Apr 30, 2011

I Don’t Really Mind Following YOU. =)

I know some of bloggers follow others with the hope of being followed back. I don’t really care about the system. And some of my followers did follow me so that I’ll follow them back. I used to follow only the blogs that I’m interested in but somehow now I feel the need to follow each of the people who follow me. BUT the problem is that, YOU didn’t put the link in your profile nor did YOU put any comment on any of my posts so I cannot track you back.

 

So here, I am saying I’m sorry to any of my followers that I did not have the chance to follow them back. I don’t mind following anyone, u know, because some blogs might have the content that I might love to read if I had a lot of free time. I am not that ‘blogwalking’ person so it is harder for me to be searching for any blogs that I should follow.

 

Nothing big, just saying. Not that I’m having hundred of followers. LOL.

 

Anyway, thanks a lot for following this blog.

 

To Rossalwa Mustafa, you are my 20th follower so I love you. Hahaha. Hey, she is my friend and my classmate okeh. Still, I love you all too. Hik!

 

21082010411

The 20th follower and me having dinner. LOL.

 

Lin Meli

Apr 29, 2011

.:My Girlfriend is a Gumiho:.

Yosh! (Ok itu Japan) AnameSAYOR. LOL. Ok aku takde la addicted sangat dengan drama + K-Pop + jadah apa yang berkaitan dengan Korea ni. So aku memang tak tahu la nak cakap hello ke selamat pagi ke selamat malam ke dalam Korean. Ok la tu kan, ada bunyi juga anamesayor. Korang faham jugak aku nak cakap apa.

 

Disebabkan tak banyak sangat drama yang aku tengok, so aku nak promote yang aku rasa paling best buat masa ni je. Ye, aku tahu aku tengok drama sikit je, boleh kira dengan segala jari jemari yang aku ada. So?

 

Sila lah tengok My Girldfriend is a Gumiho (nine-tailed fox)! First time aku dengar tajuk aku dah teringat naruto dah.

naruto

#Nine tailed fox Naruto#

Kamon la, tak kan tak tahu Naruto kan. Jadi apa yang aku bayangkan memang sama macam apa yang cerita ni nak sampaikan.

nine tailed fox

#Gumiho- NineTailedFox#

Yang jadi gumiho tu awek cun nama Shin Min Ah. Hot taw dia. Tapi masa first time tengok aku tak pernah suka dengan hero dan heroin sebab aku fikir tak hot pun diorang ni. U_U

ShinMinAh

Episod pertama tak nampak cantik macam ni pun. Lama-lama tengok dia memang SANGAT COMELLLL okehhh.

 

lee seung ki

Hero: Lee Seung Gi. Dia ni lagi la. Menyampah gila masa mula-mula tengok. Tak nampak langsung kekacakan ke jadah apa. Tapi bila dah start layannnn : “omg omg. Comellll la kau ni!!! I wanna meet cha~”

 

no min woo

Macam biasa cerita korea mesti ada watak lelaki-cool-cinta-tak-dibalas. OMG lelaki ini nama dia No Min Woo. Sebab dia la kugagahkan juga nak tengok cerita ni masa mula-mula tu. Sampai ke sudah aku nampak dia SANGAT HANDSOME macam tak mungkin wujud lelaki handsome macam ni. LOL. First time aku tengok aku terfikir gaya dia macam Yagami Light yang manga punya (Death Note). Yay? Nay?

light yagami

Em mungkin badan kerimping + gaya jalan je sama.

Okeh2. Cerita ni pasal hero (aku bagitahu nama watak pun bukan korang nak ingat kan) yang nakal-nakal lari dari Atok dia sampai akhirnya die sesat ke Kuil ke jadah apa. Takdir telah menentukan (cewah) bahawasanya dia secara tak sengaja dah melepaskan rubah berekor sembilan (the fox laa) ke dunia manusia.

 

So it turns out fox tersebut merupakan seorang wanita yang chantekkk (comel yes!) yang memang suka hidup dalam dunia manusia dan dia memang nak sangat jadi manusia. Ye, dari sini mereka melekat bagaikan gam kasut. Hero yang takut dimakan oleh heroin terpaksa lah ikut cakap heroin. Tunggu la sampai babak chenta-chenta yang sweet rasa nak menjerit teriak semua. Hahaha. Eh spoil lah kalau aku cerita semua.

 

Meh sini nak bagi persoalan-persoalan yang boleh buat kau gelisah nak tahu:

i) Dapat ke gumiho tu jadi manusia?

ii) Dapat ke diorang bersama?

iii) Lelaki kacak tu apa fungsi dia? What, dia separuh manusia???

iv) Macam mana la plak diorang dok sama, Tak kene makan ke hero tu. LOL.

Eh banyak lah lagi persoalan dia. Yang penting cerita ni TAK LEMBAB SANGAT macam kebanyakan cerita korea. Dan cerita ini memang kelakar-tak-boleh-jangka. Ending dia pun aku tak boleh nak agak macam sesetengah cerita tu kan.

 

Pergilah menonton!

hoy hoy

# Hoy! Hoy! #

Ok kalau kau dah tengok baru kau faham kenapa aku buat caption itu. LOL.

 

*Amaran : Cerita ini sangat sedih juga. Bengkak mata aku dok menangis-nangis.

 

Lin Meli

The Duke and The Duchess of Cambridge

 

Prince-William-Kate-Middleton

 

It’s 29th April, you all~~ Berminggu-minggu aku tunggu nak tengok royal wedding of the year (of the century, may be?) Malangnya aku masih berada di Johor. Dang! Tapi takpe, masih boleh tengok secara online. Kamon la. Zaman dah moden la derr.

 

 

Tapi tu la, tengok sorang-sorang kat bilik takde la exciting mana. But still, it’s a wedding! A royal wedding! Pompuan mana yang tak suka tengok perkara ala-ala fairytale gitu jadi realiti kan.

 

 

Anyway aku nak tengok pun sebab nak tengok wedding dress Kate Middleton jerk. Ekeke. Isk, tapi kenapa entah aku tak minat la plak dress sebegitu. Ramai yang kata sangat cantik but somehow aku nampak macam kebaya digabung dengan gown. Ekeke. Tak minat la.

 

 

I’ve imagined that it would be something like these :

wedding dress

#Simple but gorgeous I would say#

wedding dress2

#Or maybe Cinderella look alike#

cinderella wedding dress

#Or anything like this one#

Well, nama pun royal wedding. Mungkin la citarasa aku tak sebagus mana kan. Ekeke. Anyway, aku takde la gambar Kate Middleton In Wedding Dress buat masa ni. Saje nak bagitahu aku excited tengok perkahwinan macam ni. LOL.

 

 

Ok esok pagi paper Hydrology-yang-aku-tak-brape-suka. Tiada komen untuk itu. *Sigh*

 

p/s : Semua perempuan dah mula berangan. Yang lelaki layankan aje laa~

UPDATE:

dress

Media banding kan wedding dress Kate Middleton dgn Grace Kelly punya wedding dress. Ohhhhh

Lin Meli.

Apr 27, 2011

Tukar gmail Kalau Taknak Blog Diremove

Semalam pagi-pagi buta bertungkus lumus dok tukar emel blog ni kepada gmail. Ye nasib baik aku dah memang ada akaun gmail. Takde la buang masa nak create yang baru.a

 

 

Kenapa tukar? Semalam baca dekat THE FACEBLOG pasal kena tukar emel blog kepada emel dr akaun gmail. Eh kau faham tak apa aku taip? Lepas tu dia cakap kalau tak tukar ada kemungkinan blog kau akan diremove. Kau sayang blog kau kan? Tak pasti lagi benda ni betul atau tak, tapi sebagai langkah-langkah awal supaya tak menyusah kan kau dikemudian hari, cuba lah tukar.

 

 

Tapi satu benda je yang aku tak gemar. Bila dah tukar ke gmail tu, kira nampak macam tukar owner blog la. Maka kau kena follow balik la orang-orang yang kau pernah follow sebelum ni. Menyusahkan kan? Tapi bilangan followers kau tu remain the same. So don’t worry.

 

 

Klik sini untuk tutorial penting itu.

 

 

p/s : Semalam aku mimpi Asyraf Muslim suka kat aku. Jadah apa? Encik Ariff cakap dia sikit pun tak jeles. Cess. Mentang-mentanglah Asyraf Muslim Dah Bertunang. Grr!

 

 

asyraf muslim bertunang

P1010347

 

 

Motif??

 

 

Lin Meli

Fikir Pasal Kahwin Pulak

Oh tidak! Aku tak tahu la pula kena padam dulu Windows Live Writer sebelum publish anything yang baru! Aku yang pemalas ni dah edit la plak perkara yang aku dah post kat blog. Aku ingat kan terus save ke ape. FAHAM tak apa yang aku cuba sampaikan?? Yang penting aku tengah geram sekarang ni sebab apa yang aku dah post tadi hilang. Mari-cuba-taip-semula-semuanya.


Hari ni aku baru selesai menjawab exam! Horeyyy! Let’s parteeeeyyyyy! Ye, baru paper pertama je pun. Jauh lagi nak menghadapi paper yang last tu. Semua blog pun sekarang tengah cakap pasal final examination diorang dan berapa ratus diorang amek kredit sem ni. No im not going to tell you anything about dat.


Kalau kau perasan habis exam je mesti mengantuk, eh tak, dalam kes aku ni, habis exam je mesti lapar. Maka lepas habis tu aku bergegas ke kafeteria (LOL), makan dengan rakus, lalu naik ke bilik.


Sampai bilik aku terus buka Facebook dan Twitter. Biasa la, orang obsess memang begini. Aku cek semua notification jadah apa kot ada yang mereply komen-komen dan tweet aku. Aku memang suka komen kat status orang dengan harapan orang reply, supaya esoknya ada perkara yang harus aku lakukan dengan Facebook ni. LOL.


Dah bosan online dua benda tu so aku online Google Image lak. Tengok gambar-gambar menarik. Tak, bukan gambar lucah jadah apa. Gila kau! Untuk hari ni, aku usha-usha wedding dress. LOL.


Exclusive wedding dresses 2010

#Oh indahnyeeee#

shoes

#Kau ada terfikir Cinderella tak?#

wedding shoes

#omg I just loveee wedding shoes!#

kahwin 1

#And I just lovvveeee photography!#


Tolong lah belikan aku sebijik kamera.


Selesai tengok gambar-gambar yang exciting ni, baru aku rasa kemengantukan teramat sangat. Penat jawab exam la konon. Berangan tentang masa depan dan akhirnya aku tertidur!


Bangun tidur aku rasa lapar, lapar, lapar. Dah tak boleh tunggu malam dah. Maka bergegas lagi aku ke kafeteria. Ramai la pula orang kelaparan time tu. Maka aku pilih kedai yang tak berapa nak famous. Order nasi goreng pattaya. Tadaaa!


DSC02667


Bila aku makan takde la sesedap yang kelihatan. Tapi lapar punya pasal habis jugak la. Aku pergi makan sorang-sorang, dan dengan tak malu nya ambil gambar makanan sendiri. LOL.


Gambar ni diambil guna KAMERA TELEFON BIMBIT aku. Sebab tu lah aku nak kamera sebijik. Kamera ni takat 2.0 MP je. Mana puas. Kamon la, kita kan manusia. Haha.


Dan sekarang aku kenyang.



Bila la nak kahwin ni,

Lin Meli

.::Another Justin Bieber’s Belieber::.

I’ve never been a Belieber before. Yeah, sure u know WTF is Belieber. LOL. That’s a name for the Justin Bieber’s fans. And I used to say that I prefer to love Cody Simpson instead of this Justin Bieber.

Justin-bieber-and-cody-simpson

See? Justin Bieber really looks like a girl to me. Sorry Beliebers all over the world. LOL.

BUT somehow, I’ve been introduced to a song named “That Should Be Me” by this Justin Bieber featuring Rascal Flatts and guess what, I think I’ve turned into a new Belieber!!! But I would say I’m a Belieber only for that song (hopefully). Have u listen to it?

justin bieber

# I prefer this new hairstyle#

#Seriously, YOU look GOOD Bieber!#

So to Cody Simpson fans, I’m sorry I think I have move on to Justin Bieber. LOL. Now I’ve listened to Cody Simpson’s songs and somehow most of them sounds alike. (My little brother agrees about this. So don’t blame me)

Now I know why most Malaysian girls shouting ‘Bieber, let me be your baby~”. But I’m not gonna do that. I’m somebody else’s baby, I’m engaged, and plus, YOU ARE YOUNGER THAN ME! Hey, Beliebers, I used to say that you guys are overrated. No, DON’T KILL ME!

Lin Meli.

Apr 26, 2011

Cuba-Try-Test. LOL.

Hoyeah hoyeah! Update secara cepat je ni! Kalau selalu aku pos apa-apa kat blog ni guna NEW POST kat dalam blogger dashboard tu, tapi kali ini berbeza, bebeh.

 

Sebelum ni memang ada banyak gilerious tutorial kat THE FACEBLOG. Tu la, aku ajak dah join. Klik je kat sebelah post ni. Lambang ala-ala Facebook gitu.

 

Jadi dia ada ajar macam mana nak post kat blog guna Windows Live Writer. Lebey mudah katanya. So far I like it, like it~ LOL. Atleast part insert gambar tak seannoying macam kat dashboard kot.

 

Ok done!

 

Upload gambar banyak-banyak.

DSC01434

Masa bercuti di Terengganu

 

Video dari laptop pon senang nak upload. I bagi Nobody2 but chu!

 

Hoyeh hoyeh. Esok final examination. So wish me luck je la kot. Malas.

 

Lin Meli

Apr 24, 2011

Classmates, Friends and I

Hey there! Here is one of the pictures of my classmates and I. Guess where am I?



You don't know? Nevermind. I hate the quality of the picture. Not only this one. But all of em. I hate it so I dont have the desire to upload it here. Wait until I miss u guys.


I am going to finish my study soon (as soon as next year. LOL) and I can't wait to leave this place. I might gonna be missing (0.01 % probability) this place but I dont wanna spend another year in here. Believe me. Things that I might gonna be missing a lot are my friends only. Well, they are human, not things. What did I mean by friend here is the one who i spent the most time together and that will be Awin and Salwa i guess.


Sure enough I can meet Awin easily at KL. But Salwa gonna be in her home in Kedah so I guess, it might be hard to meet you, girl.


First thing first, finish up you final examination then you can think of finishing your study here. Darn it.


Lin Meli

Apr 22, 2011

Cody Simpson Boleh Pandang Justin Bieber Sebelah Mata Je. Aku tak Kisah.

Sejak aku post pasal budak kecik nama Cody Simpson kat sini, ramai pula yang sesat masuk blog aku ni sebab nak cari info sal Mr Cody ni. Ada yang nak tahu agama dia la, sekolah dia la. Amboi, minat sangat eh?


Disebabkan itu maka aku cari kan la info lain tentang Cody Simpson. Khas buat adik-adik yang termasuk blog ni secara tak sengaja. Ye tahu dah budak-budak memang minat la Cody Simpson ni. Kalau yang dewasa-dewasa ni boleh kira dengan jari agaknya. Haih, memandai je kau ni Lin. Berbakat ni budak ni. Jangan dibuat main. Mana tahu lepas ni famous gilerious kat Malaysia ni.


# Gambar utk diteriak 'oh Kachaknya! Kachaknya!' #

Ok tukar kata ganti diri : aqakkk.


Adik-adik, macam yang pernah aqak mention sebelum ni, cik abang Cody Simpson ni membesar dekat Australia nun. Gold Cost, kau. Tempat yang aqak teringinnn na nak pergi. Adik-adik kalau kaya jangan lupa sponsor aqak taw~ Cody ni kecik-kecik selalu tengok bapak dia main gitar, nyanyi-nyanyi dekat kawan-kawan maka start dari situ dia minat na nak menyanyi ni. Hambek kau umur 7 tahun dah pandai minta gitar kat bapak dia dan dari situ dia mula belajar main gitar dan nyanyi-nyanyi. Berbakat kan you all~Kalau aqak ni main gitar tahu chord c major je dik.


Bila umur dah 12 tahun, abang Cody kalian ni mula post video nyanyian dia kat You Tube. Kat situ lah Shawn Campbell jumpa dia dan dari situ la segalanya bermula. Wahh!!! Oh dah tahu eh cerita ni? Okehhh.


Ni aqak curik plak dari website fans dia. Bukan kipas *Fan* tapi peminat ye adik-adik. Aqak translatekan. Tak payah buang masa translate kat Google. Entah jadah apa keluar nanti.

* Tarikh lahir : 11 Januari 1997 (Januari, patut la kau berkenan,dik)
* Tinggi lebih kurang 1.62 m. (Eh?Tinggi jua kau ini ya.)
* Ada adik perempuan dan adik lelaki masing-masing berumur 12 (Alli) dan 6 (Tom) tahun
* Suka makanan Itali (hamboi2)
* Warna kegemaran HIJAU dan biru (sesuai dgn blog aqak)
* Buku kegemaran pon ada : 'Ice Stations' by Matthew Reilly
* Boleh cakap English dan French. Hebat kau! Justin Bieber boleh French?
* Football team kegemaran: the Yankees.
* Dia ada laptop MAC. LOL, aqak pon tak pakai Mac. Sedey.
* Dia suka mentega kacang. Nyummy!
* Bandar feberet : New York~~


Sekolah Cody Simpson kat mana tak dapat dikenalpasti. Cody pon tak pernah mention jadi ada kemungkinan besar dia ada private tutor dia sendiri okehh. Agama dia pula adalah Christian. But just in case I'm wrong, adik-adik bagitahu la ye. Hahaha.


Jadah apa pukul 3 pagi cakap pasal Cody Simpson ni.


U_U


Lin Meli.


Hidup Senang Tanpa Laptop



#Gambar tiada kaitan#

Jadah apa letak logo kat sini.

Dulu-dulu aku tak beli laptop sebab family aku ada cyber cafe. Buat apa buang duit beli laptop kan. Tapi masa tu aku memang sangat menginginkannya. Hahaha. Dang!


Dulu senang masa takde laptop sebab bila aku bosan-bosan aku boleh buat notes dengan senang hatinya sambil nyanyi kuat-kuat dengar lagu-lagu kat radio. Hasilnya result memang best la weh. Kebanyakannya boleh dijangka.


Sekarang ada laptop, ada internet, ada Facebook, ada Twitter, ada Blogspot. LOL. Kejap-kejap refresh website. Dang! Dang! Result makin menurun jadi nak salahkan kemudahan yang ada! Hahaha!


Now I really hate final examination and I can't focus even on a single thing that is obviously in front of me now. And what the heck am I doing here updating this blog! Kalau tak update sini, main Twitter plak. SEE! omg omg omg. Got to stop now or else I will never (never say never-JB) ever got to finish things here.


Dang! Dang!


Lin Meli

Apr 21, 2011

Perempuan Je Tak Boleh Berpeluh Ketiak?

Salam hari Jumaat. Ye, Jumaat dah hari ni. Cepat la plak kan tik tok tik tok ke$ha nie. Semalam tidur lambat lagi. Ini tidak baik untuk kesihatan dan kecantikan di masa depan. Lepas tu bangun agak pagi untuk pergi hantar assignment. Pagi tak pagi la, tapi kat Johor ni pagi dia macam tengahari.


Tempat kau macam tu jugak tak? Panas je, bahang semua pun cukup. Baru masuk dalam kerete cik Awin ketiak dah berpeluh. LOL. Macam ni boleh la stop jogging ka
n. Dok berdiri terpacak bawah cahaya matahari tu pun dah macam buat larian maraton gitu. Panas kau.


Biasa orang Malaysia macam ni la. Kalau takde idea nak cakap apa diorang akan start cakap pasal cuaca. Agak-agak da analisi cuaca tu cakap pasal bola plak. Tapi aku perempuan, bukan tahu sangat pasal bola. (Well aku tahu la kan bola itu ape) Okay berhenti merepek.


Dan pagi tak pagi la aku buka Facebook dan Twitter macam mereka adalah suratkhabar yang wajib dibaca masa pagi tak pagi. Aku terkejut. Mama kepada seorang bu
dak kelas aku meninggal dunia. Di kesempatan ini, salam takziah aku ucapkan untuk family beliau. Apa yang aku dengar, puncanya adalah dari strok (Beberapa hari sebelumnya)..


Masa mula-mula aku dengar berita mama beliau kena strok tu, benda pertama yang terlintas kat otak aku mesti la ibu aku.. Aku teringat macam mana rasa masa mula-mula dapat berita ada ketumbuhan kat dalam kepala mak aku. Mahu tak menangis aku dengar. Berhari-hari aku menangis.. Jadi aku faham apa yang beliau rasa masa tu. Tapi aku mungki
n bernasib baik yang ibu masih ada di sisi sampai hari ni.


Bukan aku je yang sedih dengar berita tu, kawan-kawan yang lain pun sama. Kami yang dengar ni pun dah sedih, ini kan pula beliau.. Dan kebetulan, sekarang musim peperiksaan. Semoga beliau lebih tabah la hendaknya.


Okay. Untuk Latihan Industri nanti kena bayar RM15 untuk manual report jadah apa tu. Ada yang nak belanja aku tak?



#Jangan sampai aku join benda menipu ni. LOL#

Lin Meli

Apr 20, 2011

Bahasa apa kau guna?



Macam yang semua orang tahu dari subjek sejarah dulu-dulu, Bahasa Melayu memang sudah lama digunapakai dari segenap pelusuk negara seperti Tanah Melayu (Malaysia), Indonesia. Brunei, juga Singapura. Betul kan? Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa keempat dalam turutan penutur terpenting bagi bahasa-bahasa dunia. Hebat, kan?


Tapi dalam zaman yang kononnya moden ni, penggunaan Bahasa Melayu semakin berkurangan di kalangan penutur-penutur yang berbangsa Melayu sendiri. Ini artikel dari tahun 2008 tentang usaha kerajaan hendak memperkasakan Bahasa Melayu. Bagus yang itu.



Tapi perasan tak, bahasa rojak dah semakin popular di kalangan orang-orang muda zaman sekarang. Apa yang aku nampak juga, dalam buku-buku berbentuk pendidikan berbahasa melayu pun dah ada banyak sangat bahasa rojak ni. Kenapa rojak? Entah apa silapnya, banyak sangat perkataan bahasa Melayu yang wujud sejak dulu lagi sudah dipengaruhi oleh unsur-unsur Bahasa Inggeris.


Ada la seorang kawan aku yang kebetulan tahu berbahasa Mandarin pernah cerita kat aku macam mana dia pernah terdengar orang-orang asing (foreigner okay) dari negara China gelakkan perkataan-perkataan bahasa melayu yang katanya dicuri dari bahasa Inggeris. Kau tak rasa malu ke kalau kau dengar?


Meh sini nak bagi contoh-contoh perkataan bahasa melayu yang dipengaruhi bahasa Inggeris dan perkataan bahasa melayu yang sepatutnya digunakan dalam buku-buku yang ada kat Malaysia ni.

Diskusi- Perbincangan

Koefisen - Pembolehubah

Solusi- Penyelesaian

Kriteria – Ciri-ciri

*Eh apa entah lagi. Aku tak ingat dah. Sekarang selsema, batuk, otak tak berapa nak aktif.*


Nampak tak, kalau perkataan-perkataan pun dah dipengaruhi bahasa lain macam mana penguasaan bahasa Melayu tu nak menjadi. Kadang-kadang aku sendiri rasa bahasa Melayu susah difahami dalam nota-nota sebab dah terbiasa dipengaruhi perkataan dari bahasa lain. Macam mana?


Lin Meli

Apr 19, 2011

Batu Lesung or Lesung Batu?

{Practicing my English version} Yeah. It has been a long, long, long, long time since I last practicing my English in this blog. As a warning, this may contains lots of Grammar mistakes. But still, we are Malaysian right? Who cares about Grammar? LOL.


Most Malaysian love cooking since there are a lot of persons in this country who enjoy eating. Who doesn’t, right? Malay people have this kind of cooking equipment (or so) that is called the Batu Lesung. It has similar functions with the blender. HOWEVER, I barely heard people use them nowadays. Yeah, heard. Usually we can easily hear the sound of the Batu Lesung used.

#The Blender as U know it#

#The Batu Lesung if U never heard of it#

As a matter of fact (I don’t know why I love to use this sentence) , I prefer to use the Batu Lesung instead of the blender. You see, blender had this small knife (or whatever it is called) that is (for me it is) dangerous as it is there. How annoying I felt when my fingers got cut because of that thing. The cut might be small but still, I hate it as much as I hate getting injured anywhere. I didn’t get any cut when I was using this Batu Lesung.


Have you notice the difference in taste for onion that is being blended and onion being ‘ketuk’ by Batu Lesung? Try on cooking vegetables as an example. Taste the different. Trust me. Not only that, it is easier to clean up the Batu Lesung instead of the blender. Well I guess you know why.

#Yummy!Yummy! Isn't that Sambal Belacan?#

Oh, I went back to KL last Wednesday and spent almost 6 days at home. Tired but happy. And now I have to spend my time in Skudai. This week is what they called as ‘study week’. Why do they have to put that name? It is depressing don’t you think? I don’t even start stud-dying for final exams. And believe me I have several assignments that have to be done by this week.


6th May will be my last day of final examination for this semester. 9th May will be the first day of attending the industrial training in Zikay. I don’t have any idea on what will I do there. I’m lucky that I have several friends attending at the same place. Urgh, I’m not feeling well just to think about the first day there. Sigh.


Well, later then!

Lin Meli

Apr 10, 2011

Reminder Untuk Semua =)

It is a great reminder for us. This article has been copied directly from here.


Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

Apr 7, 2011

Ini lebih baik dari Celcom Offer

Hooray! Hooray! Dah kenapa kau ni. U_U


Happy oh tengok kalendar. Happy la sikit berbanding apa yang aku rasa selama 2 3 minggu ni. Tadi aku dah jawab test yang last untuk sem ni. *Merdeka jap* Ye, kejap je. Nanti malam jap lagi nak kena siapkan assignment. Esok siapkan projek. Yang penting test takde dah.


Tapi bukan tu je. Tengok-tengok kalendar nampak dah ada can nak balik umah next week. Weee~ Apekah perkara yang lebih menggembirakan dari itu??


Rindu family yang ku sayang.




Rindu si totet Aril yang reti sebut abah je.



Rindu teh tarik yg abah buat tiap pagi.


Nasi lemak bungkus yang ada setiap pagi jugak.



Rindu menternak lemak menganga depan tv.


Hanya untuk melihat Oprah Show.


Menonton CSI berulang kali.

Melayan cerita kelakar berbelas-belas jam. #Kecuali CN, x minat CN dah#



Makan kat sini mahal oh. Hari-hari beli kalau makan 3 kali sehari boleh menjadikan aku papa kedana. Makan kat rumah best. Lauk apa nak, kau masak. Banyak mana kau nak makan boleh refill dalam pinggan. Oh heaven.

Rindu abah masak ayam masak lemak cili api.


Ikan keli masak asam pedas, goreng, sambal dan lain-lain. Berapa ekor kau nak. Ada tersedia dari kolam ikan belakang rumah. Hahahaha.


Eh banyak lah lagi. Nama pun rumah kan. Omputih cakap home sweet home la weyh. Balik kejap dalam 4 5 hari ok lah sebab aku memang tensi gilerious duduk kat sini. Haih. Sekarang semua orang pakat cakap " Tak sabaq nak abih blajaq". Ye, benar itu. Setahun lagi...Sabar..Sabar...




Lin Meli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...