Mar 27, 2011

Bayi-bayi sihat

As a matter of fact, aku ni dilahirkan 3 bulan lebih awal dari yang sepatutnya. Maka aku tergolong la dalam golongan bayi yang masuk dalam incubator tu. Kebanyakan kawan-kawan aku tak percaya sebab aku ni tinggi. Cet, ingat kalau tak cukup bulan boleh terbantut ke ketinggian.


Tapi aku beruntung, dijaga oleh ibu abah dengan penuh kasih sayang sampai jadi macam ni :

Mantop kau! Ada gambar yang lagi mantop dari ni. Tapi tak harus kot aku letak kat sini memandangkan kebanyakannye gambar separuh bogel dan bogel U_U


Dulu abah pernah cerita betapa kesiannya kat aku sebab lahir tak cukup bulan, hidup lama ke tak pun tak pasti. Bila aku dengar tu aku macam "hoh seriously?". Dan serius
terharu bila memikirkan beruntungnya aku masih merasa hidup kat dunia ni dekat 23 tahun dah. Aku pernah juga jumpa kad kawalan pemakanan Ruslin Ramli. LOL. Makan pun kena kawal kot. Kesian. Thank you, Ibu dan Abah. I love both of U. =')


Sudah, mari tengok bayi-bayi yang pernah ada dalam hidup aku. Tak banyak pun. Malas nak upload lebih. Hehe.

#Aril masa baru keluar dari perut makcik aku#




# Masa raya tahun lepas, konon gembira, dengan dahi berkilat pun cukup#




#Buat muka manis bodek suruh dokong#

Comel la kau ni budak! Nanti aku balik rumah akan aku cubit-cubit pipi dia sampai nangis. Grr!


Bayi comel yang lain :


Shahirah~ Ololo tembam memok budak mucuk ni~

Ni anak kezen aku. Sekarang dah besar dah boleh jalan. Tapi tak nak dekat orang yang die tak biasa. Memang aku suka sakat budak macam ni sampai nangis. HAHAHAHA.



Budak comot superduperextravaganza comel! Ni masa gathering family belah Johor. Budak kecik ni ada so I snap!Snap!Snap! Tembam oh pipi.


Ah. bayi-bayi dan kanak-kanak memang comel kan. Tapi bila dah start sekolah mesti comot. Kenapa ek?


Lin Meli

Mar 22, 2011

Mari dekat, Mari dekat~

Bercerita tentang give away dari blog-blog orang lain, kali ni apa kata kau join giveaway dari cik Aisyah-kronik-membolehkan-terbang. Ye, itu nama blog beliau ikut google translate. LOL. Ok. Ok. Focus.


Apa yang kau akan dapat dari giveaway ini? Tadaaa~

Ye perempuan-perempuan di luar sana pasti gemarkan perkara sebegini. Yang lelaki pun kau harus gembira untuk join sebab perkara-perkara ini boleh dijadikan hadiah pe untuk perempuan-perempuan yang kau suka @berkenan @sayang @hargai dan lain-lain.


Senang je nak join. Senang sangat. Cuba usha sini. Blog beliau ni kewl sebab ada tips-tips makeup gitu. Yang beginner haruslah klik tengok barang baeekkk punye. Hehe!


Sebenarnya macam excited sebab ni fes time ever nak join giveaway ni. #Semoge aku menang# Hah berangan la kau Lin. Cik Aisyah buat giveaway yang superduper kewl ini sebab dia menghargai followers dia yang dah over 50. Bukan umur okeh, bilangan followers!


So akhir kata disini, ingin saya mendoakan semoga saya menang, hahahaha. Tidak. Semoga kau sukses dengan blog kau, Ash. And plus, love song yang aku still suka buat masa ni haruslah Christina Perri- Jar of Hearts. Dah berapa kali entah aku canangkan kat orang-orang supaya suka lagu ini. Suara dia awesome!


Sekian.


Salam Sayang (bodek),
Lin Meli

Mar 13, 2011

Kau reti berkokok?

Tak baik mengeluh, tapi sudah nasib pagi ni memang tak dijangka. Life is unexpected, full of surprise kan? Tula aku, barang sendiri tak reti nak jaga. Biasanya kan, gajet-gajet yang aku beli sendiri mesti aku tak reti nak jaga. Kalau gajet tu orang yang bagi, bole tahan lebih lama dari apa yang aku beli sendiri. Tak percaya? Tengok barang-barang aku and tanya siapa yang beli itu ini, dan kau boleh nampak beza sume tu. U_U


Back to my life. pagi tadi dah takdir handphone sony ericcson aku kecelakaan. No no no.Bukan jatuh lagi.Perkara tu dah jadi beribu kali kat beliau. Beliau memang kuat macam tuan dia yang kuat nangis. Pagi tadi aku nak cek jam pukul brapa dan alangkah terkejutnya aku yang keluar adalah lebih kurang macam ni:

"Stop using this handphone. Stop charging. Refer to Sony Ericsson center."

Gila kau. Handphone sendiri bagi arahan kat tuan dia. Kau tak sedih ke? Sumpah terkejot sampai aku terjaga. Terus aku cabut charger yang aku memang on dari malam. Oh kau terlebih di cas ke. Yang pasti, aku memang tak boleh tekan benda lain time tu.


Aku bernaseb baik la kan aku ada spare Nokia lama aku dalam laci. Slide pn slide la. Dah emergency ni. Aku on Nokia lepas tu aku sambung tidur balik. Kroh! Kroh~! Sampai la satu saat di mana mata aku terbukak dan jam : 9.30! What??? Bukan kelas numer
ical method pukul 9 pagi ke? Dem aku terlepas kelas ini untuk pertama kalinya. U_U


Aku pandang jam loceng yang aku beli kat Hinode Shop. Dia pandang aku balik. Aku menyampah. Bunyi mesej kat henfon dan berbelas kali. Aku cekidaut. Encik tunang dah call berbelas kali, termasuk mesej-mesej suruh bangun. Nokia ni pun...kau mati rup
anya pagi tadi. Patut la aku tak terjaga. Grrrr!


Aku akhirnya berbaring-baring mengenang jam loceng ayam yang annoying gilerious masa zaman aku sekolah. Ting ting ting... (Bunyi kenangan masuk ota
k)


#Lebih kurang camni la jam tu.Tapi beliau lebih cute dari ni#


Seumur hidup aku, aku rasa jam ayam ni paling celaka aku pernah ada. Bunyi dia memang kuat gilerious. Tak pernah lagi aku jumpa orang yang tak pernah terjaga dengar bunyi jam ni. Yang unik je dia bunyi suara manusia menyerupai ayam bercakap. Get it? And it says

" Bangon! Bangon! Bangon! Kurrr Kurr Kurrr! Bangon! Bangon! Bangon! Kurr"

Ye, akan berterusan begitu sampai lah manusia yang mendengarnya rasa annoying gile dan tekan button kat kepala ayam tu. Pas tekan dengan cerianya suara tu akan cakap "Selamat Pagi". Naseb baik masa kecik aku tak reti cakap celaka, defak, segala bagai. Aku just tenung loceng ayam tu dan rasa macam nak campak kat dinding rumah.


Kau pernah ada jam tu? Somehow, aku rindu plak kat jam tu. Ye, kalau kita dah biasa dengan benda annoying hari-hari, ada masa kita akan rindu juga kan. Di manakah kau, jam ayam.


Lin Meli

Mar 8, 2011

Lonjak-lonjak-Gembira-Macam-Nak-Kahwin-Esok


Hooray! Hooray~ Mari bergelak ketawa hari ini walaupun malam ini aku ada test Numerical Method. Takpe, aku suka numbers + math. Tapi itu bukan titik utama di sini. Aku juga tak habis menghafal rumus lagi ni. Ok2, titik utama okehh..


Setelah penat aku menangis bulan lepas (kot) serta mengadu dekat family, tunang dan kawan-kawan akhirnya hari ini aku berjaya mendapat tempat untuk latihan i
ndustri! Ek eleh mende la lu Lin, tu pun nak kecoh. Ye! harus kecoh sebab aku gumbira. Kau pasti faham kan betapa menyampahnya aku kena fotostat bagai resume tu balik, dengan beli pos ekspress cari alamat serta habiskan sehari rm30 untuk call company tanya sal latihan industri ni. Fuh!


Aku dapat kat Jalan Raja Alang. Kalau ikut google lebih kurang 17 minit aku dah boleh sampai. Tapi memandang kan Kuala Lumpur itu pagi-pagi jem macam haram, nampak gaya kena keluar seawal 6.30 pagi la kot? Itu cadangan abah. Takpe, 10 minggu je. Pastu selamat tinggal jem pagi-pagi!


Tu dia signboard Jalan Raja Alang. Dan tiba-tiba.... ZIKAY? Eih, di situ la aku dapat tempat! Adakah itu bangunannya? Oh lihatlah kereta-kereta dan motor-motor. Parking pun mesti cm haram. Alangkah indah kalau aku ada lesen motor. Salah sendiri nak ambil lesen kereta semata. Oh..


Dulu masa aku di peringkat sekolah menengah, zaman budak-budak baru nak up tu, aku selalu cuba nak start kan motor clutch eh orang panggil? Dan sampai sekara
ng pun aku tak pernah berjaya. Ayat celaka yang aku selalu kena mestilah "Kaki panjang pun tak boleh nak start motor". Dem.


Sejak tu aku tekad tak kan ambil lesen motor sebab aku fikir aku akan gagal sebelum test bermula pun! Mana aku tahu daa rupanya motor tu akan di startkan siap-siap. Dan paling best zaman sekarang majoriti motor ada starter. Kan? Aku tak tahu sangat pasal motor ni. Starter ni pun kawan aku yang bagitahu.


# Motor tayar satu. Ada brani? #


Gila kau, satu tayar je ni. Mat rempit kalau gayat bawak motor ni memang tak juara la brader. Tapi takpe, vehicle ini adalah plan untuk tahun 2025 nanti. Lu ada lagi ke? Hehehe.



Lin Meli.


Mar 7, 2011

Rambut Sihat dan Cantik


Rahsia rambut yang cantik menawan dan bagai-bagai itu terletak pada kulit kepala yang sihat dan bersih. Setuju? Ye, kalau akar baik, baik la tumbuhannya, ok-apa-kau-merepek-disini. Mari! Mari! Nak beritahu perkara gembira!


Selama ni aku memang cari dan cari shampoo yang sesuai dengan kepala aku yang bertudung ni. Zaman muda-muda, kecik-kecik dulu, tak pernah pun nak merasa kulit kepala berminyak, apatah lagi kegatalan di situ yang buat aku rasa macam nak ganti kulit kepala baru. Tak. Masa kanak-kanak segalanya muda, bersih, suci. Makan pun benda-be
nda yang ibu bagi je.


Bila dah besar ni dah pandai jumpa makanan-makanan segera segala bagai y
ang boleh buat badan dah tak seneutral dulu. Lepas tu dah lupa macam mana nak jaga rambut elok-elok macam ibu pernah jagakan, lupa jangan ikat rambut masa rambut basah, lupa segala-galanya. Ok back to the present.


Minggu lepas aku dan kawan-kawan berjalan-jalan membeli barang keperluan
. Aku cari shampoo la sebab memang shampoo aku dah habis dan wajib beli baru. Baru di sini adalah baru yang tak pernah wujud dalam hidup aku. Aku cari dan cari dalam Guardian nun. Kemudian......


# Shampoo Secret Garden yang wangi #

Gambar sekadar hiasan. Tak mungkin la aku jumpa Guardian buat hiasan macam ni kan. Anyway, tadaaa~ Ye aku tahu dah berkurun ada kat dalam Guardian tu. Selama ni aku pandang sipi je shampoo ni sebab aku fikir aku tak mampu. Tengok packaging je dulu, sekarang dah pandai tengok harga. Congak-congak, eh, harga ok what. Rupanya Sunsilk-tade-effect-kat-aku tu lagi mahal.Jadi aku beli bila aku perasan harga dia ni juga lebih murah dari Herbal Essence tu. Aku beli yang 400 ml terus since yang kecik ke apa takde.


Setelah 22 tahun beberapa bulan aku hidup baru aku tahu kewujudan bunga chamomile dan bergamot ni. Biasa lah. Bumi ni kan luas. Lihat fungsinya : Menyamankan dan membersihkan kulit (kepala ok), Menyegarrrkan, Menenangkan, serta Pembersihan mendalam. Itu semua dah cukup bagi aku. # Terpengaruh #


Dah seminggu aku pakai shampoo ini dan ianya sangat berkesan. Aku tak tahu la kat kulit kepala korang macam mana tapi dekat aku ianya sangat memberi kesan sehingga aku berkali-kali melihat cermin. Hahaha (gelak gembira). Apa yang berkesan? Kulit kepala aku dah tak berminyak setiap kali aku buka tudung lepas habis kelas ke lepas jogging ke. K
alau berpeluh pun, bau shampoo ni yang aku pakai semalam nya itu masih melekat lagi sehingga ke hujung rambut.


Bukan itu sahaja ye, rambut aku nampak lebih bermaya la kot dari sebelum ni. Ye aku ada ambil gambar sebelum dan selepas. Dan aku sangat sukakannya kini! Sekarang dah boleh pergi ke toilet dengan gembira sambil melihat cermin. Perlu ke begitu, Lin.


Untuk yang cari-cari shampoo lagi tu kenapa tidak mencubanya hari ini! Hehehe. Baik guna kan sumber alam semulajadi daripada lebihan kimia dalam produk shampoo kan? But anyway, shampoo ni pun ada Sodium Laureth Sulphate. I guess we juz can't avoid dis one eh? Tapi dalam Shokubutsu memang takde SLS ni. Sebab tu aku pakai Shokubutsu (nyanyi2 cket).


Sekian.


Lin Meli.


Mar 5, 2011

Kira Keperluan Kalori Anda (Edisi Sihat-Menyihat)

Semua orang tahu kalau nak kurus atau sihat mesti nak kena kira kalori bagai-bagai. Kebanyakan orang malas nak ambil tahu sebab malas atau pun sebab tak boleh nak bajet kandungan kalori dalam makanan. Apa itu kalori? Eih, tak pernah tengok Biggest Loser ke? U_U


Ok kalori ni adalah tenaga ye yang ada dalam makanan. Memang kita semua perlukan kalori ni. Kalau tak cukup bahaya, kalau lebih pun bahaya. Dua-dua boleh sebabkan kau gemok. Ok bukan lah gemok tapi berat bertambah. Hehe. Kau tak pernah ke tertanya-tan
ya berapa kalori kau perlukan dalam satu hari. To be honest, aku baru tertanya-tanyakan perkara itu dalam hidup aku ni. Hehehe.


Biasanya orang lelaki dan orang yang lebih muda akan lebih perlukan kalori berbanding perempuan atau orang yang lebih tua. Biasalah, kita kan biasa ka
itkan tenaga yang banyak = lelaki dan orang muda. Aku tak cakap perempuan lembik okehh.



Jangan cakap banyak. Jom kira Basic Metabolic Rate (BMR). Kadar metabolisme ni lah yang menentukan kebolehan sistem dalam badan kau bakar lemak-lemak atau proses makanan tu tau. (Betulkan kalau salah =D )

Lelaki : 666 + (13
.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) -(6.8 x umur kau)

Ladiesss: 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur kau)


Dah?Ok itu BMR tau. Dah dapat nilai tu darabkan pula dengan nisbah keaktifan atau kekerapan kau bersukan atau bersenam.


Tak Aktif (Senaman sikit atau takde langsung, kerja pejabat yang duduk je tu):
BMR x 1.2

Aktif Sikit (Biasa buat sukan atau senaman ringan dalam 1-3 hari seminggu):
BMR x 1.375

Aktif Secara Constant (Biasa bersukan atau bersenam dalam 3-5 hari seminggu):
BMR x 1.55

Sangat Aktif (6-7 hari seminggu kau! Yang berat-berat punya senaman camtu):
BMR x 1.725

Superduperextravaganza Aktif (Hari-hari bersukan atau 2kali latihan dalam sehari.Ini biasa atlit profesional kan?) :
BMR x 1.9


Dah pilih? Aku tahu kau mesti takat no. 1 atau 2 punya. Hahaha. Tak baik. Aku pun yg no.2 jela kot. Ok dah teruskan. Nilai yang kau dapat tu adalah Keperluan Kalori Harian kau. Puas hati? Jangan malu jangan segan, share la kat aku~


Ha dah tahu bape nilai kalori tu pandai-pandai lah hidup. Ada seorang kawan aku cakap kalau kau makan lebih dari keperluan ni nanti badan kau akan naik (Bahasa kasar: gemok) dan memang susah nak turunkan berat badan kau. Susah tak bermakna mustahil k
an? Ecece. Ada gaya instructor aerobik tak woit? Hahaha. Jangan jawab. U_U


Susah payah kau kira keperluan kalori kau. Ni hadiah untuk korang =)


-


-


-


-


-


-


-


-


-







. . .Sila Terliur.



Lin Meli









Mar 4, 2011

Mentega Kacang Lapisan Perisa Anggur

Petang tadi aku penat gilerious. Maka pulang dari kelas aku tidur. Tidur sampai terlepas Zohor *sigh* Bila terjaga pukul berapa entah aku sedar hujan lebat kat luar sana. Macam ditepuk-tepuk makin lena aku tidur tau. Hasilnya....



AKU TAK BOLEH TIDUR!


Serius cepat gilerious masa jalan. Tik Tok Tik Tok Kesha. OMG. Dah pukul 1 pagi. Dan Subuh esok harus bangun dan terus bangun. Kalau bangun lepas tu tidur balik aku tak kesah. Grr! Dalam banyak-banyak malam kan, kenapa malam ini aku harus berjaga dan update blog tanpa isi? Kenapa? Kenapa???


Tahukah anda dengan meminum Oligo Coco di malam hari akan buat aku mengantuk? Ye sedang minum dengan penuh nikmat. Takkan minum je kot? Maka aku bakar roti yang ada di dalam bilik ini. Bau harum. Aku ambil Mentega Kacang Lapisan Perisa Anggur dari Lady's Choice. Guna sebelum : 01/03/2011.


Aku tengok monitor laptop. Aku tengok tarikh di telefon bimbit juga. Celaka. Dah expired Mentega Kacang Lapisan Perisa Anggur dari Lady's Choice ini rupanya. Hari ini genap 4 hari kau expired. Roti dah siap bakar. Em. Ok tak pe. Hanya satu lapisan pada sekeping roti ini.


Dan aku kenyang!


Esok kalau aku cirit memang nasib la. Dalam banyak-banyak malam kan, kenapa malam ni plak aku nak makan roti bakar bersama Mentega Kacang Lapisan Perisa Anggur dari Lady's Choice?? Dem.


Lin Meli

MukaBlog, bukan MukaBuku

Jalan-jalan ke blog manusia-manusia kemudian ternampak symbol ini:




Apakah??


Oh bila nampak perkataan 'Face' haruslah aku teringat dekat Facebook kan? Jadi gambar kan perkara yang seumpama dengannya ye. Dekat sini, ada macam satu komuniti blogger. Jadi kalau kau suka blogwalking tu boleh la kot tambah kawan-kawan kat sini. Ala bosan la kan setiap kali online balik-balik bukak Facebook. Kamon la. Tak remaja langsung.


Jadi apa tunggu lagi? Marilah join website pinky-pinky ini. Eh pinky tak bermakna perempuan je join okehh. Laki pun ada tau.


Sekarang barulah aku faham apa yang orang panggil Networked Blogs tu. Err, faham la sikit-sikit. Aku ni pemalas nak explore benda baru. Kalau kau perasan, biasanya perkara baru dan banyak kerja ni akan didominasikan oleh kaum lelaki. dominasi? Betul ke? : /


Jom la join. Blog picisan aku ni pun sudah join, inikan pulak blog kau yang mantap itu. Rugi la tak join. Hahaha.


Lin Meli

Mar 3, 2011

Lari-Lari-Lari

Warga KDSE memang kebanyakannya excited la sekarang sebab gym baru dibuka. Aku lagi la excited sebab aku jadi ahli gym tu. Hahahahaha. Gym kat sini kena bayor. Rm1 sejam. Aku tahu ramai tak puas hati. Tujuan diorang ni adalah supaya boleh had kan hanya 10 orang manusia yang boleh masuk gym dalam satu masa. Sedangkan gym kat kompleks sukan yang banyak peralatan tu pun kena tunggu berjam-jam baru dapat main, ni kan pulak gym kecik comei yang ada brapa kerat je peralatan yang disediakan.




Snap! Snap!




#Aku paling suka lari-lari atas trackmill#



Nak amek gambar kena la slowkan speed. Oh hari pertama hari tu aku dah terjatuh dari trackmill ni sebab aku pusing belakang pandang Salwa sambil bercakap-cakap. Hahaha. Takde la malu sangat sebab dalam tu ada kawan-kawan aku je time tu. Ngee~


Sabtu ni ada Larian UTM + Senamrobik woit. Mana-mana budak UTM Skudai tu kalau kau takde kerja jom la join. Semangat kot aku. Hahahaha. Masa zaman sekolah dulu-dulu (lama betul ni), aku memang suka gilerious aktiviti merentas desa. Sekolah kau ada? Me
stilah ada kot. Ala yang lari ramai-ramai dari sekolah ke luar sekolah tu. 15 minit yang awal semua pakat nak lari. Lepas tu semua pancit. Hahaha. Best oh lari (bukti suka lari).


Oh masih ingat kah pada kasut burukku itu. Ye, sudah ku ganti dengan yang baru! Tapak kasut tu dah terlampau nipis ya amat ye kawan-kawan. Memang sakit bila aku pergi jogging petang-petang mahupun berlari di gym sana.



Taddaaaaa #Suka!Suka!#

#Pakai di kaki#


Jangan lah di hina pemilihan warna dan design kasut aku. Kalau ikut hati ni mestilah aku nak kaler-kaler feberet aku yang cantik dan ceria itu. Tapi tak mampu la bai. Aku ni dengan duit pinjaman pun tak masuk lagi. Ni pun beli pakai duit simpan aku. Kesian. Takpe, janji sodap kat kaki den ni ha. Pilihan time tu pun tak banyak sangat. Menyesal aku masuk kedai itu. Tapi takpe. Jangan fikir banyak, Lin!


Ok macam tak sabar nak tunggu hari Sabtu. Mucid, kalau kau baca entri ni kau diwajibkan datang. Dengar cakap anak saudara kau ini, pakcik. Hahahaha.


Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...