Feb 27, 2011

Tips Buang Lemak Di Badan

Badan anda berlemak? Malas ke gym? Malas berjogging? Malas diet? Malas serba-serbi? Mari bersenamrobik sambil gelakkan kawan-kawan kau menari dengan kekoknya! Pasti akan berpeluh dan kau akan nampak muda kerana selalu ketawa juga menjadi sehat disebabkan pengeluaran peluh itu. Apa? Malu? Aku ponnn!! Tapi kalau ramai-ramai tak malu sangat kan? Kan? Ngee~


# Berjam-jam aku di dewan ini #



Oh penat. Dua hari berturut-turut aku dengan kawan-kawan join Kursus Jurulatih U-robik. Hehehe. Free-free cuti sabtu ahad kami penuh. Takde rehat. Semalam dah sakit kepala dah sebab serius panas bila kau berpeluh dan kau bertudung. Memang bagus kursus ni sebab diorang explain banyak pasal kebaikan senamrobik ni dari segi kesihatan dan FIZIKAL. Harus lah aku fokus kat fizikal tu lebih kan. Nama pun perempuan. Siapa kata jadi perempuan senang? =p

# Hari pertama. Kasut dah tahap wajib tukar baru T_T #


Kitorang beruntung sebab dikendalikan oleh trainers yang hebat. Serius hebat.
Belajar apa senamrobik ni? Lompat-lompat je lah, gerak-gerak sikit. Oh no. Kau sudah silap. Aku juga sudah silap. Rupanya kalau nak jadi trainers kau kena hafal banyak steps dan nama-nama dia, otot-otot jadah apa dalam badan tu, cara mengajar, kira beats dalam lagu, aih banyak la lagi. Kami tak blajar details sal nutrition sebab tak cukup masa. Oh aku berharap aku belajar lebih lagi tentang itu berbanding nama-nama otot yang ala-ala nama manusia Perancis. Sebab ni la aku tak berapa suka Sains. Ok itu cerita lain.

# Kawan-kawan yang tekun belajar. Dalam kelas pun tak fokus macam ni taw #

Kami bukan sahaja perlu mendengar ilmu-ilmu yang banyak tu, tapi kena praktikkan juga semua steps yang diajar. Ye, SEMUA. Mana tak berpeluh satu badan. Dari 8.30 p
agi sampai pukul 5 lebih taw hari pertama tu. Tapi itu semua best! Rasa macam dah pro plak bila boleh ikut steps semua (Hakikatnya banyak salah steps.Dem).


# Trainers yang super awesome. Kiri encik Redza, kanan kak Chah #
Klik untuk maklumat lanjut mngenai kehebatan mereka =p

# Hari ke 2 : Kasut buruk dan tali kasut yg diikat seperti kanak-kanak #


# Ready! 4, 3, 2...... #

# Heel Touch! Dush! Dush! Dush! #


Dah kenal steps apa semua mestilah cikgu-cikgu nak check. So setiap kumpulan kena perform kat depan. Time ni la aku nak menggelabah cicak. What a day...





Jangan carik aku. Aku tade dalam gambar-gambar ini. Hehehehe. Gambar aku haruslah sorang-sorang. Apa barang beramai-ramai. Hahaha. Gedik kot kau ni Lin. Oh hari pertama je trainer dah tanya aku ni atlit ke. Waaaahhhhhhhhhhhh.

# Kui3. Ada ke rupa atlit? Tak payah jawab! #

Kesimpulannya senamrobik ni memang terbaiklah untuk kau kekal sehat dan boleh shape kau punya badan, Nanti la tunggu aku dapat sijil pelatih bertauliah baru aku boleh ajar kau. Hahahaha. Ntah bila la tu.


Sudah. Aku nak pergi deting di alam maya.


Lin Meli

Feb 24, 2011

Aku, Resdung dan Solusinya


Hari ni aku selsema LAGI. Sejak aku kecil lagi aku memang sensitif dengan habuk. Satu je yang best. Masa sekolah rendah memang aku tak pernah dapat tugas menyapu kelas dengan alasan aku ada resdung. Bila dah besar ni aku pergi jumpa doctor untuk cek aku betul-betul ada resdung atau tak. Aku buat xray muka. Takde lendir resdung. Maka aku hanya allergic dekat habuk dan perkara yang sewaktu dengannya. Hidung aku masa kecik mancung la jugak kalau nak banding time sekarang ni, kembang macam apa.


Kalau tengok dekat pasaran ada macam-macam produk resdung kan? Dulu zaman sekolah memang macam-macam jenis ubat aku cuba. Tapi tu pun kena paksa. Sape yang suka makan ubat weh. Aku kalau dah start bersin sekali biasanya memang susah nak berhenti bersin. Siapa yang pernah sekelas dengan aku tahu la kot. Time exam bersin tak berhenti memang memalukan okehh. Nampak macam kau ni sangat berpenyakit. Macam celaka bila seorang classmate aku pernah buat muka macam aku ni adalah sejenis parasit berpenyakit dok dekat dengan dia.


Bila dah sensitif dengan habuk dan duduk di bilik seorang ni macam mana aku nak menyapu? Ke kau tak pernah menyapu, Lin? Duhh, wajib lah aku sapu-sapu bilik aku. Ingat aku suka tapak kaki aku dikotori anasir-anasir memualkan di atas lantai? Inilah solusinya:



Jeng-jeng! Amek satu paket aku beli. Ye ini memalukan. Tapi aku memang gunakan jadah apa ini masa menyapu. Memang berkesan. Aku tidak akan selsema lagi. Weee! Macam tadi kan, aku bersin tak berhenti. Hasil daripada duduk dekat dengan lampu meja yang berhabuk cam haram. Jadi aku pakai penutup hidung ini.



Tadaaa!! Aku adalah ninja pejuang di alam mimpi kau!
# Oh bawah mata macam apa sebab tidur lewat. Berharap Aisyah ada solusinya#


Lima saat lepas aku pakai perkara ini, terus aku berhenti bersin. Fulamak hebat oh. Ini bukan tipu ye encik-encik sekalian. Ini benar. Kesian kan aku. Sekarang memang aku berharap aku ada vacuum mudah alih dalam bilik ni. Ada sesiapa nak sedekah vacuum kat aku?



Lin Meli





Romantika Dikala Hujan

Aku suka hujan. Siapa yang tak suka kan kalau tengah lepak-lepak dalam bilik tiba-tiba hujan lebat gilerious sampai mata kau layu lepas tu kau terus tidur. Nikmat. Tapi tak ramai la yang suka kalau tengah jalan-jalan menikmati hidup kat dunia ni tiba-tiba hujan lebat dan kau tak bawak payung lepas tu kau basah kuyup macam kena simbah dengan air lebih kurang satu baldi.



Kalau dah tengok langit macam ni dan kau nak keluar, jangan segan silu bawak payung.




Suka! Suka! Sejuk je. Ini kawasan kolej aku ni. Cuba teka mana satu kereta aku? Ok kau salah. Aku tak bawa kereta ke kolej,




Di tangga ini la akan ku lalui untuk ke cafe. Rumah yang di hadapan itu adalah Rumah Felo dan aku tak pernah datang beraya di sana.


Tengok. Hujan ni cantik. Zaman dulu-dulu (tade la lama sangat) aku berblog menggunakan blog friendster. Gile old skul woit. Aku dulu-dulu jugak suka sangat menulis rangkaian-rangkaian ayat berupa poem kat situ. Salah satu hasil penulisan aku yang aku paling suka (macam puji diri sendiri plak) adelah pasal hujan. Meh sini nak share.

Rain, rain, rain,
I like it when it's rain,
Bring back the memory then,
Stood and hid in a corner and,
Didn't want him to change,
His smile and where he was stand.

The next day was a raining day,
All I could do was a pray,
Hoped that he would stay,
Near the place i was hiding everyday,
Just to look at the smile that he made.

One day I just waited,
For him, prayed that he appeared,
But why then, I disappointed,
Coz there was nothing but only rain,
Rain, rain, rain,
I like it when it's rain,
Bring back the memory then,
Stood and hid in a corner and,
Didn't want him to change,
His smile and where he was stand.

Waited again and again,
But he wasn't there,
Wondered, made me confused,
But then i felt someone besides me.

Rain, rain, rain,
I like it when it's rain,
Now see who's my man,
Holding tight my hand,
I promise that my heart won't change.



# Blushing # Blushing#


Ye dulu kalau datang mood menjiwang aku memang macam ni la hasil dia. Tapi aku bukan tulis cerita jiwang-jiwang je. Friendship pun ada okehhh. Aku baca balik blog zaman muda-muda tu memang kelakar la macam budak-budak tulis diary pun ada gak. Eceh bajet sekarang da dewasa la konon. Kalau kau klik link tu minta maaf la ye aku punya grammar berterabur aku tengok. Masa tu nak kena biasakan diri dengan english supaya .... er, aku pon tak ingat apa motif aku tulis in english. Biarlah situ.


Siapa yang kata ini adalah lirik lagu ke aku copy orang punya ke apa, kau memang tak kenal aku la kot. Sila kenal dengan lebih lanjut. Aku lama dah tak menulis sebegitu rupa. Takde idea je keje. Takpe, tunggu ada pertandingan ke jadah apa baru fikir. Hahahaha. Layak ke masuk bertanding bagai?? Tetttt.


Lin Meli
-Rindu zaman main hujan-




Feb 22, 2011

Jalan-jalan Sekitar UTM

UTM ni tade apa yang best sangat pun. Tapi kalau sesekali memandang serta merenung alam semulajadi kat sini, boleh tahan best juga la. Ok disebabkan setiap petang selalu pergi joging (selalu ke??Tettt), aku snap-snap la gambar laluan aku berjoging ni. Bagi hijau sikit mata kau. Asyik-asyik tengok benda ntah-apa-apa tu baik kau tengok pokok-pokok.


Titik permulaan : Segalanya bermula di sini.



Nampak kereta itu? Di situ lah tempat keluar masuk kolej ni. Nama kolej aku glemer dowh. Kolej Datin Seri Endon. Tak lama lagi penghuni-penghuni kolej ni ramai lah yang jadi datin. Aku tengok semua stok carik boyfriend kaya je. Ntah apa-apa. Dont worry, bukan semua begitu okehhh. Nampak tak kepanasan tersebot?? Masa ni jam aku menunjukkan pukul 6. 15 petang. Ye tak tipu. Panas.


Harus lah bawak bekalan. Sedap oh minum-minum time panas macam ni. Sila ambil perhatian itu bekas botol berjenama Koperasi UTM. Hahahaha. Ini je botol yang aku ada time tu. Nikmat. Berpeluh-peluh je botol tu tunggu aku minum.




Mari teruskan perjalanan! Penat oh jogging ni. Saje letak gambar ini walaupun blur. Yang penting adelah kekurusan itu. Hahahaha. Kurang dah lemak di perut. Hooray! Ok nampak tak belah kiri ada air? Itu tasik (kalau tak salah aku). Ada macam-macam jenis binatang dalam tu. Ok tipu. Takde orang pernah mandi situ (ofcourse la) tapi ada je pakcik-pakcik memancing tau. Tak tau la aku apa ada kat situ. Dan di kanan gambar terdapat orang yang ramai buat barbeku. Wangi dowh bau ayam! Grrr, pesal tak sedekah sikit kat aku. Sampai hati.


Dekat area the so-called-tasik ni ada tandas awam. Baru je dibina. Menarik perhatian betul sebab memang cantik dan bersih (baru kan). Kaler tema haruslah pink. Ceria-ceria nak membuang kalau tak tahan. Daripada aku amek gambar jamban adalah lebih baik ambil gambar muka sendiri kat cermin ( I know dat is so lame but wut-eva!)



Klik! Kamera fon Awin.



Klik! Kamera fon aku yang kena pegang guna dua belah tangan sebab rosak. Cis!


Nampak kan warna tema dia yang super cute. Tapi serius air kat sini kuat gilerious. Kau faham kan apa masalah bila air kuat ni. T_T Tak tahu lah perlu mengadu kat sape. Semoga kebersihan tandas ni kekal bertahun-tahun.


Tempat aku selalu tunggu bus dan tensen sebab bus lambat macam celaka.


Ok kesian saja kali ini. Maaf. Sekian sahaja untuk kali ini. Err, tak menarik pun kan?? Dem.


Lin Meli



Feb 21, 2011

.::Blogger - Hanis Zalikha Zainal::.

Haih. Baru je tukar Post Editor yang baru. Ingat kan lebih menyenang kan proses mengupdate blog. Tapi lepas try taip dan tekan preview baru ku sedar yang background tulisan tu perlu di edit untuk kena dengan background kaler post aku ni. Lorh. Ngade-ngade betul. Akhirnya aku pakai Old Editor yang serius shit simple. Tak boleh la aku nak pakai function maju-maju macam korang ni. Takpe. Pelan-pelan kayuh, dik.


Kat luar sana memang ada berlambak blog melayu popular. Kan? Kan? Yang mana satu jadi pilihan kau? Macam mana nak pilih yang best? Macam mana nak cari yang best itu k
at Google? Entah mana aku tahu! Hehe. Anyway kalau kau perasan la kan. Blog yang best-best ini kebanyakannya dari lelaki. Adakah sebab perempuan lebih ramai yang ada blog berbanding lelaki maka perempuan lebih cenderung follow blog lelaki? Atau lelaki memang pandai mengayat? Mengayat = mengarang ayat dalam blog sampai jadi best?


Dulu-dulu memang aku nampak blog lelaki je yang best dan boleh buat isi masa lapang. Tapi sekarang aku dah jumpa blog perempuan yang best. Takde la baru-baru ni. Macam dah lama tapi baru sekarang mengada-ngada nak sebut sebab tak tahu nak buat apa. Kate
gori insan popular lah kan. Kenal pun dari cousin LELAKI aku yang dok mention-mention minat kat beliau. Hahaha. Kau tak cukup umur dik nak mengorat dia. Beliau femes teramat sangat. Cewah. Beliau = Hanis Zalikha Zainal. Tadaa~


Cantik oh. Kredit gambar haruslah dari blog beliau. Curik dari Google.

Hebat.

Aku rasa berlambak w0o blog cerita pasal beliau ini. Tapi kenapa kau tak pergi tengok kat blog dia sendiri je? Senang. Best pun best. Terbaru (hari ini) beliau bercakap tentang Nikon Coolpix. Walaweh lepas ni memang sold out punya la kamera tu sebab setiap kali beliau buat review mesti nampak macam benda tu adalah sangat bagus untuk dimiliki. Ye aku juga dah terpengaruh ni. Hahaha. Cepatla duit ku banyak sikit untuk beli kamera idamanku. T_T


Ok sudah. Belajar.


Lin Meli



Feb 20, 2011

Mari Berkempen


Esok ada pilihan raya kampus. Ada seorang saja classmate aku yang join. Jadi aku akan vote dia (bagitahu secara terbuka). Dia berkaliber, tak pe bagi dia menang. Tapi...




Ni yang aku tak suka tiap kali orang berkempen ni.
Lokasi : Bawah pintu bilik aku.


Memang aku buat pijak je.


Tu belum masuk yang ada dekat merata tempat.Dah macam ampaian kain. Tak consider langsung orang yang tinggi nak lalu macam mana. Damn.


Lin Meli

Feb 19, 2011

Sekolah Rendah Agama Part 2


Dulu masa sekolah agama hari Jumaat adalah hari paling best untuk ke sekolah rendah agama. Serius. Hari Jumaat orang-orang lelaki pergi sembahyang Jumaat. Kelas pulak start lambat. Lupa nak bagitahu. Aku sekolah petang untuk sekolah rendah agama ni. Pagi pergi sekolah kebangsaan.


Selalunya aku memang pergi sekolah agama awal dengan kawan-kawan. Aku tak ingat pukul berapa. Tapi yang penting ada masa yang sangat panjang sebelum kelas mula. Sekolah aku ni terletak dekat kawasan perkampungan tau. So masa lapang yang ada tu aku gunakan untuk aku dan seorang kawan aku ni jalan-jalan keliling kampu
ng.


Minat kami sama masa tu. Nak jadi agen penyiasat. Ha kau gelak lah puas-puas. Paling kurang pun aku bercita-cita apa masa tu. Masa tu kau nak jadi apa? Doktor? Cikgu? Ah bosan. Itu semua tiru orang, macam la aku tak tahu. Ye, adik-adik. Zaman dulu abang-abang kakak-kakak majoriti nak jadi doktor. Sekarang? Semua nak jadi penyanyi. Paling hebat pun nak jadi angkasawan. Macam la aku tak tahu.


Kenapa aku nak jadi agen penyiasat ni? Ye masa tahun 2009 aku pernah mention koleksi buku apa yang aku ada dan kumpul. Aku memang addicted gilerious dengan siri k
anak-kanak yang berkenaan siri penyiasatan ni. Favorite aku haruslah Siri Salma tu. Aku rasa sampai sekarang ada kot.


Edisi kaler biru memang banyak kat rumah aku tu.


Edisi ni keluar masa aku dah naik sekolah menengah rasanya. Ada juga dalam koleksi. Hahaha.



Ini edisi baru kalau tak salah aku. Aku tak pernah ada yang kaler ini.


Edisi baru ke lama cerita dia memang sama. Bukan cerita ni je aku suka masa tu. Siri penyiasatan lima sekawan (empat orang manusia dan SEEKOR ANJING) dari Enid Blyton pun aku layan. Tapi masa tu tak de bajet lebih nak beli siri yang ni. Tapi cerita dia memang superb kau. Terkenal satu dunia. Dari zaman dulu-dulu sampai sekarang ada. Cuba google Enid Blyton ni untuk info tambahan.


Monyet itu hanya pelakon sampingan.


Berbalik kepada cerita cita-cita aku semasa kecik ni. Aku memang sangat terpengaruh dengan hidup seorang penyiasat. Semua benda yang aku jumpa aku tambah perkataan 'misteri' kalau penemuan aku tu aku rasa ajaib. Betul tak tipu.


Antara kes-kes yang kami jumpa semasa berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung tersebut adalah:

(1) Misteri Kedai Tersembunyi

Kedai ni memang tersorok gila. Dah la tersorok, tak bukak pulak tu. Mungkin lah owner dia pergi sembahyang Jumaat. Kami 'suspek' kenapa kedai ini dibina di kawasan hutan (Sebenarnya kawasan itu ditumbuhi lalang dan agak jauh dari rumah orang). Kami buat kesimpulan dia jual barangan yang haram. Celaka gila otak.


(2) Misteri kanak-kanak Berseorangan

Yang ni memang misteri habis. Ada satu rumah yang kami lalu tu macam tak de orang kat dalam rumah. Pastu ada seorang kanak-kanak perempuan main gelongsor sorang-sorang kat kawasan rumah tu. Yang aku tak faham kenapa kami macam pelik sangat dengan kewujudan budak tu kat situ. Entah apa-apa.


(3) Misteri Sekuntum Bunga

Ada rumah lama yang dah kena tinggal. Kat laman rumah dia ada bunga yang sangat cantik. Kami tak tahu nama bunga tu. Jadi kami menafsirkan yang kami telah terjumpa sekuntum bunga yang misteri. Loser gila.


Buat masa ni itu je la yang aku ingat. Kalau kawan aku tu terjumpa blog aku ni dan baca tak tahu lah aku dia ingat ke tak. Dulu memang bangga dowh jumpa kes-kes macam ni. Polis pun tak jumpa kot. Hebat tak hebat.


Disebabkan aku selalu kena buli maka aku dengan kawan edisi siasat aku ni pernah menyamar jadi pengawas kat sekolah agama. Ala dekat sekolah kebangsaan kami pengawas pe. Senang sangat nak beraksi. Kat sekolah agama kalau jadi pengawas pelatih memang takde baju khas. Kerja kami takutkan budak-budak bawah umur ni time rehat. Hahaha. Innocent budak-budak zaman dulu. Senang percaya sangat. Senang-senang buat budak takut. Berkuasa gila rasa.


Huh. Kali ni memang rindu zaman sekolah. Mana fikir exam segala bagai. Main je kerja. Enjoy sepuas-puasnya. Damn la.


Lin Meli

Feb 18, 2011

Lin Lilin

Boleh tak nak cakap yang aku ni puteri lilin? Hahaha. Saje nak mengada. Siapa yang suka kena panas kan. Kulit aku tak putih, juga tak coklat. Tapi kuning langsat. Iye. Aku fikir sebelum ni kaler itu tak wujud. Aku pernah buat video miming masa tahun 2008 dulu dengan kawan-kawan. Dari dalam video tu baru aku nampak perbezaan warna kulit aku dengan kulit kawan aku yang masing-masing adalah putih dan coklat. Ok berhenti merepek.


Aku suka lilin.

Lin dan Lilin.


Ye, hari ini satu UTM blackout kau tahu. Ape yang best adalah UTM blackout waktu test aku hari ni baru start dalam 5 minit! Hahahaha. Gembira. Sebab aku rasa macam blur tengok soalan tu. Maka kejadian tiada bekalan elektrik umpama satu hikmah atau keajaiban yang terjadi ke atas diri aku hari ini. Akhirnya lecturer umumkan test hari ini ditunda. Weeeee!!


Itu memang pertama kali berlaku dalam hidup aku. Serius. Best tak ingat. B
alik kolej lepak dekat cafe sambil ditemani cahaya lilin yang cantik. Walaupun hanya lilin berbatangkan kaler putih. Kalau ada bau kan bagus. Mau aku tertidur.


Bajet romantik duduk bersama di sebuah meja berkongsi milo ais segelas dua straw ditemani lilin di tengah-tengah. Biasalah, jarang dapat peluang beromantik. Hahaha.


Ok pernah dengar masa kecik-kecik dulu mak, makcik, nenek dan seangkatan dengannya pesan jangan main lilin nanti kencing malam? Ye aku selalu dipesan begitu. Sampai sekarang tak tahu kebenaran dia. Tapi masa kecik-kecik aku memang percaya dan aku rasa macam benda tu berlaku. Tapi tak tahu la kalau aku ni memang jenis kencing malam. Kencing malam disini bukan pancut atas tilam ok. Maksudnya berjalan ke tandas buang segala air.


Sejam lebih jugak kitorang lepak kat cafe sampai aku terpedaya dengan bau makanan d
i sana lalu mengorder mee-goreng-basah-tak-nak-ayam-nak-sayur-lebih-sangat-pedas. Nyummy.


Mee goreng masa hari siang.


Ah menyelerakan. Kan? Kan? Masa tengah kenyang tengok gambar makanan boleh menyebabkan kita berasa teruja untuk makan lagi. Inilah sebab kenapa perut aku tak kempis macam Avril Lavigne dalam videoclipnya What The Hell!


Sebelum tetibe blackout lagi haruslah aku klik Publish Post.

=)

Lin Meli


Macam Mana Hendak Menjadi Wangi

Untuk foreigners, minta maaf ini adalah dalam bahasa melayu. Hahaha. Kalian foreigners sila wangikan diri. Aku sudah penat tahan nafas bila berada di kalangan kalian. Sabar jela.

Tadaa~ Perfumes yang di order suda sampai!
# Excited! Excited! #

Ye ini bukanlah perfume original yang mahal-mahal itu. These perfumes are inspired by them! Kalau rase nak beli perfume yang ori tapi cam tak sure bau dia macam mana boleh la beli HOT PERFUME ini yang 5 ml punye. Cute. Tahan lama, itu yang aku suka. Ini bukan promotion berbayar okeh. Aku suka. So aku beli. Buat apa pakai yang ori-ori tu kalau nak ke kelas kan? Membazir. Hahaha.

Apa yang buat aku excited adalah sebab benda alah ini sudah ada packaging baru. Warna warni baru cute. Aku suka! Semangat kot aku amek gambar-gambar mereka ini. Minta maaf la aku bukan pakai DSLR. Hoh, sedih.

Kiri itu botol lama. Yang kaler-kaler haruslah yang baru~ Boleh selit-selit kat mana-mana kau nak. Masuk poket jeans pun tak kan timbul macam kau letak handphone kau! Ini 5mL Roll-On bebeh. RM10 je dan kau akan wangi!



Yang tengah-tengah itu botol lama 30 mL. Sekarang ada yang baru 20 mL je. Itu yang kaler-kaler haruslah baru~ Yang ini spray. Sekali spray je kau dah wangi! RM 18 je weh. Boleh wangi berminggu-minggu.


Hot Perfume ni bukan sekadar jual perfume tapi jual segala benda yang melibatkan perkataan wangi. Klik la link INI untuk maklumat. So far favorite aku ada banyak. Antaranya Dior Addict, Versace Bright Crystal, DKNY Be Delicious, DKNY Sweet Floral, GUESS Women, Burberry Sport, Clinique Happy, BodyShop Vanilla, eh banyak lagi la! Perlu ke aku bagitau semua. Aku memang dah compare kebanyakannya dengan yang original. Memang sama. Jadi buat apa berbelanja lebih!


Hot perfume ni juga takde alkohol. Ramai juga yang masih was-was dengan penggunaan alkohol dalam perfume. Lebih baik elak melakukan perkara yang kita tidak yakin halal haramnya kan? Perfume ni serius tahan lama. Aku pernah compare pakai Bodyshop Rougeberry (Ini feberet aku) dengan perfume Bodyshop lain dari hot perfume. Serius, sama je ketahanan bau dia. Jadi lagi sekali, kenapa perlu berbelanja lebih! Hahaha.


Lin Meli yang kini wangi dengan bauan inspired by Versace Bright Crystal.
Love it.




Feb 17, 2011

Si Cody Simpson Budak Kecik

" Every minute, every second, every hour of the day
Iyiyi

Every hour of the day

Iyiyi

Everytime that I'm away

Iyiyi

Missing you, missing you


Every moment that is stolen,
it can never be replaced

Iyiyi

Even if it's for a day

Iyiyi

I'm a text you up to say

Iyiyi
Missing you, missing you
"

Ini adalah sedutan dari lirik lagu Iyiyi- Cody Simpson ft Flo Rida. Nak tengok videoklip diorang? Ada di sini. Kenapa aku share lagu ini di sini?

Kerana dia: Cody Simpson.


Aku memang saje letak gambar die yang paling innocent kat sini. Ok bagi gambar yang ada rupa artis sikit.

Emm..ok la..


Nampak macam budak biasa-biasa yang pegang gitar pastu ambil gambar poyo-poyo je.


Ramai orang mengatakan yang dia ni The Second Justin Bieber. Oh bagi aku tidak. Justin Bieber itu kelihatan overrated. Dia ni nampak simple, kesian, innocent dan semua perkara-perkara budak baik yang kau boleh terfikirkan. Korang da tengok ke videoclip lagu Iyiyi tu? Hahaha. Comel lagu tu. Serius. Muka innocent macam tu awek sikit punya cun, Hebat la lu bro.


Dia ni 'dijumpai' masa tahun 2009. Tahun 2010 kot baru nama dia macam naik menjulang tinggi hingga pernah menang Nickelodeon Australian Kids Choice Award 2010. Hebat? Ye. Boleh la untuk budak-budak kecik ni.


Adik aku yang promote budak ini kat aku. Eceh macam la aku ni some kind of agency ke apa. Tak, kami suka sharing. Sharing is loving (caring bosan) okeh. Yang menarik perhatian kami haruslah wajah serta gayanya yang memang nampak macam kena paksa buat videoclip. Hahaha. Tak pernah jumpa artis macam ni. Suara dia pun macam tak sesuai je dengan muka dia. Macam miming kan? Tapi ini baru betul. Ada suara baru boleh jual. Kalau kat negara ini? Ada muka baru orang nak jual. Apa daa.


Ok sudah. Aku lebih rela minat budak ini dari minat si Justin Bibir itu, Iyiyi, missing you, missing you.


Lin Meli

oh! Aku suka part dia naik beskal dalam videoclip itu. Sangat la budak-budak dan sangat comel.Hihihi.



Feb 16, 2011

Sekolah Rendah Agama Part 1


Ini lencana sekolah rendah agama aku dulu. Klasik. Buat aku rindu je. Rindu? Ah itu tipu. Kenangan aku masa kat sekolah agama tak banyak yang gembira. Haha. Sedey? Inilah yang jadi bila dah darjah 3 baru nak masuk sekolah agama. Tak aku tak ambil sekolah agama punya darjah 1. Aku terus lompat pergi darjah 3. Itulah, aku minta nak masuk sekolah agama semata-mata untuk join kawan-kawan sekolah rendah kebangsaan aku yang kebanyakannya petang pergi sekolah agama.


Aku cuba google gambar sekolah aku dulu tapi aku tak jumpa. G
ila lame aku tak pergi sekolah tu. Ok mari sini aku cerita pengalaman aku kat sekolah agama. Budak-budak.


Disebabkan aku lambat masuk sekolah ni, maka sangat banyak perkara yang aku tertinggal dari segi pelajaran. Kat sini la aku berpengalaman jadi budak 2nd las
t dalam kelas. Itu kedudukan peperiksaan akhir tahun. Lebih kurang 2nd last la, sebab ada lagi budak-budak laki yang lagi pemalas dari aku berjaya ambil title budak last tu. Kadang-kadang kalau rajin sikit dapat la dalam kedudukan yang ke 20 lebih menghampiri 30. Ini sangat kontra ye dengan keputusan aku kat sekolah rendah kebangsaan. Kat sana aku top 10. Tak tipu.


Disebabkan bebal sangat otak ni nak belajar catch up semua, aku memang malas ke sekolah agama. Zaman tu pergi kelas naik bus. Bus len seng. Pernah tengok?
Gila best naik bus ni dengan kawan-kawan. 'Air-cond' dia kuat. Mau terbang tudung kau kalau kau tak duduk diam. Aku dengan adik selalu pura-pura terlepas bas sebab malas nak ke kelas. Banyak kali sampai akhirnya ibu dapat detect alasan sama kitorang tu. Lepas kena sound barang sekali dua, terpaksa cari idea lain tak nak pergi sekolah.

#Bus Len Seng dalam kenangan#


Bila dah kurang bijak ni mesti la ada rasa segan. Memang aku pendiam dowh kat sekolah ni. Dengan kawan-kawan rapat je aku gelak-gelak. Sekali lagi, ini sangat kontra dengan sekolah rendah kebangsaan. Kat sana aku peramah. Semua budak aku kenal.
Nak buli pon boleh. Aku kan pengawas, rapat dengan cikgu lagi. Takde hal la nak bagi budak bawah umur ni dengar cakap aku. Hahaha. Tapi kat sekolah agama aku yang kena buli. Celaka betul.


#Jalan ke sekolah#

Kat sekolah rendah kebangsaan aku boleh bodek-bodek cikgu lagi, tapi kat sini, serius cikgu-cikgu benci kat aku. Hahaha. Aku selalu ponteng kelas, hafal surah jarang nak dapat penuh, markah ciput je untuk test. Pernah sekali je aku dapat 2nd TERTINGGI dalam kelas. Subjek Sirah. Itu je yang aku minat time tu. Aku pernah kena ketuk
kepala dengan cikgu kat sini. Aku gak pernah tak dimaafkan oleh seorang cikgu yang merajuk ni. Bukan aku sorang buat salah woo. Ramai lagi. Tapi punya dibenci kat situ, muka aku jugak yang dia ingat. Masa hari mintak maaf ramai-ramai aku da tukar tudung fesyen lain dengan harapan dia tak perasan. Tapi muka aku ni memang senang ingat agaknya. Sampai menangis aku depan dia pun dia tak terima salam aku. Takpe, aku tak kesah. Nenek saudara aku gak tu. Wkakaka.


Walaupun banyak kisah duka di sini, cewah, itu tak bermakna sekolah ni tak bagus. Memang banyak gak la doa-doa yang aku belajar dulu melekat kat dalam pal
e otak ni. Surah-surah yang diorang suruh hafal pun masih ada (ada la sikit.hee~). Tu tak masuk lagi lagu nasyid yang budak-budak nasyid nyanyi tu. Aku memang peminat kipas-susah-mati nasyid diorang time tu! Fuhh.

#masjid lama tempat aku tengok ikan#

Tetiba aku terkenang sekolah ini. Sekarang dah cantik dah tau. Untung budak-budak zaman sekarang, Dulu aku suka time rehat, Bihun goreng kat kantin dia sedap. Ok lapar.

Lin Meli

What Am I Suppose To Do?

I'm currently addicted to Twitter. Much more than the Facebook! I keep refreshing the same page and always wonder on who should I follow? Hahaha. Didnt realize when I was being this addicted. I have tests that I have to think about but I kept refreshing the Twitter page instead! OMG!


Currently listening to Grenade by Bruno Mars. He's good aite? Love his voice!


Lin Meli.

Note:See, quick update as if I were in Twitter page! T_T

Rasa Macam Nak Patah-patahkan Jari Orang

Pagi-pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari nombor Maxis. Memang aku tertanya-tanya siapa gerangannya. Rupa-rupanya itu adalah kerani yang kerja kat company yang aku apply untuk Latihan Industri. Dalam hati aku da macam nervous. Kata dia aku x dapat tempat dalam company tersebot. Apa?? Tidak!!! Hari tu dia dah confirmkan kot yang nama aku dan kawan aku diterima untuk buat latihan industri kat tempat tu. Serius aku kecewa. Dah la aku tade tawaran lain dah. Nak apply balik satu hal. Tarikh penghantaran borang ke fakulti pun da dekat-dekat je.


Aku menangis. Ye, aku tak tipu. Aku adalah perempuan yang kuat menangis. Umur dah tua tapi masih tak reti kawal perasaan. Aku memang rasa nak mencarut kat perempuan itu. Apa punya janji entah. Bila aku tanya, macam-macam alasan yang dia bagi sampai aku rasa macam tipu je alasan dia tu.


Lepas nangis-nangis ngadu kat tunang dan kawan-kawan maka
aku cari balik tempat untuk LI ni macam yang aku buat december tahun lepas. Siot tol menyusahkan aku. Pukul 2 ada taklimat LI so alang-alang aku nak pos semua resume kat company-company terpilih. Cewah. Aku kol berapa belas tempat entah. rm30 kredit aku habis. Tu tak masuk beli pos ekspres, setem 80 sen, sampul surat, print resume, fotostat surat. Siot punya company. Ada hikmah agaknya aku tak dapat situ. Mungkin company tu tak best? Hahaha. Nanti aku akan tanya pengalaman kawan aku yang dapat situ.


Taklimat LI start lambat gila. Tulis pukul 2. 2.45 baru start
. Memang dah macam cacing kepanasan duduk dalam dewan tu dengan aircond pun tak bukak. Dah sakit hati lagi. Tenangkan diri dengan berborak dengan kawan-kawan.

Kawan-kawan lepas taklimat. (DSI)

DSI itu adalah Dewan Sultanah Iskandariah. Err, kalau tak salah la. Aku kalau yang shortform ni tahu la kan. Hahaha.


Lepas penat fikir pasal LI, aku kembali ke dunia realiti. Oh tests. Ye, with an s at the back! Banyak tu test yang harus ditempuhi. Ah benci-benci. Kenapa tak dihapuskan aje sistem test ni. Macam entah apa-apa. Kan?


Ok mood marah-marah sudah tiada. Harus tenang menghadapi kehidupan.
I love U world. Ok tipu. =)

Lin Meli



Feb 14, 2011

Maulidur Rasul

Masa zaman sekolah dulu aku tak pernah pun hayati hari maulud nabi nie. Serius. Aku mengaku. Yang aku ingat dulu kalau time Maulidur Rasul sekolah akan buat program. Biasa takde kelas sehari tu. Lepas tu orang berarak. Sampai sekarang sebenarnya aku tak faham kenapa orang berarak tu.. Kenapa ek tak buat ceramah ke, solat jemaah ramai-ramai ke. Biar budak-budak yang macam aku ni dulu boleh lebih menghayati hari-hari tertentu yang umat Islam sambut.

. . .

Alhamdulillah hari ini terbuka hati nak buat perubahan dalam hidup. Sikit-sikit takpe. Aku cuba. Serius aku tengah baca blog-blog yang aku follow, baru aku nampak la jugak apa yang tengah jadi kat dunia nie. Dan aku suka bila aku online Facebook, hari-hari akan ada orang yang berdakwah. Tak bosan pun. Kadang-kadang benda yang diorang share tu adalah benda atau perkara yang aku baru tahu. Dah dapat pahala free dah buat orang itu.

. . .

Aku tak boleh tidur sekarang walaupun aku penat gilerious hari ni. Banyak plak benda yang difikirkan dalam otak ni. Mungkin tak perlu nak share kat sini. Bukan kau peduli pun sebenarnya. Hahaha.

Lin Meli

Feb 12, 2011

.:Download MP3 for free!:.


Hari ini kepala aku saket. Maka dari malam semalam sampai ke petang tadi aku tidur. Ada juga bangun untuk makan dan melakukan perkara-perkara yang harus. Yang wajib itu aku cuti dalam 7 hari ini. Jadi sila jangan dipertikaikan. Kira lama la aku tidur hari ni disebabkan sakit kepala yang datang sekali sebulan tu. Penat memang penat tdur lama tapi nak buat macam mana.

. . .

Macam budak-budak blaja yang lain, aku ppun ade test berderet menanti ni. Maka malam ini aku rajin-rajinkan diri membuat nota. Sampai kul 5 pagi ni ha. Gila tidur lama sangat sampai aku tak boleh tidur dah!


Kalau tengah rajin tulisan akan bulat2 comel2 macam ni. Haha

. . .

Dalam ketekunan aku membuat nota tu akhirnya aku akan ke Facebook jua. Bukan ada apa yang menarik pun. But I keep refreshing the same page for each 5 minutes of my life! Zaman Friendster dulu aku rase tade lak plak macam tu kan. Betul tak? Jadi apa lebihnya Facebook sebenarnya? Kita sudah terlalu biasa dengan warna tema biru putih itu. Oh bukan entri politik ok.


Akhirnya kerja aku sampai sekarang adalah online dan online. =)

. . .

Sekarang aku sedang addicted dengan lagu 'Jar of Hearts' sampai letak part of the lyrics kat status Facebook aku. Lagu ni sal perempuan. Lelaki pun boleh. Khas buat bekas-bekas kekasih yang senang-senang nak sambung balik chenta yang dorang da putuskan. Sukahati je. Sekarang mari kaitkan lagu itu dengan lagu Taylor Swift-Back To December. Lagu ini plak adelah lagu bekas kekasih yang berharap boleh menyambung kaseh dengan orang yang telah ditinggalkannya.

Sekarang kau nampak kan ada dua jenis manusia macam ni kat dalam dunia ni. So yang mana satu korang? Kalau tanya aku. Aku pernah berada di situasi lagu yang aku suke itu. Hahaha. Bukan sebab itu ok aku suka lagu ni. Aku suka dengar suara Christina Perri itu. First time dengar aku sangat tertanya-tanya sapekah anda~

. . .

Mari mendonlot~! (Barula ada kaitan dengan title entri ni) Hehe!

Kekembangan Yang Tiada


Aku dan Nana


Ye itu gambar taon 2008 macam tu. Hari ini adalah hari untuk mengenang gambar zaman dulu-dulu. Hahaha. Tade la dulu-dulu sangat. Tapi bila tengok gambar lame dengan sekarang, muka aku memang dah banyak mengembang. Hahaha. Effect makan x berenti.



Kat TimeSquare kalau x salah =)





Amy, aku dan Thea


.


Situasi: Masa main buai. Aku suke gambar rumput-rumput itu.



. . .

Motif kau letak gambar kau di sini? Oh, hanya untuk kenangan. Nanti dah tua kerepot muka kedut-kedut haruslah bukak blog ini tunjuk kat cucu cicit gambar nenek mase muda remaja ye. Aku ambil gambar-gambar ini dekat laman web Friendster. Kalau laman sesawang itu betul-betul boleh ada sawang, memang dah bersawang la page Friendster aku tu. Bukan aku je. Aku rase korang jugak kot? Yela, sekarang zaman Facebook w0o.

. . .

gambar sekarang? Oh x perlu la. Pergi tgk Facebook aku ade gambar sekarang muka bukan main kembang. Rindunya zaman muka tirus. Ye tadelah cantik sangat pun tapi atleast sedap la kot mata ini memandang. Hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...