Kesedaran Selepas Makan dan Kenyang
Sepanjang aku belajar kan, tak pernah sekali pun aku belajar last minutes untuk final examination. Serius. Atleast paling lambat pun 2 hari sebelum paper aku rasa. Jadi hari ni la first time ever aku buat macam tu. Start study petang tadi untuk subject Reinforced Concrete Design, exam esok pagi.
Tak, aku bukan nak bangga ke jadah apa. Tapi serius, belajar last minutes macam ni serupa macam aku give up awal kan. So tadi aku dah pening-pening rasa pusing-pusing je, aku berhenti membaca pastu aku try tidur.
Tiba-tiba Awin mesej ajak minum-minum. Aku fikir pening-pening ni ada baiknya aku makan Bihun Tomyam-sangat-pedas dari kedai Kelantan tu. Pergh, dah kenyang hilang pening aku weh!
Sekarang dah tak pening, dah segar, macam mana nak tidur kan. Mengenangkan kata-kata kawan “aku taknak repeat paper ni”, macam ada sebiji buah kelapa jatuh atas kepala. Yela, siapa yang nak repeat paper yang kau paling benci sekali dalam dunia ni kan?
Konon hati dah tenang macam laut. Gambar ni ori dari handphone aku okeh.
Ok sekarang mari belajar.
Wish me luck weh.
Lin Meli
Gudlak.. :)
ReplyDeleteerr.. gambar laut dari phone tu.. pergghhh.. sumpah chun!!
Tq! Dan tq jugak utk pujian gmbar!Ekeke.
ReplyDeleteAlin Eb tag alin tau..
ReplyDeletehttp://mohdasynor.blogspot.com/2011/05/segmen-kerana-manisnya-epal-susun.html