Saya Rindukan ADIK saya (vol 3)
Adik, sila terharu. =p
Saya ada seorang adik. Ye, seorang je. Tak ramai tak pe, happy juga apa walaupun berdua. Buat apa adik beradik ramai tapi tak rapat dan dengki mendengki. Ye tak? Memanglah bukan semua macam tu.
Ok muka kami memang sama.
Ye kami memang rapat. Adik saya kelakar orangnya. Tapi kalau dia tengah badmood janganlah kamu dekat-dekat. Tapi (lagi) dia kalau marah takde lah menengking ke apa. Dia budak lahir bulan Januari. Kamu perasan tak apa persamaan budak-budak lelaki yang lahir bulan Januari?
Kalau saya dan adik melepak bersama, memang boleh tahan banyak benda yang kami borakkan. Dari isu-isu kat internet, gosip-gosip, cerita kat televisyen sampailah cerita pasal diri sendiri.
Kebanyakan cerita yang saya minat kat channel Nickelodeon dengan Disney, dipengaruhi oleh adik saya. Oh beza umur saya dan adik adalah dua tahun. Dulu saya selalu kutuk cerita-cerita remaja kat kedua-dua channel tersebut. Tapi akhirnya, saya turut menganga di sebelahnya menonton televisyen. U_U
Adik saya rajin explore benda-benda baru (yang baik ok) seperti softwares, games, dan apa-apa aplikasi yang terdapat di Internet itu. Kalau saya ada masalah berkaitan teknologi memang saya akan tanya dia. Best sebab saya tak payah susah-susah nak fikir. Ekeke. Saya sedar saya banyak menyusahkan dia. Dia selalu kata saya mengada-ngada tapi tetap tolong saya. =’)
Masa kecik-kecik kami memang suka plan bersama-sama. Plan bermain, plan lambat-lambat pergi mengaji, plan cari alasan tak nak pergi sekolah rendah agama, plan mendajalkan budak-budak lain dan macam-macam lagi. Best dapat adik yang sekepala.
Kalau pergi ke rumah saudara mara, adalah sangat tidak best kalau adik taknak ikut. Kami ni pemalu taw. Hahaha. Kalau dia tak ikut saya nak bercakap dengan siapa. Saya sangat bergantung dengan adik saya. Mungkin sebab itu kami rapat.
Sekarang adik saya tinggi gila. Saya lebih rendah daripada dia. Dulu masa kecik-kecik senang-senang je saya nak sekeh kepala dia. Tapi sekarang, jangan kan nak sekeh, nak pandang pun kena mendongak. Ketinggian dia adalah alasan terbaik untuk suruh dia buat kerja. Ekeke.
Esok saya nak pulang ke rumah jadi saya akan join adik saya menonton televisyen lagi!
Lin Meli.
Comments
Post a Comment
comments