskan saraf kau semua. Ok goodnite!

 

Lin Meli

 

Oct 7, 2011

Air Sebaldi Tinggi Harganya

Perkara yang tak best hari ni bila satu blok ni takde air. Nasib baik pagi-pagi dah mandi siap-siap, takde lah sepanjang hari aku jadi kerbau. Balik dari kelas pun aku tengok takde gak air. Aku pun ambil la air barang sebaldi dari tingkat bawah. Harap maklum jua yang lif blok ni dah dekat tiga hari kot rosak!

Camera Effects

Dengan penuh semangat aku ambil gambar air sebaldi yang aku angkut sambil NAIK TANGGA tu. Saja nak tunjuk kuat juga aku ni kan. LOL.

 

Hari ni je aku dah list-downkan tarikh-tarikh penting projek-projek, hospital, assignment, test, maka timbullah perasaan menyampah di situ. Berharap untuk lebih cepat graduasinya pun.

 

Anyway, sekarang musim memang tak menentu kan? Kejap hujan lebat sangat, kejap panas terbakar rasa kalau keluar tu. Bumi ni dah tua ya adik-adik. Zaman kalian nanti tak tahu lah jadi apa pula. Nasib baik akak ni dah tua you all.

 

Lin Meli

Oct 6, 2011

Hey October.. What a surprise you got for me.

Oh penat hari ni. Pagi tadi pergi Hospital Sultanah Aminah buat check up kat kaki ni ha. Best sebab ada berita gembira dan tak berapa gembira. Hahaha. Gembira bila dapat tahu tulang yang dikatakan rapuh itu tidaklah rapuh seperti yang diberitahu kat aku sebelum ni. Jangan tak lega la kau dengar kan. Alhamdulillah. Tapi minum susu itu is a must doctor kata.

FxCam_1317937709639

 

Ini Anlene Concentrate Chocolate versi kotak punya. Sedap! Sedap sampai tak pernah rasa cukup masa minum tu. Aku beli juga yang susu tepung punya perisa chocolate ni tapi yang buat sendiri tak sesedap yang kotak punya! Yang kotak ni kecik je, isi dia takyah cakap la, kotak kecik tu (besar tapak tangan aku je yaw) ade space lagi boleh dikocak-kocak air didalamnya. LOL.

 

Macam yang aku bagitahu, aku tak pernah suka pergi hospital sebab banyak sangat kenangan yang tak best kan. Dan sangat kesian tengok pesakit-pesakit yang tua dah. Hospital kerajaan, semua pun tahu memang sentiasa penuh la. Penat nak tunggu turn ataupun tunggu ubat. Kira nasib baik lah aku tak perlu nak pergi setiap bulan plak macam sesetengah orang.

FxCam_1317894401393

Tunggu turn sambil menghadap pintu ini. *Sigh*

 

Sekarang aku dah mula rindu nak balik rumah mengadap tv, lepak-lepak dengan family. Rindu kalian! Adik kalau kau baca sila terharu dan mesej aku sekarang. Hahaha.

 

Hidup ni tak boleh dijangka. Misteri tu la yang buat kita rasa lebih manusia. Got it?

 

Lin Meli.

Oct 5, 2011

Menjadi Teruja Setelah Melepasi Zon Itu

Hai!

Ianya adalah satu perkara yang rare untuk aku update blog buat masa sekarang ni. Biasalah tu, manusia, ikut mood la brader.

 

Di kala melalui zon bosan-tak-tahu-nak-buat-apa, kerja aku mendonlot je la pun. Movies yang aku kumpul dari adik abeh dah aku tengok semua. Yang Harry Potter series pun aku dah tengok untuk kali ke berapa ntah. Bila fikir balik, macam kelakar zaman tengah gila Harry Potter dulu, dengar lagu tema masa start movie pun dah excited-meremang-bulu-roma. Biasalah, kipas-susah-mati.

 

Maka dalam zon bosan-tak-tahu-nak-buat-apa tu juga aku mendonlot apps untuk fon aku ni ha. Aku kan SUKA SANGAT ambil gambar, tak kisah lah gambar jadah apa pun, seboleh-boleh nak capture gak. Jadi aku donlot FxCamera laju-laju. Berpeluh nak tunggu 100% complete download tu. Dan tadaaaa~~!!!

 

FxCam_1317831656266

Suke!

Cantik takkkkkk~~~Itu kolej aku tawww~Gambar dari bilik aku. Takpelah tak dapat DLSR pun kan. Ye, gambar itu mungkin biasa bagi kau orang yang ada jadah dlsr sebijik. Ok tak perlu emosi kat sini Lin.

 

Eh malas ah nak upload gambar banyak-banyak. Biar aku suka sorang-sorang. Wakaka. Btw, my dear friends, dah dengar belum ‘Avril Lavigne- Wish U Were Here’? Kalau belum-‘omg sila dengar!’ Kalau dah-‘Best kan~~~~’ Dengar tajuk aku dah excited sebab itu adalah ayat yang selalu aku guna untuk kekasey hati. Gedik yaw.

wish u were here

Dah pernah kahwin pun still nampak macam anak dara.

Aku nak perut seleper itu.

 

Eh sudah jam sebelas. Apa entah yang aku buat dari siang tadi. *Sigh*

 

Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...