Selasa hari ini

Macam ape je bile semalam aku x boleh tidur. Pagi2 bute ade kelas lak tu. Sudahnye abis kelas aku tidur sampai ke asar. Penat oh tidur lame nie. Kepala pun dah mula denyut-denyut. Ok itu sebab lain. Haha.

Disebabkan mengantuk yang teramat sangat maka aku x makan tengah hari tadi. Petang tu lepas online barang sejam dua, hujan lebat plak. Memang best. Sambung tidur lagi. Bangun-bangun perut mintak makanan. Haih. Terpaksa redah hujan dengan menggunakan payung ke cafe. Kedai feberet tutup plak rini. Terbantut niat di hati nak makan bihun kungfu! Pergi kedai lain order bihun sup sayur. Menyesal makan itu. Tak kenyang pun. Nanti malam lagi perut nyanyi-nyanyi mintak makanan.

Tapi takpe. Aku da beli keropok. Aku juga ada nestum malahan ada biskut untuk di telan. Maggi pun ada. Cuma nak tak nak makan je sume tu nanti. Pilih.

. . .

Aku tengah donlot movie. Serius bosan. Ada kerja macam biasa, harus lah ditangguh barang sehari dua. Aku jugak tengah mencuci baju. Ye bukan di toilet guna berus membasuh-begitu-teruk-sekali tapi menggunakan mesin. Ada lagi dalam 3 minit sebelum aku keluar dari bilik panjat tangga ke tingkat 5 untuk angkut baju dalam mesin.

Esok macam biasa cuti. Cuti ape? Takde kelas daa Rabu. Brapa kali aku harus berlagak tentang itu? Tapi aku ada kerja esok. Kena siapkan esok. Lusa kena hantar. Bukan aku sengaja tangguh. Tadi baru lecturer bagitau dia nak mende alah tu khamis ni. Saje buat hati ini berdebar-debar. Chait.

. . .

Aku fikir mahu berhenti menaip di blog picisan ini. Tapi tengok la macam mana. Aku dah la suka tulis merepek. Kan?

Ok pergi angkat kain basuhan.

lin meli

Comments

Popular Posts