oh sweetieee~

hari ini ditakdirkan hujan sepanjang hari.sejuk-sejuk rase mcm dok kat genting highlands zaman aku kanak-kanak.sekarang genting x sejuk dah.x payah susah-susah nak beli baju tebal2 dari universal travelers kan.hari ni aku bosan.penat dah blogwalking dua tiga hari ni gelak sorang2 bace entri org banyak2.jadi aku layan movie.copy-paste-movie.aku klik-klik cari cite yang aku belum tengok lagi.ok,jumpa.sweetheart.tengok tajuk memang aku tros pk cite omputih chentan cintun swit2 rase nk menjerit.kemudian tadaaaaaa~!!!



ok.cerita indonesian rupanye.di sini aku ingin menyatakan yang aku memang anti-sinetron2 yang berlambak kluar kat dalam tv tu.ape barang tengok tv cite zoom in zoom out sepanjang mase.lembab.buang masa.balik2 mata terjegil tunjuk muka jahat tapi sampai ke sudah yang konon baik ni x sedar2 ade org jahat depan muka dia.bongok.tapi ini movie.disebabkan kebosanan melampau duduk bilik sorang maka aku layankan aje.biasa cite indonesia ni kalau yg movie lebey berbaloi kalau kau nk tgk.atleast tade la zoom-in-zoom-out-music-cam-ape tu.sampai ke abis aku tgk,ok wut.lebey berkesan tangisan dalam tu kalau nk banding cite Aku Masih Dara yang selamat di copy-paste dari haidar.Aku Masih Dara?eiuw tajuk.ok itu perlukan satu lagi entri kalau mau kutuk2 sesedap rasa.kutuk2 pun kau layan jugak tgk kat bilik.har3.bongok.


ini watak jahat.jahat gilerious muka dia dalam ni.jahat tapi cantik.memang cantik.gambar ni x brape cantik sangat sebab x nampak keputihan dan kegebuan kulit wajahnya.kalau dia nangis2, kening dia memang sebijik kening fasha sandarrr.hahaha.dia memang hebat berlakon untuk watak2 psycho.ade sape berminat?contact la dia.nama dia Sabai Morscheck.btol x tipu.aku google kot.aku terfikir gak adekah bergaya name sebegitu di indonesia?



ini watak baik,org putih panggil heroin.cantik jugak.tapi ape yang aku suka tengok sepanjang movie ni adelah rambut dia.tertanye2 jugak aku kalau dia ni adelah model shampoo ke ape.lembut berkibar2 rambut dia.watak baik dia tadela bodoh2 alang sangat mcm kebanyakan sinetron tu.dia ada jugak wt plan kejam tapi dia x sampai hati nak buat.itu bagus.kadang aku nampak muka dia mcm Sari Yanti yg dulu femes dengan Kisah Kaisara tu.sebab rambut mungkin.


jeng jeng jeng!ini la sebab utama aku meneruskan penontonan!aku fikir (selepas kehadiran lelaki ini dalam satu babak), cerita ini akan lebih romantik swit-swit rase nak jerit kalau ade kisah chenta dia dengan heroin.tapi pui.xde sangat Ayat-ayat Cinta punya babak,ayat2 manis bikin cair tade.xpe,aku x kesah.paling penting aku x tidur masa tengok cite nie.cuba kau google dia nie punya gambar. Marcell Chandrawinata. fuh! hensem gilerious. dah mcm hollywood stars dah.boleh la nak amik dia berlakon untuk siri Smallville mahupun Superman ke.bila lagi nak asah bakat baru plak.asyik artis lama je kan.bosan.

. . .

cite ni sal kes buli.buli di dalam sekolah perempuan.sume gadis-gadis je ramai dalam crite ni.bace x tagline cite nie kat poster die tu. "Beauty is the Beast". mendalam tu.x semua perempuan cantik begitu.percayalah.tapi babak2 buli dia memang bongok2 sikit.mcm ntah pa pe.oh dan ada jugak babak2 makcik (ibu kepada heroin) main raba-raba dengan pakcik yang bukan laki dia.terkjut jugak aku.advance plak la movie indonesia ni sekarang.isk3.but the point is apekejadahnya perlu selitkan unsur-unsur itu.makcik dan pakcik plak tu.bukan lelaki muda dan gadis.percayela.kalau tade babak tu pon x rosak cite ni punya.bengong.

. . .

tapi ape yang merunsingkan aku sekarang ni...jadah apa aku update blog cite sal movie nie?banyak lagi kot movie yang lagi best.sah aku gila.mungkin terlalu lama x menonton movie indonesia.ini nama dia kejutan budaya.sudah.mau blogwalking.

lin meli

Comments

Popular Posts