Apr 22, 2011

Cody Simpson Boleh Pandang Justin Bieber Sebelah Mata Je. Aku tak Kisah.

Sejak aku post pasal budak kecik nama Cody Simpson kat sini, ramai pula yang sesat masuk blog aku ni sebab nak cari info sal Mr Cody ni. Ada yang nak tahu agama dia la, sekolah dia la. Amboi, minat sangat eh?


Disebabkan itu maka aku cari kan la info lain tentang Cody Simpson. Khas buat adik-adik yang termasuk blog ni secara tak sengaja. Ye tahu dah budak-budak memang minat la Cody Simpson ni. Kalau yang dewasa-dewasa ni boleh kira dengan jari agaknya. Haih, memandai je kau ni Lin. Berbakat ni budak ni. Jangan dibuat main. Mana tahu lepas ni famous gilerious kat Malaysia ni.


# Gambar utk diteriak 'oh Kachaknya! Kachaknya!' #

Ok tukar kata ganti diri : aqakkk.


Adik-adik, macam yang pernah aqak mention sebelum ni, cik abang Cody Simpson ni membesar dekat Australia nun. Gold Cost, kau. Tempat yang aqak teringinnn na nak pergi. Adik-adik kalau kaya jangan lupa sponsor aqak taw~ Cody ni kecik-kecik selalu tengok bapak dia main gitar, nyanyi-nyanyi dekat kawan-kawan maka start dari situ dia minat na nak menyanyi ni. Hambek kau umur 7 tahun dah pandai minta gitar kat bapak dia dan dari situ dia mula belajar main gitar dan nyanyi-nyanyi. Berbakat kan you all~Kalau aqak ni main gitar tahu chord c major je dik.


Bila umur dah 12 tahun, abang Cody kalian ni mula post video nyanyian dia kat You Tube. Kat situ lah Shawn Campbell jumpa dia dan dari situ la segalanya bermula. Wahh!!! Oh dah tahu eh cerita ni? Okehhh.


Ni aqak curik plak dari website fans dia. Bukan kipas *Fan* tapi peminat ye adik-adik. Aqak translatekan. Tak payah buang masa translate kat Google. Entah jadah apa keluar nanti.

* Tarikh lahir : 11 Januari 1997 (Januari, patut la kau berkenan,dik)
* Tinggi lebih kurang 1.62 m. (Eh?Tinggi jua kau ini ya.)
* Ada adik perempuan dan adik lelaki masing-masing berumur 12 (Alli) dan 6 (Tom) tahun
* Suka makanan Itali (hamboi2)
* Warna kegemaran HIJAU dan biru (sesuai dgn blog aqak)
* Buku kegemaran pon ada : 'Ice Stations' by Matthew Reilly
* Boleh cakap English dan French. Hebat kau! Justin Bieber boleh French?
* Football team kegemaran: the Yankees.
* Dia ada laptop MAC. LOL, aqak pon tak pakai Mac. Sedey.
* Dia suka mentega kacang. Nyummy!
* Bandar feberet : New York~~


Sekolah Cody Simpson kat mana tak dapat dikenalpasti. Cody pon tak pernah mention jadi ada kemungkinan besar dia ada private tutor dia sendiri okehh. Agama dia pula adalah Christian. But just in case I'm wrong, adik-adik bagitahu la ye. Hahaha.


Jadah apa pukul 3 pagi cakap pasal Cody Simpson ni.


U_U


Lin Meli.


2 comments:

  1. aqak~adik xkenal pon sape cody simpson nih~best sgt ke aqak?

    ReplyDelete
  2. Hahaha.Adik, cube la adik dgr lagu2 die dulu. Dia hebat sikit je dari Justin Bieber tuh.Baik aqak tulis pasal dik Cody ni drp Rabecca Black kan~Hahaha.

    ReplyDelete

comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...