Romantika Dikala Hujan

Aku suka hujan. Siapa yang tak suka kan kalau tengah lepak-lepak dalam bilik tiba-tiba hujan lebat gilerious sampai mata kau layu lepas tu kau terus tidur. Nikmat. Tapi tak ramai la yang suka kalau tengah jalan-jalan menikmati hidup kat dunia ni tiba-tiba hujan lebat dan kau tak bawak payung lepas tu kau basah kuyup macam kena simbah dengan air lebih kurang satu baldi.



Kalau dah tengok langit macam ni dan kau nak keluar, jangan segan silu bawak payung.




Suka! Suka! Sejuk je. Ini kawasan kolej aku ni. Cuba teka mana satu kereta aku? Ok kau salah. Aku tak bawa kereta ke kolej,




Di tangga ini la akan ku lalui untuk ke cafe. Rumah yang di hadapan itu adalah Rumah Felo dan aku tak pernah datang beraya di sana.


Tengok. Hujan ni cantik. Zaman dulu-dulu (tade la lama sangat) aku berblog menggunakan blog friendster. Gile old skul woit. Aku dulu-dulu jugak suka sangat menulis rangkaian-rangkaian ayat berupa poem kat situ. Salah satu hasil penulisan aku yang aku paling suka (macam puji diri sendiri plak) adelah pasal hujan. Meh sini nak share.

Rain, rain, rain,
I like it when it's rain,
Bring back the memory then,
Stood and hid in a corner and,
Didn't want him to change,
His smile and where he was stand.

The next day was a raining day,
All I could do was a pray,
Hoped that he would stay,
Near the place i was hiding everyday,
Just to look at the smile that he made.

One day I just waited,
For him, prayed that he appeared,
But why then, I disappointed,
Coz there was nothing but only rain,
Rain, rain, rain,
I like it when it's rain,
Bring back the memory then,
Stood and hid in a corner and,
Didn't want him to change,
His smile and where he was stand.

Waited again and again,
But he wasn't there,
Wondered, made me confused,
But then i felt someone besides me.

Rain, rain, rain,
I like it when it's rain,
Now see who's my man,
Holding tight my hand,
I promise that my heart won't change.



# Blushing # Blushing#


Ye dulu kalau datang mood menjiwang aku memang macam ni la hasil dia. Tapi aku bukan tulis cerita jiwang-jiwang je. Friendship pun ada okehhh. Aku baca balik blog zaman muda-muda tu memang kelakar la macam budak-budak tulis diary pun ada gak. Eceh bajet sekarang da dewasa la konon. Kalau kau klik link tu minta maaf la ye aku punya grammar berterabur aku tengok. Masa tu nak kena biasakan diri dengan english supaya .... er, aku pon tak ingat apa motif aku tulis in english. Biarlah situ.


Siapa yang kata ini adalah lirik lagu ke aku copy orang punya ke apa, kau memang tak kenal aku la kot. Sila kenal dengan lebih lanjut. Aku lama dah tak menulis sebegitu rupa. Takde idea je keje. Takpe, tunggu ada pertandingan ke jadah apa baru fikir. Hahahaha. Layak ke masuk bertanding bagai?? Tetttt.


Lin Meli
-Rindu zaman main hujan-




Comments

Popular Posts