.:My Girlfriend is a Gumiho:.

Yosh! (Ok itu Japan) AnameSAYOR. LOL. Ok aku takde la addicted sangat dengan drama + K-Pop + jadah apa yang berkaitan dengan Korea ni. So aku memang tak tahu la nak cakap hello ke selamat pagi ke selamat malam ke dalam Korean. Ok la tu kan, ada bunyi juga anamesayor. Korang faham jugak aku nak cakap apa.

 

Disebabkan tak banyak sangat drama yang aku tengok, so aku nak promote yang aku rasa paling best buat masa ni je. Ye, aku tahu aku tengok drama sikit je, boleh kira dengan segala jari jemari yang aku ada. So?

 

Sila lah tengok My Girldfriend is a Gumiho (nine-tailed fox)! First time aku dengar tajuk aku dah teringat naruto dah.

naruto

#Nine tailed fox Naruto#

Kamon la, tak kan tak tahu Naruto kan. Jadi apa yang aku bayangkan memang sama macam apa yang cerita ni nak sampaikan.

nine tailed fox

#Gumiho- NineTailedFox#

Yang jadi gumiho tu awek cun nama Shin Min Ah. Hot taw dia. Tapi masa first time tengok aku tak pernah suka dengan hero dan heroin sebab aku fikir tak hot pun diorang ni. U_U

ShinMinAh

Episod pertama tak nampak cantik macam ni pun. Lama-lama tengok dia memang SANGAT COMELLLL okehhh.

 

lee seung ki

Hero: Lee Seung Gi. Dia ni lagi la. Menyampah gila masa mula-mula tengok. Tak nampak langsung kekacakan ke jadah apa. Tapi bila dah start layannnn : “omg omg. Comellll la kau ni!!! I wanna meet cha~”

 

no min woo

Macam biasa cerita korea mesti ada watak lelaki-cool-cinta-tak-dibalas. OMG lelaki ini nama dia No Min Woo. Sebab dia la kugagahkan juga nak tengok cerita ni masa mula-mula tu. Sampai ke sudah aku nampak dia SANGAT HANDSOME macam tak mungkin wujud lelaki handsome macam ni. LOL. First time aku tengok aku terfikir gaya dia macam Yagami Light yang manga punya (Death Note). Yay? Nay?

light yagami

Em mungkin badan kerimping + gaya jalan je sama.

Okeh2. Cerita ni pasal hero (aku bagitahu nama watak pun bukan korang nak ingat kan) yang nakal-nakal lari dari Atok dia sampai akhirnya die sesat ke Kuil ke jadah apa. Takdir telah menentukan (cewah) bahawasanya dia secara tak sengaja dah melepaskan rubah berekor sembilan (the fox laa) ke dunia manusia.

 

So it turns out fox tersebut merupakan seorang wanita yang chantekkk (comel yes!) yang memang suka hidup dalam dunia manusia dan dia memang nak sangat jadi manusia. Ye, dari sini mereka melekat bagaikan gam kasut. Hero yang takut dimakan oleh heroin terpaksa lah ikut cakap heroin. Tunggu la sampai babak chenta-chenta yang sweet rasa nak menjerit teriak semua. Hahaha. Eh spoil lah kalau aku cerita semua.

 

Meh sini nak bagi persoalan-persoalan yang boleh buat kau gelisah nak tahu:

i) Dapat ke gumiho tu jadi manusia?

ii) Dapat ke diorang bersama?

iii) Lelaki kacak tu apa fungsi dia? What, dia separuh manusia???

iv) Macam mana la plak diorang dok sama, Tak kene makan ke hero tu. LOL.

Eh banyak lah lagi persoalan dia. Yang penting cerita ni TAK LEMBAB SANGAT macam kebanyakan cerita korea. Dan cerita ini memang kelakar-tak-boleh-jangka. Ending dia pun aku tak boleh nak agak macam sesetengah cerita tu kan.

 

Pergilah menonton!

hoy hoy

# Hoy! Hoy! #

Ok kalau kau dah tengok baru kau faham kenapa aku buat caption itu. LOL.

 

*Amaran : Cerita ini sangat sedih juga. Bengkak mata aku dok menangis-nangis.

 

Lin Meli

Comments

  1. seb bek ko spoil kan..XXD aku nk gak layan cite ni! klu ko rase lee seung gi tu comel, ce ko denga die nyanyi plak! fuuuuuhhh..cair wa ckp lu! =D

    ReplyDelete
  2. Dlm cite tu die ade nyanyi sikit2.Yg tu pon aku da rase SANGAT COMELLLL omg omg.Hahaha.Pas abes cite tu bwu aku taw die pnyanyi gak rupenye. Betapa aku tak kenal rakyat korea ni.LOL.
    Tgk la, tgk la. Higly recommended. Kau mesty suke punye. Waaa~

    ReplyDelete

Post a Comment

comments

Popular Posts