Lari-Lari-Lari

Warga KDSE memang kebanyakannya excited la sekarang sebab gym baru dibuka. Aku lagi la excited sebab aku jadi ahli gym tu. Hahahahaha. Gym kat sini kena bayor. Rm1 sejam. Aku tahu ramai tak puas hati. Tujuan diorang ni adalah supaya boleh had kan hanya 10 orang manusia yang boleh masuk gym dalam satu masa. Sedangkan gym kat kompleks sukan yang banyak peralatan tu pun kena tunggu berjam-jam baru dapat main, ni kan pulak gym kecik comei yang ada brapa kerat je peralatan yang disediakan.




Snap! Snap!




#Aku paling suka lari-lari atas trackmill#



Nak amek gambar kena la slowkan speed. Oh hari pertama hari tu aku dah terjatuh dari trackmill ni sebab aku pusing belakang pandang Salwa sambil bercakap-cakap. Hahaha. Takde la malu sangat sebab dalam tu ada kawan-kawan aku je time tu. Ngee~


Sabtu ni ada Larian UTM + Senamrobik woit. Mana-mana budak UTM Skudai tu kalau kau takde kerja jom la join. Semangat kot aku. Hahahaha. Masa zaman sekolah dulu-dulu (lama betul ni), aku memang suka gilerious aktiviti merentas desa. Sekolah kau ada? Me
stilah ada kot. Ala yang lari ramai-ramai dari sekolah ke luar sekolah tu. 15 minit yang awal semua pakat nak lari. Lepas tu semua pancit. Hahaha. Best oh lari (bukti suka lari).


Oh masih ingat kah pada kasut burukku itu. Ye, sudah ku ganti dengan yang baru! Tapak kasut tu dah terlampau nipis ya amat ye kawan-kawan. Memang sakit bila aku pergi jogging petang-petang mahupun berlari di gym sana.



Taddaaaaa #Suka!Suka!#

#Pakai di kaki#


Jangan lah di hina pemilihan warna dan design kasut aku. Kalau ikut hati ni mestilah aku nak kaler-kaler feberet aku yang cantik dan ceria itu. Tapi tak mampu la bai. Aku ni dengan duit pinjaman pun tak masuk lagi. Ni pun beli pakai duit simpan aku. Kesian. Takpe, janji sodap kat kaki den ni ha. Pilihan time tu pun tak banyak sangat. Menyesal aku masuk kedai itu. Tapi takpe. Jangan fikir banyak, Lin!


Ok macam tak sabar nak tunggu hari Sabtu. Mucid, kalau kau baca entri ni kau diwajibkan datang. Dengar cakap anak saudara kau ini, pakcik. Hahahaha.


Lin Meli

Comments

  1. bagoosnye..~! takat ni ko org first yg aku denga suke merentas desa..XXD AKU.SANGAT.BENCI.AKTIVITI.ITU! ahahaha..XXD dulu laa..sekrg ni biase2 je kot..huiish, keje ko jogging n mengunjungi gym je kan? =D bagos2..sihat! XD memotivasikan aku utk jogging jugak ni! ekeke..

    ReplyDelete
  2. Hahahaha. Aku pun tataw knape aku sangatttt suka perkara sebegitu. Lama w0o tak lari2, tu yg cm xcited jerk. Mase diploma ade la 2 3 kali je jogging dalam 3 taon aku belajar tu. Hahahaha. Ye, mari join jogging. Best bole kua peloh. =p

    ReplyDelete

Post a Comment

comments

Popular Posts