Sekolah Rendah Agama Part 2


Dulu masa sekolah agama hari Jumaat adalah hari paling best untuk ke sekolah rendah agama. Serius. Hari Jumaat orang-orang lelaki pergi sembahyang Jumaat. Kelas pulak start lambat. Lupa nak bagitahu. Aku sekolah petang untuk sekolah rendah agama ni. Pagi pergi sekolah kebangsaan.


Selalunya aku memang pergi sekolah agama awal dengan kawan-kawan. Aku tak ingat pukul berapa. Tapi yang penting ada masa yang sangat panjang sebelum kelas mula. Sekolah aku ni terletak dekat kawasan perkampungan tau. So masa lapang yang ada tu aku gunakan untuk aku dan seorang kawan aku ni jalan-jalan keliling kampu
ng.


Minat kami sama masa tu. Nak jadi agen penyiasat. Ha kau gelak lah puas-puas. Paling kurang pun aku bercita-cita apa masa tu. Masa tu kau nak jadi apa? Doktor? Cikgu? Ah bosan. Itu semua tiru orang, macam la aku tak tahu. Ye, adik-adik. Zaman dulu abang-abang kakak-kakak majoriti nak jadi doktor. Sekarang? Semua nak jadi penyanyi. Paling hebat pun nak jadi angkasawan. Macam la aku tak tahu.


Kenapa aku nak jadi agen penyiasat ni? Ye masa tahun 2009 aku pernah mention koleksi buku apa yang aku ada dan kumpul. Aku memang addicted gilerious dengan siri k
anak-kanak yang berkenaan siri penyiasatan ni. Favorite aku haruslah Siri Salma tu. Aku rasa sampai sekarang ada kot.


Edisi kaler biru memang banyak kat rumah aku tu.


Edisi ni keluar masa aku dah naik sekolah menengah rasanya. Ada juga dalam koleksi. Hahaha.



Ini edisi baru kalau tak salah aku. Aku tak pernah ada yang kaler ini.


Edisi baru ke lama cerita dia memang sama. Bukan cerita ni je aku suka masa tu. Siri penyiasatan lima sekawan (empat orang manusia dan SEEKOR ANJING) dari Enid Blyton pun aku layan. Tapi masa tu tak de bajet lebih nak beli siri yang ni. Tapi cerita dia memang superb kau. Terkenal satu dunia. Dari zaman dulu-dulu sampai sekarang ada. Cuba google Enid Blyton ni untuk info tambahan.


Monyet itu hanya pelakon sampingan.


Berbalik kepada cerita cita-cita aku semasa kecik ni. Aku memang sangat terpengaruh dengan hidup seorang penyiasat. Semua benda yang aku jumpa aku tambah perkataan 'misteri' kalau penemuan aku tu aku rasa ajaib. Betul tak tipu.


Antara kes-kes yang kami jumpa semasa berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung tersebut adalah:

(1) Misteri Kedai Tersembunyi

Kedai ni memang tersorok gila. Dah la tersorok, tak bukak pulak tu. Mungkin lah owner dia pergi sembahyang Jumaat. Kami 'suspek' kenapa kedai ini dibina di kawasan hutan (Sebenarnya kawasan itu ditumbuhi lalang dan agak jauh dari rumah orang). Kami buat kesimpulan dia jual barangan yang haram. Celaka gila otak.


(2) Misteri kanak-kanak Berseorangan

Yang ni memang misteri habis. Ada satu rumah yang kami lalu tu macam tak de orang kat dalam rumah. Pastu ada seorang kanak-kanak perempuan main gelongsor sorang-sorang kat kawasan rumah tu. Yang aku tak faham kenapa kami macam pelik sangat dengan kewujudan budak tu kat situ. Entah apa-apa.


(3) Misteri Sekuntum Bunga

Ada rumah lama yang dah kena tinggal. Kat laman rumah dia ada bunga yang sangat cantik. Kami tak tahu nama bunga tu. Jadi kami menafsirkan yang kami telah terjumpa sekuntum bunga yang misteri. Loser gila.


Buat masa ni itu je la yang aku ingat. Kalau kawan aku tu terjumpa blog aku ni dan baca tak tahu lah aku dia ingat ke tak. Dulu memang bangga dowh jumpa kes-kes macam ni. Polis pun tak jumpa kot. Hebat tak hebat.


Disebabkan aku selalu kena buli maka aku dengan kawan edisi siasat aku ni pernah menyamar jadi pengawas kat sekolah agama. Ala dekat sekolah kebangsaan kami pengawas pe. Senang sangat nak beraksi. Kat sekolah agama kalau jadi pengawas pelatih memang takde baju khas. Kerja kami takutkan budak-budak bawah umur ni time rehat. Hahaha. Innocent budak-budak zaman dulu. Senang percaya sangat. Senang-senang buat budak takut. Berkuasa gila rasa.


Huh. Kali ni memang rindu zaman sekolah. Mana fikir exam segala bagai. Main je kerja. Enjoy sepuas-puasnya. Damn la.


Lin Meli

Comments

  1. hahahaha...XD terer a ko~! aku pon minat gak siri penyiasatan nih! buku2 pon ade lg kat umah! (cume xtaw katne je..ekeke) yg anjing tu xc-lap aku name die bobo! XD Best gile buku enid blyton..=) w/p utk budak2 tp elemen suspen die org dah besar pon teruje jugak! ^^ Satu je aku xsuke psl buku2 penyiasatan nih (and ape je la buku2 cetakan malaysia cenggini)..die jd kuning cpt sgt..and ketas die pon bau kusam je..=\

    wey, ko ni mcm2 laa..ahaha..dlu klu cikgu tadika aku tny nk jd pe, aku ckp nk jd polis..XD ahaha.. polis kebende..lari 100 meter pon xlepas..=P

    best kan kenangan skola? hee..aku ingt lg..first day skola agama, aku terlupe bwk duit yuran..pastu nanges2 depan skola kat public phone suro mak aku dtg anta duit..(padahal ustazah tny pon blom psl yuran tu..nak mara apetah lg)..loser gile wey~cry baby gile2..XD

    ReplyDelete
  2. Yela.pasal kertas buku tu memang x boleh buat apa la. Kalau bertaon x bukak akan wjud ulat buku. Penah tgk x?Bukan simpulan bahasa jadah apa tu. Hahaha

    Uiyoo. Tak terpk plak aku nk jadi polis. Tapi aku pernah terpk nak jadi askar. Hahaha.


    Hahahaha. Tergelak kot aku bace cite ko! Klaka weyy. Tapi yela. Mase budak2 cepat cuak dowh. Ape sikit nk nanges. Hak2. Comel je bila ingat balik.

    ReplyDelete
  3. ulat buku? penah2! sbb tu aku jd mcm takot nk bukak buku2 penyiasatan ni klu jumpe..XD takot ade ulat buku..nampak mcm ulat sampah je kan?? cube slim sket and laju gile! ahahaha..

    zmn dulo2 kan gerak khas popular..sbb tu kot aku nk jd polis..ala, lgpon cikgu tadika tu men sergah2 je, aku pon bantai a polis sbb tu je yg ade dlm pale aku time tu..XD

    Ooh, nanges2 itu sudah mesti..keje aku nanges je skola dlu..patot xde kawan! ahahaha

    ReplyDelete
  4. Ye sgt laju!Hahahah.Geli gile kot aku.Eiu.
    Tapi polis memang kerjaya popular gak ah dulu.Cam haram je zmn skolah rendah dulu tampal cita-cita kat dinding. Hahaha.Tade makne.
    Oh kuat nanes ke ni.Hahaha.Sekarang ni kuat nanes ag x. =p

    ReplyDelete
  5. admin,

    Edisi kaler biru siri salma berape tajuk ade?ape semua tajuknya?yang kaler merah kulitnya ade 1993 punye?ade tak nombor 13 misteri rumah tumpangan?anda ade berapa buku siri salma semua?Cube tengok satu persatu ade tak gambar2 Salma atau mana2 watak di culik diikat dalam tajuk2 buku anda ade tu?Jike ade boleh tolong scan tak,hantar pada saya saya nak kumpulkan semua.Yang misteri rumah tumpangan nombor 13 tu sekali ye tengok ade tak salma diculik diikat dalam kapal selam,harap anda sudi share.ini page salma saye baru buke untuk semua fan die join https://www.facebook.com/SiriSalmaMalaysia ini email saye waynezooney@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohh, kalau balik rumah di Gombak boleh la nak tolong scan, buat masa ni mmg tak dapat la.Dan tak ingat juga ada siri no brape kerana sy membeli randomly picked, bukan ikut turutan, masa kumpul dulu macam susah jumpa kedai buku ada semua siri salma ikut turutan.hahaha.

      Delete

Post a Comment

comments

Popular Posts