Tips Buang Lemak Di Badan
Badan anda berlemak? Malas ke gym? Malas berjogging? Malas diet? Malas serba-serbi? Mari bersenamrobik sambil gelakkan kawan-kawan kau menari dengan kekoknya! Pasti akan berpeluh dan kau akan nampak muda kerana selalu ketawa juga menjadi sehat disebabkan pengeluaran peluh itu. Apa? Malu? Aku ponnn!! Tapi kalau ramai-ramai tak malu sangat kan? Kan? Ngee~
Oh penat. Dua hari berturut-turut aku dengan kawan-kawan join Kursus Jurulatih U-robik. Hehehe. Free-free cuti sabtu ahad kami penuh. Takde rehat. Semalam dah sakit kepala dah sebab serius panas bila kau berpeluh dan kau bertudung. Memang bagus kursus ni sebab diorang explain banyak pasal kebaikan senamrobik ni dari segi kesihatan dan FIZIKAL. Harus lah aku fokus kat fizikal tu lebih kan. Nama pun perempuan. Siapa kata jadi perempuan senang? =p
# Hari pertama. Kasut dah tahap wajib tukar baru T_T #
Kitorang beruntung sebab dikendalikan oleh trainers yang hebat. Serius hebat. Belajar apa senamrobik ni? Lompat-lompat je lah, gerak-gerak sikit. Oh no. Kau sudah silap. Aku juga sudah silap. Rupanya kalau nak jadi trainers kau kena hafal banyak steps dan nama-nama dia, otot-otot jadah apa dalam badan tu, cara mengajar, kira beats dalam lagu, aih banyak la lagi. Kami tak blajar details sal nutrition sebab tak cukup masa. Oh aku berharap aku belajar lebih lagi tentang itu berbanding nama-nama otot yang ala-ala nama manusia Perancis. Sebab ni la aku tak berapa suka Sains. Ok itu cerita lain.
# Kawan-kawan yang tekun belajar. Dalam kelas pun tak fokus macam ni taw #
Kami bukan sahaja perlu mendengar ilmu-ilmu yang banyak tu, tapi kena praktikkan juga semua steps yang diajar. Ye, SEMUA. Mana tak berpeluh satu badan. Dari 8.30 pagi sampai pukul 5 lebih taw hari pertama tu. Tapi itu semua best! Rasa macam dah pro plak bila boleh ikut steps semua (Hakikatnya banyak salah steps.Dem).
# Trainers yang super awesome. Kiri encik Redza, kanan kak Chah #
Klik untuk maklumat lanjut mngenai kehebatan mereka =p
# Hari ke 2 : Kasut buruk dan tali kasut yg diikat seperti kanak-kanak #
# Ready! 4, 3, 2...... #
# Heel Touch! Dush! Dush! Dush! #
Dah kenal steps apa semua mestilah cikgu-cikgu nak check. So setiap kumpulan kena perform kat depan. Time ni la aku nak menggelabah cicak. What a day...
Jangan carik aku. Aku tade dalam gambar-gambar ini. Hehehehe. Gambar aku haruslah sorang-sorang. Apa barang beramai-ramai. Hahaha. Gedik kot kau ni Lin. Oh hari pertama je trainer dah tanya aku ni atlit ke. Waaaahhhhhhhhhhhh.
# Kui3. Ada ke rupa atlit? Tak payah jawab! #
Kesimpulannya senamrobik ni memang terbaiklah untuk kau kekal sehat dan boleh shape kau punya badan, Nanti la tunggu aku dapat sijil pelatih bertauliah baru aku boleh ajar kau. Hahahaha. Ntah bila la tu.
Sudah. Aku nak pergi deting di alam maya.
Lin Meli
jalan2 stalk sape cako sbnarnya xD
ReplyDeleteHahaha. Jangan panggil aku bro lagik T_T
ReplyDeleteye baek mem xD
ReplyDelete