MukaBlog, bukan MukaBuku

Jalan-jalan ke blog manusia-manusia kemudian ternampak symbol ini:




Apakah??


Oh bila nampak perkataan 'Face' haruslah aku teringat dekat Facebook kan? Jadi gambar kan perkara yang seumpama dengannya ye. Dekat sini, ada macam satu komuniti blogger. Jadi kalau kau suka blogwalking tu boleh la kot tambah kawan-kawan kat sini. Ala bosan la kan setiap kali online balik-balik bukak Facebook. Kamon la. Tak remaja langsung.


Jadi apa tunggu lagi? Marilah join website pinky-pinky ini. Eh pinky tak bermakna perempuan je join okehh. Laki pun ada tau.


Sekarang barulah aku faham apa yang orang panggil Networked Blogs tu. Err, faham la sikit-sikit. Aku ni pemalas nak explore benda baru. Kalau kau perasan, biasanya perkara baru dan banyak kerja ni akan didominasikan oleh kaum lelaki. dominasi? Betul ke? : /


Jom la join. Blog picisan aku ni pun sudah join, inikan pulak blog kau yang mantap itu. Rugi la tak join. Hahaha.


Lin Meli

Comments

Popular Posts