Saya Rindukan IBU saya (vol 1)

Ini bukan sempena hari Ibu ke apa. Hari Ibu boleh disambut hari-hari. Curahkan kasih sayang kau tu setiap hari tanpa henti ok.

Ye, saya rindukan Ibu saya. Beliau sedang terbaring di rumah menonton televisyen saya rasa. Takdir hidup kami, Ibu dah lumpuh sebelah badan sejak dari tahun 2002. Ok takmo sedih-sedih.

Tapi saya rindu kena marah dengan Ibu saya. Dulu saya selalu menonton televisyen tanpa henti sehingga pernah dimarah berulang kali oleh Ibu. Kata beliau, jadi perempuan jangan malas. Saya tak pernah tolong Ibu masak. Ini kan pula mengemas rumah sebab sedar-sedar semuanya sudah selesai. Ibu memang kuat masa tu.

IBU SAYA


Dulu mungkin saya dan adik manja, seterika baju pun saya tak reti. Ekekeke. Masa umur lebih kurang 7-8tahun saat paling manis adalah ketika ibu menyiapkan milo suam-suam kuku dalam botol susu sebelum beliau pergi kerja. Ye, untuk saya. Saya tak boleh tinggalkan botol susu saya ketika itu. Baring-baring gentel bantal busuk guna jari, isap botol berisi milo sampai tertidur. Itu nikmat.


Sekarang Ibu dah jarang marah-marah saya. Mungkin sebab saya rajin. Asyik kena puji je. Ekeke. Lepas Ibu sakit baru saya belajar buat semua kerja rumah dengan Abah. Abah pun hebat. Nasib baik Abah saya pandai memasak, takde lah kami semua muak asyik makan kat luar.

DSC02197
Abah dan Ibu masa raya tahun lepas.
 
Ye. Masa Ibu mula lumpuh hari-hari makan kat luar sebab Abah sibuk jaga Ibu di hospital. Malam baru pulang ke rumah bersama-sama. Saya dan adik akan ke hospital setiap kali lepas habis sekolah. Memang penat tapi kami tak kisah asalkan dapat duduk dengan Ibu.
 

0o00


Sekarang saya masih di Skudai. Ada kurang dari 3 hari untuk pulang ke rumah. Saya rindu Ibu saya. Siapa yang baca blog ni boleh tolong doakan Ibu saya sihat macam dulu? Hehe. Thanks.

 
Lin Meli

Comments

  1. Amiiiinn... Alin, kamu sgt tabah!

    ReplyDelete
  2. Thank youu,doakan taw.Hehehe.Tak la tabah mana pon, tp betul la org ckp alah bisa tegal biase? Awal2 dulu mau hari2 nangis.Hik2.

    ReplyDelete

Post a Comment

comments

Popular Posts